FOLLOWERS

Showing posts with label HAK ASASI. Show all posts
Showing posts with label HAK ASASI. Show all posts

Tuesday, 20 July 2010

AMALAN BERTENTANGAN NILAI BUKAN HAK ASASI : DR SHAMRAHAYU A. AZIZ !!!!


Malaysiakini

Amalan bertentangan nilai bukan hak asasi
Oleh Shamrahayu A Aziz


Kebebasan individu perlu hormati moral, budaya masyarakat

NILAI moral menjadi paksi kepada kelangsungan suatu tamadun yang berlandaskan agama dan budaya. Sekiranya nilai moral, agama dan budaya ini menjadi kabur dan luntur, kestabilan identiti, ideologi dan tamadun itu akan terjejas. Natijahnya, tamadun itu akan dipengaruhi dan seterusnya diambil alih oleh tamadun lain dan lama kelamaan ia akan terhapus. Keadaan ini amat menggerunkan bagi Malaysia. Sekiranya nilai moral yang berasaskan agama dan budaya yang menjadi identiti masyarakat Malaysia tidak dijaga dan disuburkan, ia akan kabur, luntur dan ditakuti akan hilang kelangsungannya.

Masyarakat Malaysia terkenal sebagai sebuah masyarakat yang tinggi nilai moral, agama dan budaya, mempunyai jati diri yang tinggi serta adat resam dan amalan timur yang kental. Walaupun begitu, perkembangan semasa menyaksikan perubahan yang menyumbang kepada kelunturan nilai agama dan moral. Budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia sudah berubah dan berbeza. Walaupun perubahan sebegini adalah lumrah kerana apabila masa berubah situasi juga tentunya bertukar. Ia tidak harus menjadi kebimbangan sekiranya perubahan itu tidak membabitkan perkara asas dalam masyarakat yang mementingkan nilai moral, agama dan budaya. Tetapi, sekiranya perubahan itu mengancam kelangsungan nilai ini, ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian dan diberi tumpuan yang sewajarnya.

Gelombang hak asasi liberal yang ditiup dari Barat menjadi cabaran kepada nilai moral, agama dan budaya di Malaysia. Dalam ruangan ini dua minggu lalu saya ada menyebut mengenai gerakan hak asasi liberal yang memperjuangkan hak individu telah berusaha mengetepikan nilai moral. Keadaan ini akan mendatangkan kemudaratan. Saya menyebut bahawa menjenayahkan perbuatan yang bertentangan dengan moral yang diterima oleh masyarakat dan penguatkuasaannya adalah antara mekanisme yang berkesan bagi menangani masalah sosial yang menghakis nilai moral masyarakat Malaysia.

Bicara kali ini juga ada kaitan dengan apa yang telah saya sebut. Ia juga berkaitan hak asasi yang disandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Namun penekanan kali ini ialah mengenai nilai agama dan nilai moral dalam hak kebebasan seseorang atau sesuatu pertubuhan.

Perlembagaan, sebagai undang-undang dasar negara menyediakan perkara asas dan mendukung ideologi negara. Oleh itu, Perlembagaan menjadi asas dan ukuran kepada semua tindakan. Perlembagaan Persekutuan menjadikan agama, terutama agama Islam, sebagai perkara dasar dan pada masa sama, undang-undang tertinggi ini juga memberi penekanan kepada nilai moral.

Daripada sembilan perkara yang diletakkan di dalam Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu Perkara-Perkara 5 hingga 13, mengenai Hak Kebebasan (lebih dikenali dengan ‘hak asasi’), dua peruntukan membenarkan Parlimen membuat undang-undang bagi menyekat hak asasi seseorang atau sesuatu kumpulan demi prinsip moral. Perkara-perkara itu ialah Perkara 10(2)(c) dan Perkara 11(5). Perkara 10(2)(c) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang yang menyekat hak menubuhkan persatuan sekiranya tujuan atau aktiviti kumpulan terbabit menjurus kepada perbuatan tidak bermoral, manakala Perkara 11(5) pula tidak membenarkan hak kebebasan beragama yang bertentangan dengan moral.

Peruntukan ini mengukuhkan lagi kedudukan moral di dalam Perlembagaan. Hatta hak kebebasan beragama, yang menjadi antara hak yang asas, hak kebebasan boleh dinafikan sekiranya agama itu menganjur dan membenarkan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan moral.

