FOLLOWERS

Monday, 30 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERIHAL DAGANGAN / TANDA HARGA !!!


[1993] 1 MLJ 82
Liew Jee Chin v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPEAL NO KG 24 OF
1992

Judges RICHARD MALANJUM JC

Date 24 OCTOBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 82


Catchwords:

Criminal Law — Price Control Act — Failing to display price tags — Breach of Price Control (Indication of Price by Retailer) Order 1977 — Whether it is an offence under the Price Control Act — Whether provisions under the Order were ultra vires — Price Control Act 1946 ss 12, 13, 15 & 22 — Price Control (Indication of Price by Retailer) Order 1977 arts 3 & 5

Criminal Procedure — Want of authority of prosecuting officer — Whether power was delegated to him — Whether trial was a nullity — Price Control Act 1946 s 17 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 380(ii)(b) & 422

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon sedang berniaga di Penrissen Road, Kuching apabila kedainya diserbu oleh pegawai dari Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Telah dijumpai bahawa pemohon telah gagal mempamerkan teg harga pada 157 gulung kain tekstil. Pemohon dituduh kerana melanggar perkara 3 dan 5 di bawah ‘Price (Indication of Price of Retailer) Order 1977’ (‘Aturan itu’), suatu kedi bawah s 22 Akta Kawalan Harga 1946 (‘Akta itu’). Pemohon telah mengaku salah dan dihukum membayar denda RM1,000 dan jika tidak dibayar penjara satu bulan. Beliau telah membuat rayuan keatas sabitan dan hukuman itu.

Dalam rayuan, ditegaskan bahawa oleh kerana pemohon telah mengaku bersalah, rayuan tidak boleh dibuat atas sabitan itu. Beliau telah menimbulkan dua perkara per, pertamanya, bahawa perkara 5 Aturan itu adalah ultra vires dan walaupun perkara itu ultra vires, tidak ada penalti, kerana s 22 Akta itu tidak merangkumi Aturan itu; dan keduanya, pembicaraan itu batal kerana pegawai pendakwa tidak mempunyai kuasa.

Diputuskan:
Diputuskan, membatalkan sabitan dan mengarahkan supaya perbaru diadakan
:

(1) Perkara 5 adalah suatu peruntukan di dalam Aturan itu yang mekesalahan. Walaupun s 13 Akta itu tidak dengan jelas memberi kuasa kepada ‘price controller’ untuk membuatnya suatu kesalahan kerana peruntukan di dalamnya tidak dipatuhi, s 40(2)(a) Akta Tafsiran 1948 and 1967 memberi kuasa itu. Oleh itu, perkara 5 tidak ultra vires Akta itu.

(2) Aturan itu harus dibaca seolah-olah suatu peruntukan di dalam Akta itu. Apabila suatu statut membolehkan suatu pihak berkuasa memperaturan, suatu peraturan yang dibuat di bawah Akta itu menjadi, untuk tujuan mematuhi atau tidak, suatu peraturan Akta itu. Oleh itu, apabila suatu perkara di dalam Aturan itu dilanggar, ia merupakan suatu kesalahan terhadap atau kegagalan menurut peruntukan Akta itu dan boleh dihukum di bawah s 22.

(3) Pegawai pendakwa bertanggungjawab untuk penguatkuasaan Akta itu. Beliau diberi kuasa untuk mendakwa kesalahan di bawah s 17 Akta itu. Dari segi ini, s 380 Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6) tidak mensyaratkan pematuhan yang tegas. Pemohon juga tidak dapat menunjukkan bahawa beliau telah dimudaratkan atau bahawa terdapat kegagalan keadilan oleh kerana pegawai pendakwa tidak mempunyai kuasa.

(4) Supaya hukuman diringankan, di perbicaraan peringkat pertama, petelah menyatakan bahawa beliau adalah seorang tukang jahit dan bukan seorang peruncit. Akuan bersalah itu sepatutnya ditolak pada peringkat itu dan kes itu sepatutnya dibicarakan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR