FOLLOWERS

Tuesday, 17 August 2010

RESOLUSI MANSUH EKUITI MELAYU TAK BERMORAL : DR SHAMRAHAYU A. AZIZ , UIAM !!!





KEISTIMEWAAN dan hak Melayu dipersoalkan lagi! Resolusi Kongres Ekonomi Cina yang berlangsung di Kuala Lumpur mencadangkan supaya 30 peratus ekuiti yang diberikan kepada Bumiputera dikurangkan secara berperingkat.

Walaupun dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sebagai membuat rayuan kepada masyarakat Cina untuk berasa yakin bahawa pemerintahan beliau yang akan menjaga kepentingan semua kaum, termasuk kaum Cina, ucapan itu tidak singgah pada minda peserta kongres berkenaan.

Ia seolah-olah masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Begitu juga keadaan yang menimpa ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak kaum Cina untuk berkongsi kek ekonomi secara adil. Beliau menyatakan bahawa setiap pihak harus mendapat manfaat sewajarnya daripada pembangunan dan kekukuhan ekonomi negara ini.

Sebelum saya panjangkan pandangan dalam isu ini, perlu disebut bahawa istilah Bumiputera tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ekuiti ‘Bumiputera’ dalam konteks resolusi berkaitan ekuiti ini merujuk kepada ‘ekuiti Melayu’.

Pada saya, persoalan mengenai pengurangan ekuiti yang disediakan kepada kaum Melayu sebanyak 30 peratus ini bukanlah perkara baru yang menjadi tuntutan komuniti Cina. Namun pada saya, ia tidak perlu dan tidak sepatutnya diketengahkan dalam agenda mengukuhkan kedudukan ekonomi kaum Cina di negara ini.

Dua perkara ingin saya ketengahkan. Pertama, apakah kesan ekuiti Bumiputera ke atas kedudukan ekonomi komuniti Cina di negara ini selama ini? Dalam kata lain, adakah masyarakat Cina sudah diketepikan kedudukan mereka dalam menerajui ekonomi negara dengan wujudnya polisi berkaitan ekuiti atau, adakah Melayu betul-betul mendapat manfaat daripada peruntukan ekuiti ini dan seterusnya Melayu menjadi peneraju ekonomi negara ini. Keduanya, adakah salah, dari segi perundangan untuk kaum Bumiputera diberikan ekuiti berkenaan.

Pada saya, jawapan kepada kedua-dua soalan di atas sudah pasti begitu jelas. Hakikatnya sudah nyata. Walaupun dengan wujudnya 30 peratus ekuiti ini ekonomi masyarakat Cina masih lagi makmur dan ekonomi masyarakat Melayu masih lagi tidak setanding dengan kedudukan ekonomi komuniti Cina, apatah lagi untuk bersaing.
Kesan negatif daripada pemberian ekuiti kepada Bumiputera itu tidak menyerlah ke atas kekukuhan ekonomi komuniti Cina ini. Sejak dulu hingga kini, kehebatan dan ketinggian masyarakat Cina dalam bidang ekonomi tidak dapat dipersoalkan, walaupun diselubungi ekuiti Bumiputera berkenaan. Jika kesannya amat negatif kepada masyarakat Cina, negara tidak akan dapat menyaksikan begitu makmur sekali ekonomi masyarakat Cina di negara ini.

Adakah resolusi untuk mengurangkan peratusan ekuiti ini satu keadilan kepada Bumiputera? Atau ini menunjukkan komuniti Cina tidak mahu berkongsi kek ekonomi secara bijaksana dengan Bumiputera seperti yang disebut Presiden MCA?

Dari sudut undang-undang, masyarakat Melayu diberikan sedikit kelebihan menerusi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan Melayu untuk diberikan suatu kuota, antara lain bagi tujuan perniagaan.

Walaupun sekiranya dipandang sekali imbas Perkara 153 adalah satu bentuk diskriminasi, ia diskriminasi yang dibenarkan (positive discrimination) atau dalam istilah lain yang lebih popular ketika ini, affirmative action.

Bagi saya, Perkara 153 ini bukan ‘tongkat’ kepada Melayu, walaupun ramai yang menganggap Perkara 153 hanya bersifat ‘membantu’ Melayu yang mungkin akan rebah sekiranya tidak ada Perkara 153. Pada saya, Perkara 153 ini menunjukkan pengiktirafan undang-undang tertinggi negara kepada orang Melayu dan bukannya tongkat.

Perkara 153 ini juga pada saya adalah asas untuk sebarang pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kelangsungan keadilan ekonomi Melayu.
Lebih-lebih lagi apabila sebarang dasar yang disandarkan kepada Perkara 153 ini, sekiranya perlu diubah, harus dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, seperti yang termaktub di bawah Perkara 38(5) Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini menambahkan lagi kepentingan kedudukan keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaan.

Pada saya pertanyaan atau persoalan berkaitan hak Melayu ini amat tidak ‘bermoral’ dalam amalan sistem Perlembagaan. Namun, sekiranya dilihat dari sudut peruntukan undang-undang jenayah, perbuatan seperti ini adalah satu hasutan yang membolehkan pendakwaan dilakukan.

Walauapapun pada pendapat saya, masyarakat Melayu, terutama pemimpin Melayu harus sedar bahawa tuntutan seperti ini adalah bertentangan dengan prinsip dan semangat Perlembagaan berkaitan kedudukan Melayu. Oleh itu, pemimpin Melayu tidak perlu menjadi terlalu berdiplomasi atau apologetik dalam menangani isu berkaitan kedudukan Melayu.

Semangat peruntukan Perlembagaan ini ialah untuk mengiktiraf kedudukan Melayu di negara ini. Ia juga amat jelas di dalam sejarah Tanah Melayu. Tugas dan tanggungjawab ini harus dipikul oleh kepemimpinan supaya pemimpin Melayu tidak lagi dituduh menjadi penyebab kepada kemunduran atau ‘kelayuan’ Melayu di tanah air sendiri.

Perkara 153 juga pada saya, adalah sebagai simbol keadilan kepada semua bangsa di negara ini. Apa yang penting di negara ini ialah keadilan, bukannya kesamarataan. Ini harus dihayati sepenuhnya oleh kepemimpinan negara.

Penyediaan sejumlah tertentu ekuiti kepada Melayu bukanlah bermakna menolak hak kaum lain dan ini jelas terbukti dengan kejayaan dan kemakmuran ekonomi masyarakat Cina di negara ini. Selain itu, keistimewaan Melayu mendapat pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan, bukan semata-mata dasar pemerintahan negara.


Penulis ialah Penolong Profesor, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

23 comments:

  1. SLM BRO..SBB TU OTAK SOI LEK LBEY KURANG SELARI DGN KM JAMBAN PENANG. BANGSA YG X TAU DEK UNTUNG!. KETUA KOMUNIS MALAYA KIT SIANG TENTU GELAK BESAR SKANG NIH!..HARKK PTUIHHH!!

    ReplyDelete
  2. Nak pertahankan hak Melayu yg mana? Yg duduk diatas atau yg duduk dibawah...

    Sialan...

    ReplyDelete
  3. Moral ke tak bermoral ker, tak penting...yang penting Najib tetap nak sokongan China...Najib pasti akan tambah dari 30% kpd 50% nanti...Najib pasti kowtim baik punya...yg penting sokongan China....


    eh!! PERKASA tak DEMO ke? puasa kot!

    ...........apa lah yg melayu ada kini...hanya telur 2 biji jer!!! habih punah ranah dikerjakan UMNO/BN....tak sedar2 lagi ker?

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya ekuiti Bumiputera dinaikkan lagi utk mengimbang kedudukan ekonomi org Cina yg terlalu tinggi! Bayangkan, ditahap 30% ekuiti Bumiputera ekonomi org Melayu masih lagi tertinggal jauh. Inikan pulak cadangan utk dikurangkan. Sedia kah MCA utk dikurangkan kerusi dlm PRU13 utk semua kawasan majoriti Melayu sebagai ganti. Najib jgn terlalu ghairah sangat dgn MCA semata mata berkehendakan undi kaum Cina yg belum tentu dapat!

