SHAH ALAM 9 Ogos – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini hari ini dikejutkan oleh kemunculan bukti baru yang tidak didedahkan intipatinya secara terperinci.
Koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding dalam suasana yang menimbulkan teka-teki selepas permohonan untuk mengemukakan bukti itu dibantah oleh para peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa nak bantah-bantah. dah ada bukti baru. Tengok dan bicaralah dulu. Macam takut pada bayang-bayang sendiri aje si peguam-peguam handal ni.
2. Bukan apa, PG difahamkan, surat TBH ( yang " disorok " selama ini ) yang nenyatakan rasa sedih dan kecewanya dengan pemimpin DAP kerana mendesak dan memberi tekanan kepadanya untuk mendapat projek akan didedahkan. Itulah bukti terbarunya.
3. Dan itu lah juga sebab mengapa TBH membunuh diri. Jadi apa nak bantah-bantah. Hanya sekeping surat. Tak ada apa pun. Ia akan merungkaikan banyak peristiwa. Nama pun inkues. Jadi apa sahaja bukti boleh diketengahkan. Kebenaran yang perlu dicari. Dan itu yang di desak oleh keluarganya pun serta pihak yang berkepentingan dari kes ini.
4. Mungkin ada pihak takut . Jadi desak peguam-peguam handal itu membantah untuk dikemukan di mahkamah. Mungkin akan keluar lagi nama si gangster tu.
5. Gangter tu lagi!!! Balik-balik namanya juga akan keluar.
6. PG percaya penuh, TBH mati dibunuh berdasar bukti yang lepas. Apa pun kita sama-sama tunggu. Banyak pihak dah mula panas punggok!!!!!!!!!!!!!!!
Dan aku yakin...TBH mati dibunuh...!!! tiada siapa yg sanggup nak membunuh diri spt bekas Adun Selangor tuh!!
ReplyDeleteBukan kah mahkamah dan sistem perundangan dikawal ketat olh UMNO/BN demi kepentingannya...lihatlah kes Video Linggam apabila inkues yg ditubuhkan gagal berfungsi krn tekanan kuat dr UMNO/BN..namun stlh SJDR ditubuhka barulah kita terlopong besar bhw nama2 besar dlm negara kita pun terlibat sama menjahanamkan sistem negara kita....
itu lah...makin punah ranah sistem kita akibat rakusnya umno/bn memperkudakannya utk kepentingan mrk.....sadis sekali!!!
Kenapa perlu bimbang diorang nak bantah. Biar la hakim buat keputusan. Apa2 keputusan mahkamah, mesti ada yg tak senang hati. Mentaliti orang Melayu... biasa la....
ReplyDeleteMat Jerontot
akmy... memang anon diatas tu tak tahu apa-apa mengenai persatuan kongsi gelap/gangster. Bagi yang dianggap pembelot, tiada pilihan lain selain mati, kalau tidak kaum keluarga, tunang atau isteri yang akan menanggung akibat. Diatas kesedaran dan tanggung jawab kepada kebenaran, Teoh Beng Hock telah dengan sendiri pergi kepada SPRM, membawa bukti-bukti kejahatan/salahlaku pemimpin DAP. Ingat tu, bukan SPRM yang menangkapnya. Sebab itu, TBH bebas semasa berada di pejabat SPRM kerana dia adalah saksi, bukannya orang yang ditangkap. TBH juga dikehendaki membawa bukti tambahan kepada SPRM. Dengan bukti-bukti yang akan diberikan oleh TBH, boleh membawa kepada penangkapan dan pendakwaan keatas pemimpin DAP berkenaan. Disini siapa yang untung dengan kematian TBH adalah sangat jelas (kecuali SPRM berpihak kepada DAP). Cumanya untuk membuktikan tangan yang bertanggung-jawab, sangatlah sukar dan inilah yang diambil kesempatan oleh pakatan rakyat. Mereka menguatkan tuduhan keatas SPRM dengan membawa dan membayar doktor siam, yang dengan hanya melihat gambar, boleh mengatakan 80% kemungkinan TBH dibunuh. Tekanan-tekanan diteruskan melalui kempen fitnah dalam ceramah, nyalaan lilin dan lain-lain lagi, sehingga kelihatanlah seolah-olah DAP lah yang benar mahukan pemimpin mereka disiasat dan didakwa, tetapi dihalang oleh SPRM dan kerajaan BN. Prinsip siapa yang menuduh dahulu, dialah yang benar dan tohmah berkali-kali; telah diamalkan begitu lama oleh pembangkang, untuk mengeliru serta memesongkan pemikiran rakyat dari kebenaran. Tidak ada lagi prinsip 'berkata benar walaupun pahit' walau pun di kalangan tok guru dan ustaz PAS, sedangkan merekalah yang seharusnya lebih sensitif kepada hukum melakukan fitnah, mencaci maki, mengkafir dan lain-lain.
ReplyDeletegOBOND PUN SIBUK TAK HABIS KATA DPP SALAH GUNA PROSES MAHKAMAH SEMALAM. AP EL. LANTIK HAKIM SENDIRILAH.
ReplyDelete