Oleh demikian hak kebebasan hendaklah sentiasa mengambil kira nilai agama dan juga nilai moral. Hak kebebasan itu bukanlah hak mutlak yang boleh mengetepikan nilai agama dan moral yang telah sekian lama berakar umbi di dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, perbuatan atau aktiviti yang bertentangan dengan nilai ini tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada hak kebebasan atau hak asasi yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan ia tidak patut dipertahankan.

Mungkin ada antara masyarakat Malaysia yang masih menganggap persoalan kemoralan sebagai hak individu yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa, termasuk pihak pemerintah. Anggapan ini tidak benar. Hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan, sebagai undang-undang tertinggi negara telah mengiktiraf nilai yang perlu wujud dalam negara ini. Walaupun tidak diberikan perincian yang khusus oleh Perlembagaan, dasarnya agak jelas dan semangatnya sangat pasti. Oleh demikian, ahli masyarakat hendaklah sentiasa menghormati asas dan nilai yang diperuntukkan di dalam undang-undang tertinggi berkenaan.

Mungkin juga ada ahli masyarakat yang menganggap persoalan berkaitan moral adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang moral pada saya mungkin tidak bermoral kepada orang lain, atau sebaliknya. Namun dalam masyarakat Malaysia yang beragama dan berbudaya, apa yang dikatakan tidak bermoral ialah apabila suatu cara, watak atau tingkah laku itu adalah bertentangan dengan nilai agama atau nilai budaya yang diterima oleh masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, hubungan sejenis bukanlah suatu kebebasan atau bukan suatu hak yang patut dipertahankan. Perbuatan seperti ini amat jelas bertentangan dengan nilai agama dan juga budaya masyarakat Malaysia. Malah, ia juga perlakuan jenayah yang disebut dalam Kanun Keseksaan dan juga di dalam undang-undang jenayah Syariah.

Sebagai sebuah negara merdeka yang telah lama berdiri di atas dasar nilai moral, agama dan budaya, Malaysia tidak patut digesa untuk menerima dan mengiktiraf secara sembarangan sesuatu yang dilabelkan sebagai hak kebebasan atau hak asasi. Negara ini harus diberi hak untuk menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai moral, agama dan budaya yang telah sekian lama menjadi dasar dan ideologi negara ini. Malaysia hendaklah diberikan kebebasan membuat acuan sendiri berkaitan hak kebebasan tanpa pengaruh atau tekanan orang asing.

Penulis ialah pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Penghuni Gua : Amat baik tulisan oleh Dr ini. Ianya lebih bagus untuk renungan semua. Terutama kepada pejuang hak asasi di Malaysia ini yang nak bebas dalam segala hal. Hak asasi awam adalah keutamaannya.

Tuesday, 7 July 2009

140 UIGUR TERKORBAN : MALAYSIA KEJAM ?



Penghuni Gua : Adakah Malaysia atau pasukan Malaysia kejam? Lihatlah contoh di atas. Siapa lebih kejam. Kita lihat selepas ini, adakah DAP akan membuat dan mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan ini.

2. Kita lihat apa komen pejuang-pejuang hak asasi manusia ini di Malaysia. Lihat juga apa komen GMI dan NGos yang berkaitan.

3. Kepada mereka yang gemar dan mempunyai hobi suka berdemo di Malaysia, insaflah, Malaysia adalah terbaik dalam hal ini . Peratuan jelas dan pihak berkuasa Malaysia tidaklah sekejam ini. Pejuang-pejuang kepada kebebasan berhimpun tanpa had dan batasan ini perlu ingat , tiada negara sebaik Malaysia yang melayan dengan baik kepada mereka ini.

4. Perhimpunan di benarkan dengan syarat ada peraturan dan mempunyai permit. Inilah jadinya sekiranya tidak berperatuan. Kekejaman pihak berkuasa Malaysia kerap diperlekeh oleh pejuang ini dan amat menyanjung negara luar. Jadi lihatlah tindakan negara di atas. Betapa kejamnya tindakan diambil untuk menyuraikan tunjuk perasaan.

5. Cubalah NGOs yang pakar dalam mengadakan perhimpunan haram ini membuat perkara yang sama di China. Bungkuslah anda semua.

6. Moral ceritanya, Malaysia adalah terbaik dalam segala hal. Mereka yang kerap memperlekehkan negara Malaysia ini, pergilah menetap di sana dan berjuang lah untuk meritokrasi, kesamarataan, kebebasan, hak asasi. Anda semua tak sempat melaungkan satu patah perkataan pun, terus bungkus.