    ReplyDelete
  5. POSA2 TAKLEH NAK CAKAP MENGARUT........

    HAMPA DOK HABAQ EKUITI BUMIPUTRA BERAPA2 KA....
    MENATANG EKUITI TAKLEH NAK KEDARAH OOOOOOIIIII.
    KALU EKUITI BUMIPUTRA 90% PON NGAN KOS IDUP YANG DICIPTA PARTI BEWAK SANGAT MEMEDIHKAN. BUAT APA EKUITI SAMPAI 90% PON KALU NAK KEDARAH NASIK SUSAH.

    gurau ngan bewak.

    ReplyDelete
  6. cakap mengarut macam kau yang tak boleh. bukan aje tak boleh bulan puasa. tak boleh bila-bila pun. kau islam ke lr ? itu pun tak tahu!!!

    Aku ada sikit profil tentang Lord Reid Pukimak ni, dia ni asal dari permatang Pauh tempat ejen CIA main bontot, dia ni dah dilarang dilaman pembangkang sebab banyak guna perkataan lucah. Sekarang dia cuba nak provok laman penyokong kerajaan, dia juga guru disekolah kebangsaan dekat Permatang Pauh mengajar murid Tahun dua sebab dia lulusan sijil Perguruan saja, Bini dia tengah kursus buat KPLI di UPSI, aku pernah maki dia sampai pagi di laman pembangkang pinkturtle. Oleh itu dia ni diibaratka dajal jugalah,

    ReplyDelete
  7. Dr, Shamrahayu,

    Kita nak dengar dengan telinga & hati kita, apa yg akan keluar dari mulut Najib sendiri...Kata dialah yg boleh jadi penutup segala mulut celupar sepet2 itu. Kalau dia tidak buka mulut segera, tak payahlah kita cakap banyak2..
    Maknanya, dia tak kisah - jaminan perlembagaan ke, hasrat Melayu ke.. atau apa2 ke..yg penting sokongan utk dia & BN, bukan utk Melayu...

    ReplyDelete
  8. kah kah kah!
    UMNO parti penipu Melayu main wayang, marah bila nak dikemaskini dasar ekuiti bumiputera. Musim ini wayang kulitnya, akan dibarisi pelakun baru, iaitu pertubuhan NGO pro UMNO "perkosa".
    Perkosa akan belagak sebagai mempertahankan hak orang melayu. Perkosa akan dilihat pelindung kepada orang melayu, undi melayu tak kemana kecuali kepada UMNo.
    Sementara pemimpin UMNO akan berlagak sebagai kerajaan yang liberal dgn masyakat berbilang bangsa. Ini amat penting bagi memenangi hati orang melayu dan orang bukan melayu.
    Orang cina MCA akan mengemukakan beberapa tuntutan yang mereka tahu tak mungkin diperolehi, tujuan untuk menarik orang cina kepada parti tersebut.
    Wayang akan bermula, Pas dan DAP akan diserang dengan senjata bila mereka keluarkan kenyataan, sama ada daripada perkosa atau MCA.
    Nak menipu oang melayu zaman moden, namun guna tektik tahun 50an, adalah kebodohan berganda pakar strategik UMNO.

    ReplyDelete
  9. Salam, Abang Arif. Saya nak mintak bantuan sket dari Abang Arif. Pasal komen Setpol MB Kedah berkaitan dengan pembalakan di Sik tu kat blog saya, so saya ni tak berapa pandai sangat dalam soal undang-undang atau peraturan kelulusan pembalakan... Mohon bantuan Abg Arif dapat beritahu samaada benar proses meluluskan kawasan balak tu mengambil masa bertahun-2?

    http://exception2008.blogspot.com/2010/08/kerajaan-pas-kedah-nak-tipu-pun-agak.html

    ReplyDelete
  10. Bro Anon 12:48:

    Um-NGOK ada pakar strategik ker..? Ooops, ya ada, yg hang kata mempunjyai kebodohan berganda ... pakar stra-taik...

