FOLLOWERS

Showing posts with label KEMASYARAKATAN. Show all posts
Showing posts with label KEMASYARAKATAN. Show all posts

Monday, 12 April 2010

KUBOR SEMAK : CONTOHI ORANG JOHOR / PONTIAN !


Penghuni Gua : Semalam ( 11 apr 2010 ) selepas menghantar anak di MRSM Ayer Baloi Pontian Johor, Pg sempat mengambil bebarapa keping gambar tanah perkuburan islam di sepanjang jalan dari Simpang Renggam hingga ke Pontian.

2. Keadaan tanah perkuburan di daerah Pontian iaitu disepanjang jalan yang PG lalu lebih kurang 8 tanah perkuburannya, didapati amat bersih dan terpelihara. Ular nak bertelor pun segan.

3. Jadi ambillah contoh dan cara orang Pontian / Johor dalam menjaga dan menyelia tanah perkuburan di persekitaran kampung dan kediaman kita. Tak perlulah nak menangis depan Karam Singh Walia di rancangan Aduan Rakyat TV3. Buat malu aje, nampak sangat kita ni pemalas. PG ada juga bertanya kepada penduduk kampung di sekitar tanah perkuburan di atas, tapi semuanya menjawab, kebersihan tersebut adalah hasil usaha kariah kampung berkenaan. Gotong royong.

4. Jadi pakat-pakatlah dalam menjaga tanah perkuburan kita sendiri. Kita pun akan ke sana. takkan nak bersihkan kubur pun nak komplen kepada kerajaan...........Bergotong royonglah.

5. Fikir-fikirkanlah.............

PETA PELAYAR