
SHAH ALAM 9 Ogos – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini hari ini dikejutkan oleh kemunculan bukti baru yang tidak didedahkan intipatinya secara terperinci.
Koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding dalam suasana yang menimbulkan teka-teki selepas permohonan untuk mengemukakan bukti itu dibantah oleh para peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa nak bantah-bantah. dah ada bukti baru. Tengok dan bicaralah dulu. Macam takut pada bayang-bayang sendiri aje si peguam-peguam handal ni.
2. Bukan apa, PG difahamkan, surat TBH ( yang " disorok " selama ini ) yang nenyatakan rasa sedih dan kecewanya dengan pemimpin DAP kerana mendesak dan memberi tekanan kepadanya untuk mendapat projek akan didedahkan. Itulah bukti terbarunya.
3. Dan itu lah juga sebab mengapa TBH membunuh diri. Jadi apa nak bantah-bantah. Hanya sekeping surat. Tak ada apa pun. Ia akan merungkaikan banyak peristiwa. Nama pun inkues. Jadi apa sahaja bukti boleh diketengahkan. Kebenaran yang perlu dicari. Dan itu yang di desak oleh keluarganya pun serta pihak yang berkepentingan dari kes ini.
4. Mungkin ada pihak takut . Jadi desak peguam-peguam handal itu membantah untuk dikemukan di mahkamah. Mungkin akan keluar lagi nama si gangster tu.
5. Gangter tu lagi!!! Balik-balik namanya juga akan keluar.
6. PG percaya penuh, TBH mati dibunuh berdasar bukti yang lepas. Apa pun kita sama-sama tunggu. Banyak pihak dah mula panas punggok!!!!!!!!!!!!!!!