    ReplyDelete
  11. Tak ada yg dapat menafikan apa2 yg telah ada di dlm perlembagaan. Tapi apa yg di dlm 'kitab' itu tidak mesti itu yg terupaya dilaksanakan ke dlm realiti. Utk menjadikan hasrat Melayu dapat direalisasikan, Melayu memerlukan seorang pemegang teraju yg berani, bijaksana, pintar, dihormati, & adalah mejadi kelebihan yg sangat baik jika dia digeruni kawan dan lawan. Tapi, ciri2 karismatik spt ini tidak banyak ada pada pemimpin2 Melayu dlm UMNO sekarang, termasuk Najib sendiri...Lihat saja, Najib telah memberi jaminan, tapi pihak mereka tidak pun memberi nilai & memberi penghormatan kpd kata2nya?...
    Jadi, siapa pimpin siapa?

    ReplyDelete
  12. Salam...,

    Mungkin belum sampai masanya lagi fuckatan terdiri pemimpin pasEtan, pasEsesat, pungkok kena robet (pkr) pengikut al jubri nak berdemo spt membantah ekuiti 90% yang dimaksudkan oleh lutaik. Jangan taksub dengan nafsu nanti bila hampir dengan mati iblis menjelma berupa nafsu yang nko gambarkan sekarang. Setelah nko saktit dan terseksa, pertolongan datang dari iblis yang disyaratkan kena sembah iblis tu. Kerana terlalu terseksa dan tiada pilihan, hanya sekali angguk tanda setuju, saat itu juga malaikat maut cabut nyawa maka kafirlah matinya. Wanauzubillah ....

    Awas jangan terlalu taksub dgn nafsu...

    ReplyDelete
  13. 30% bukan hanya pada ekuiti syarikat dan tender sahaja.... ia termasuk biasiswa tajaan JPA.... MARA... dan agensi2 yang lain..... bantuan2 kepada para petani dan nelayan.... bantuan kepada sek2 agama (SAR)... bantuan kepada SEK KEB.... dan byk lagi... fikir2kanlah jika ia benar terhapus..
    lain ler kalau kite nie dah jutawan, 7 keturunan x habis duit tuh... mmg ler x kesah kuota tuh dihapuskan... tetapi kepada yg lagi marhain, mcm mana??? sbb itu hanya UMNO skrg ini berjuang... PAS juga ada memberikan sokongan terhadap kuota.... fikir2kanlah....

    from boyesen....

    ReplyDelete
  14. Salam pembaca,

    Saya bersependapat dengan Dr Shamrahayu bahawa Perkara 153 Perlembagaan bukannya tongkat untuk orang Melayu. Malahan,ianya merupakan Kontrak Sosial antara kaum akan keistimewaan orang Melayu dan hak inheren orang Melayu di Negeri-negeri Tanah Melayu (Federated or Unfederated Malay States). Bacalah sejarah jika ingin mendalaminya. Kalau ianya tongkatpun, apakah tongkat semestinya kegunaan eklusif untuk orang kurang upaya? Imam kutbah dan Pendaki gunungpun contohnya guna tongkat dan mereka bukannya orang kurang upaya.Nabi Musa alaihisalam sendiri terkenal dengan tongkatnya dan bukannya beliau orang kurang upaya. Perkara 153 Perlembagaan bukannya tongkat tetapi pengiktirafan keistimewaan orang Melayu di Persekutuan Negeri2 Tanah Melayu (termasuk Negeri-Negeri Tanah Melayu yang tidak Bersekutuan)sebelum wujudnya Persekutuan Malaysia. Bermakna orang-orang melayu dan Raja-Raja melayu sudah sememangnya mempunyai keistimewaan.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  15. Najib pun tak heboh2...ni PG plak kecoh2...najib kata ok jer asalkan undi China dapat kembali...


    bagus apa najib hang tu....!!!