7. Lihat juga di Iran : negara yang penuh dengan ulamak dan kekakasih Allah ( dakwa mereka ), berapa ramai terkorban dan dikorban oleh pasukan keselamatan atas kerana membuat perhimpunan haram atas nama demokrasi. Tak berbunyi PAS.

8. LIhat juga di India sebelum ini. Bagaimana tindakan yang diambil kepada penunjuk perasaan ini jika melakukan perkara yang sama seperti di Malaysia.

9. Semuanya , menunjukkan Malaysia adalah terbaik.

10. Kita lihat apa komen, DAP dan PKR dalam hal ini. Juga nak lihat apa komen GMI. Kita juga nak dengar apa komen PAS dalam hal ini. Komen mereka mustahak, ini kerana mereka inilah yang tak pernah lebih dan mempunyai hobi membuat perhimpunan haram di Malaysia.

11. Malaysia juag yang terbaik.

Tuesday, 31 March 2009

SUHAKAM : APA LAGI NGOs NAK ?


Malaysiakini



Sekumpulan besar NGO Malaysia terus mendesak badan antarabangsa yang memantau institusi hak asasi nasional di seluruh dunia ICC agar tidak lagi memberikan "status A" kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Penurunan status suruhanjaya itu kepada "B" membawa akibat ia hanya dibenarkan sebagai pemerhati dan tidak boleh menyertai perbahasan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan "status C" bermakna sama sekali gagal mematuhi Prinsip Paris, syor kebebasan institusi hak asasi di sesebuah negara.

"(Jika Suhakam dikekalkan status A), tindakan ini akan memberikan keabsahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia membuat pindaan sewenang-wenangnya tanpa berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk NGO, dan juga pindaan (Akta Suhakam) yang bersifat permukaan," kata 46 pertubuhan itu dalam surat yang ditujukan kepada ICC hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : NGOs ni nak apa lagi. Nak bebas macamana lagi. Bandingkan kebebasan negara kita dengan US. Adakah kita tidak bebas berbanding US. Negara Malaysia atau US yang lebih menitik beratkan hak asasi awam ini ? Jawapannya Malaysia. Lihat di Asia Tenggara. Siapa yang lebih baik dalam menjada hak asasi awam. Malaysia juga.


Lihat Asia , Cina, Russia, Eropah dan sebagainya, semua nya Malaysialah yang terbaik dari segi kebebasan dan penjagaan hak asasi awam berbanding dengan negara-negara di atas. Apatah lagi dengan bapa hak asasi dunia US. Mereka ini hanya pandai bercakap sahaja. Tahun 2008 berapa ribu US telah membunuh rakyat Iraq, Afghan, Palestin.


Mana NGOs ini berada semasa pembunuhan ini berlaku. Mana suara mereka. Mana NGOs ini dalam memperkatakan hak asasi rakyat kebanyakkkan yang merempat dibawah jambatan dan dibawah tangga di US. Berjuta orang. Apa perjuangan mereka.


Apa perjuangan dan suara NGOs ini tentang hak asasi awam yang terjejas akibat tunjuk perasaan setiap hari oleh Hindraf ( sehingga kini pun ). Mana hak asasi polis yang pecah kepala dan kecederaan lain serta yang mati akibat tunjuk perasaan dan juga yang ditembak oleh perompak. Apa yang telah mereka perjuangkan kepada hak asasi mereka ini. Sepatah pun mereka tidak bercakap.


Kepada kerajaan, Jangan melayan lagi kehendak dan agenda mereka ini. Mereka akan terus mengkritik dan mempersoalkan hak asasi Malaysia walaupun apa yang di lakukan oleh negara. Mungkin mereka hendak bebas seperti hidup belantara yang tiada peraturan dan undang-undang. Lupa dan pekakkan telinga kepada desakan mereka ini. Mereka ini hanya mewakili minoriti yang boleh dibilang dengan jari. Pihak kerajaan perlu menjaga hak kami yang sentiasa mempertahankan kerajaan dan ini disahkan di dalam ORU ke 12 walaupun berkurangan sedikit.


Persetankan desakan mereka ini yang hanya mementingkan diri dan sentiasa menjadi rakyat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh negara ini.


Lupakan suara mereka. Suara kami ada sepatutnya lebih diutamakan. Kami semua bersyukur dengan apa yang ada. sebarang rasa tidak puashati , kami salurkan melalui saluran yang betul dan dengan cara berhemah dan bukan dengan meludah negara ini di luar negeri. Mereka ini sebenarnya adalah penderhaka yang hanya berniat merosakkan negara.


Penghuni Gua : Hak asasi awam lebih utama dari hak asasi individu.

PETA PELAYAR