FOLLOWERS

Tuesday, 24 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KESAHAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KADAZAN TATANA SABAH !!!!

( Gambar hiasan sahaja )

[1994] 1 MLJ 545
Nancy Kual v Ho Thau On
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — ORIGINATING SUMMONS
NO K20 OF 1992

Judges SYED AHMAD IDID J

Date 29 JULY 1993

Citation [1994] 1 MLJ 545

Catchwords:

Family Law — Marriage — Customary marriage — One party a native of Sabah and the other party a non-native — Marriage not registered in accordance with the provisions of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 — Whether marriage valid and subsisting in law — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 3(1) & 5(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, seorang anak watan Sabah dan defendan, yang berbangsa Cina, telah menjalani suatu upacara minum teh untuk meraikan perkahwinan mereka menurut adat kaum Cina pada 5 Mei 1990. Selepas itu, plaintif dan defendan telah bersekedudukan sebagai suami isteri. Pada 24 Jun 1990, plaintif dan defendan telah menjalani satu lagi perayaan perkahwinan mereka, kali ini menurut adat Kadazan Tatana.

Plaintif dan defendan terus bersekedudukan sehingga mereka mengalami masalah domestik. Defendan kemudiannya telah meninggalkan kediaman suami isteri. Apa yang berikutan adalah perjumpaan di antara plaintif dan defendan bersama dengan mahkamah adat. Di dalam suatu perjumpaan tersebut, defendan setelah ditunjuk gambar-gambar perkahwinan, telah menyatakan bahawa, ‘Itu main-main sahaja’.

Plaintif sekarang menuntut suatu deklarasi bahawa beliau merupakan isteri defendan yang sah dan bahawa perkahwinan mereka yang telah diupacarakan di bawah adat anak watan pada 24 Jun 1990 itu, adalah sah dan wujud di sisi undang-undang. Isu di dalam kes ini adalah sama ada, memandangkan s 5(4) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’) dibaca bersama s 3(1) Akta itu, suatu perkahwinan yang telah diupacarakan di bawah undang-undang adat anak watan dan tidak didaftarkan menurut peruntukan Akta itu di antara seorang bukan anak watan (defendan) dan seorang anak watan (plaintif) adalah sah.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan perintah yang dipohon oleh plaintif dan mengisytiharkan bahawa plaintif merupakan isteri defendan yang sah:

(1) Perintah yang dibuat oleh mahkamah adalah berdasarkan alasan-alasan perikemanusiaan untuk menyokong perhubungan di antara suami isteri dan tidak menggalakkan sesebuah pihak daripada menganggap ringan upacara dan upacara amal perkahwinan.

(2) Walaupun satu pihak kepada kes ini merupakan seorang bukan anak watan, mahkamah berpendapat bahawa perkahwinan yang dijalani oleh plaintif dan defendan, menurut adat Kadazan Tatana, akan diiktirafkan sebagai sah, serupa dengan s 104, walaupun seksyen itu adalah berkenaan dengan ‘perkahwinan yang dilakukan di luar Malaysia’. Perkahwinan di dalam kes ini diadakan dalam bentuk yang diperlukan atau diperuntukkan oleh undang-undang negara di mana ia dilakukan, iaitu menurut undang-undang adat anak watan di Sabah.

Per curiam:

Adalah menjadi bantuan besar jika Akta itu, pada s 4, menambah: ‘Tidak apa-apa jua dalam Akta ini yang akan menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan menurut undang-undang adat anak watan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan.’ Kes ini akan diselesaikan jika Akta itu mengandungi kata-kata sakti itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR