Penghuni Gua : Inilah saki baki mahasiswa yang melakukan jenayah kianat di UM sempena lawatan isteri PM ke Universiti Malaya 2 bulan lalu.
2. Inilah bahananya jika nak tunjuk lebih cerdik dan lebih islam dari orang lain. Belajar tak setara mana, markah pun cukup makan tetapi tindakan nak melebihi dari mereka yang dapat markah 4.0.
3. Itu pun belajar pengajian Islam aje , markah pun semput-semput. Tetapi nak menunjuk pandai. Tetapi tindakan bodoh melebihi penjenayah sebenar.
4. Kepada mahasiswa lain, ambil ikhtibar dari peristiwa ini. Ini pun satu pelajaran yang amat berguna kepada anda semua. Kerajaan mempertaruhkan wang berjuta ringgit untuk menggerakkan sesebuah Universiti dan berpuluh ribu ringgit lagi untuk membiayai seseorang pelajar. Jadi jangan sia-siakan perbelanjaan kerajaan ini. Belajar lah rajin-rajin.
5. Jangan sesekali pemikiran kita ini dikongkong oleh seseorang lain sehingga kita menjadi begitu bodoh atau diperbodohkan. Apa yang mereka ( pelajar yang ditangkap ini ) dapat dari peristiwa ini. Tak ada parti mana pun ambil kisah tentang hal anda pun.
