FOLLOWERS

Showing posts with label HAK BUMIPUTRA / PERLEMBAGAAN. Show all posts
Showing posts with label HAK BUMIPUTRA / PERLEMBAGAAN. Show all posts

Sunday, 18 July 2010

LINDUNGI DAN PERTAHANKAN HAK KITA DI DALAM PERLEMBAGAAN !





IPOH 17 Julai - Orang Melayu perlu lantang menyuarakan hak istimewa mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menghilangkan hak tersebut.

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan (kini PKR), Zainur Zakaria berkata, oleh itu orang Melayu harus bertindak segera bagi mengelakkan wujud ruang yang lebih luas kepada kaum lain untuk mempertikaikan perkara tersebut.

''Kaum bukan Melayu kini sudah berani serta lantang mempersoalkan hak-hak Melayu, agama Islam dan juga institusi raja-raja Melayu.

''Keberanian dan kelantangan mereka ini bukan hanya tertumpu kepada hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi matlamat dan motif mereka sebenarnya adalah bertujuan menuding jari dan mempersalahkan orang Melayu," katanya yang juga seorang peguam.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153) Dalam Arus Politik Masa Kini sempena Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Tegas Zainur, sekiranya orang Melayu masih berpegang kepada kata-kata 'tidak apa' dan 'biar sahajalah', pasti hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini akan hilang sekelip mata.

Malah, katanya, sikap segelintir orang Melayu sekarang yang percaya bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan membantu menyebabkan orang Melayu jatuh.

''Jika orang Melayu gagal mempertahankan hak mereka, lama-kelamaan kita akan hilang segala keistimewaan.

''Saya khuatir 50 tahun akan datang, kalau kita diperintah oleh kaum bukan Melayu, segala hak yang kita ada sekarang akan hilang. Contohnya sudah nampak di Pulau Pinang sekarang yang diperintah oleh kaum bukan Melayu," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan bekas Naib Pesiden PKR ini. Kita tak minta lebih. Kita hanya melindungi dan memelihara serta menuntut supaya hak kita seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.

2. Melayu, Bumiputra dan orang Asli dan Anak Negeri tak minta lebih. Kita tak minta dan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya meminta dan menuntut hak kita dalam perlembagaan.

3. Kepada bukan Melayu, buka fikiran anda. Jangan rasis. Itu hak kami. Kami tak ganggu hak orang lain. Tak pernah pun kami mengambilnya walau secebis. jadi jangan kacau kami dan hak kami.

4. PG akan berbuat apa sahaja bagi memelihara dan melindungi hak PG dan bangsa serta agama kami walau dalam keadaan apa pun. Jadi kepada yang lain, jangan besar kepala dan cuba bermain apai dan mencabar hak dan kesabaran kami. Kami ada perasaan dan kad sempadannya. Sudah banyak garisan sempadan Bumiputra , Asli dan anak negeri di cabar, diusik, di cerca dan berbagai lagi oleh mereka yang rasa kepala mereka amat besar. Jadi hentikan.

5. Kepada semua sahabat. Kita jaga dan lindungi serta terus menuntut hak dan keistimewaan kita yang termaktub dalam perlembagaan negara. Jangan lebih dari itu. Kita lindungi dan menuntut mengikut cara dan kemampuan kita. Jangan kacau dan usik hakm orang lain.

6. Semuga hak bangsa dan agama ku terus terpelihara dari segala ancaman. Ancaman terbesar sekalai adalah dari kalangan bangsa sendiri yang merasakan sudah besar diri sehingga sanggup memperjudikan bangsa dan agama sendiri bagi kepuasan hati masing-masing dan perjuangan sempit mereka.

7. Kepada belia bangsa ku. Fikirlah. Fikir sedalam mungkin. Fikir secara praktikal dan bukan terlalu idealistik. Ingat! Bangsa dan agama kita adalah segalanya. Tanah Melayu hanya ada satu sahaja. Kita tak boleh lari ke mana lagi. Tanah Melayu hanya ada di Malaysia sahaja. Tiada di tempat lain. Jagalah dia dan peliharalah ia...............Masa kami sudah hampir ke penghujung. Jadi andalah pewaris dan pelindungnya. Fikir secara praktikal dan realistik.

Nota : Lihat juga tulisan Prof Dr Ramlah Adam di KLIK dan pandangan Datu Harussani zakaria di KLIK

PETA PELAYAR