    ReplyDelete
  16. ingatkan pada bulan ramadhan ni lord bangang akan cerdik sedikit. rupa-rupanya masih bodo dan bangang seperti biasa juga

    ReplyDelete
  17. Hoi eXception.... Technician MangkukHayun! Awat hang nnyibuk kat blog PG ni? Blog hang sendiri dok takut nak bagi org komen secara bebas... sekat2. katsini merayu-rayu mintak bantuan plak!

    Tgk betapa gentelman si PG ni... tak tapis pun komen2 yg memperlihatkan keBOBROKan KERAjaan UMNgOk Be-eNd ni... bukan mcm nko yg tak berteloq, harapkan kerandut buah je!

    Dok diam2 kat blog nko... motto blog nko bukan sekadar blog picisan tu patut tuko jadi... dah dlm lubang taik pun!

    ReplyDelete
  18. Aku berani potong LOLOI... Najib tak berani nak tegur Presiden FilmPorno ni punye!

    Najib tgh dok sujud dgn Cina meratap nak dapatkan undi... sampai lupa kat Melayu. U help me... I help U, ma...!

    Nak bangkang kenyataan Chua Peterporn... mahu terbongkang PRU13... tak dpt undi Cina. Suruh MatLebam dan SiFietBedal je sound!

    ReplyDelete
  19. hahaha dah tau technician bangang ada hati nak sembang politik!
    langsi lu sound lu punya kwn la xmau sibok2 hal org la
    dia keja tech ma..apa dia tau???
    suruh dia senyap2 la
    jap lagi kalu kene penyepak bisu x sudah

    ReplyDelete
  20. exeption

    maaf, blog anda tak boleh hantar komen. tak masuk. jadi saya komen dan jawap di sini. tq

    bab nak lulus kawasan balak ini ? tak sampai seminggu pun. lihat aje pengalaman saya di kelantan dulu yang melibatkan seorang ecxo dan oranmg kedua tertinggi dalam pemerintahan PAS kelantan. Lulus dalam masa seminmggu kawasan yang tak ada balak pun. tujuannhya nak kebas dan curi balak orang kafir./ Thailand. Fatwa ustat dan YB ini sekarang ini MP PAS di xxxxx kelantan ualah balak orang kafir halal untuk dicuri. akhirnya 12 pegawai hutan kelantan di culik oleh marin thai termasuk pengarah hutan kelantan dan pegawai hutan tanah merah. TGNA tahu kisah ini dan siapa terlibat. sebab itu TGNA pindahkan beliau dari DUN ke parlimen xxxx. TGNA mengeleng kepala ....

    jadi bab balak ini , sehari pun boeh lulus. Kalau takm lulus pun, boleh tebang dulu. Papan kenyataan untuk pembalakakan bioleh naik dulu untuk menipu orang ramai kononnya ada lesen. semua ini kerana keterlibatan dari anasir yang paling atas sehingga lah ke bawah. Bab duit dan xxxxx serupa aje. Pak aji PAS lagi le kelabu mata. sebabnya bari sekarang nampak dan baru dapat. Lihat ajelah ADUN kedah. Lihat le perubahan cara hidup mereka.

    jangan cakap kerana duit gaji le. Bantai semua projek kutip samoah dll melalui proksi.
    jadi kepada setpol kedah tu. jangan cakap banyak lah. Makan kedarah rasuah ini serupa aje. Dilihat dari keadaan hari ini, kome yang lebih teruknya. cuma dapat melindungi diri dengan jubah dan ketayap aje.

    ReplyDelete
  21. exeption, maaf lewat respon. ada kerja sikit dan balik leat sikit. jam 3 baru sampai rumah

    ReplyDelete
  22. Terima kasih abg PG, komen abg PG ni saya dah letak ke dalam blog...

    ReplyDelete
  23. Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    http://www.gadismelayuboleh.com

    ReplyDelete

PETA PELAYAR