FOLLOWERS

Showing posts with label HUBUNGAN LUAR NEGARA / INDON. Show all posts
Showing posts with label HUBUNGAN LUAR NEGARA / INDON. Show all posts

Wednesday, 7 October 2009

PERANG : GAGAH SANGAT KAH INDONESIA TU !



Berita Harian

7 okt 2009


Isu "berperang" tidak jejas hubungan Malaysia-Indonesia: TPM




PUTRAJAYA: Isu segelintir rakyat Indonesia yang dikatakan mahu "berperang" dengan Malaysia tidak akan menjejaskan hubungan di antara kedua-dua negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang selagi diperlukan.

Penghuni Gua : Gagah sangatkah Indonesia untuk berperang dengan Malaysia? Atau hanya semangat dan dan dengan sedikit otak yang terpesong boleh mengalahkan Malaysia?

2. Lihat sahaja sejarah Konfrantasi Malaysia dengan Indonesia semasa zaman Sukarno dahulu. Beratus komando Tentera Indonesia di jatuhkan melalui payung terjun oleh TNI di negeri Johor. Nak melepasi separuh negeri Johor pun tak berdaya.

3. Inilah bangsa merempat dan tidak sedar diri. Kalau sekadar mempunyai bilangan yang ramai rakyat dan tenteranya tidak akan menjamin kemenangan sesebuah negara dalam perang. Kalau tentera dan rakyatnya tidak berkualiti tak usah cakap bab perang lah.

4. Apatah lagi perang di zaman moden ini. kalau setakat semangat dan bermodalkan buloh runcing dan parang bengkok serta ilmu ghaib yang diajar oleh tok-tok wali di pasentren ( sekolah Agama ) di Indonesia itu tak usah cakaplah. Kalau ada ilmu ghaib pun : mengapa Indonesia kalah kepada Belanda.

5. Sebaiknya tenaga rakyat Indonesia yang bodoh tersebut yang hendak menyerang Malaysia itu digunakan dalam usaha dunia menyelamatkan rakyat Indonesia sendiri yang dilanda gempa buminya baru-baru ini. Kuat sangatkah rakyat Indonesia ini kalau sekadar memakan kain batek, tarian pendet dan hanya berdangdut seharian untuk menyerang Malaysia? Lupakanlah.

6. Kepada Malaysia , jangan layan bangsa bodoh ini termasuk pemimpin bodoh mereka. Teruskan bantuan kemanusian kita di sana walau dalam keadaan apa sekali pun. Jangan layan lagi slogan-slogan " kita serumpun" dan sebagainya. Mereka hanya mendakwa serumpun hanya bila mengalami kesusahan. Seepas itu berulang lah semula nyanyian perang mereka . Inilah yang berlaku sejak dahulu.

7. Satu lagi perkara : Kadang kala naik menyampah juga melihat ramai sangat pemimpin dan rakyat Malaysia ini , kalau berjumpa dengan rakyat dan pemimpin Indonesia , mereka cukup bangga berkomunikasi dalam bahasa Indonesia walaupun berada di bumi Malaysia. Begitu juga dalam setengah rancangan -rancangan TV di Malaysia. Pengacaranya pun tak habis-habis menggunakan bahasa Indonesia tanpa rasa malu.

8. Naik menyampah dan meluat kita semua melihat dan mendengarnya.

PETA PELAYAR