FOLLOWERS

Monday 12 April 2010

KUBOR SEMAK : CONTOHI ORANG JOHOR / PONTIAN !


Penghuni Gua : Semalam ( 11 apr 2010 ) selepas menghantar anak di MRSM Ayer Baloi Pontian Johor, Pg sempat mengambil bebarapa keping gambar tanah perkuburan islam di sepanjang jalan dari Simpang Renggam hingga ke Pontian.

2. Keadaan tanah perkuburan di daerah Pontian iaitu disepanjang jalan yang PG lalu lebih kurang 8 tanah perkuburannya, didapati amat bersih dan terpelihara. Ular nak bertelor pun segan.

3. Jadi ambillah contoh dan cara orang Pontian / Johor dalam menjaga dan menyelia tanah perkuburan di persekitaran kampung dan kediaman kita. Tak perlulah nak menangis depan Karam Singh Walia di rancangan Aduan Rakyat TV3. Buat malu aje, nampak sangat kita ni pemalas. PG ada juga bertanya kepada penduduk kampung di sekitar tanah perkuburan di atas, tapi semuanya menjawab, kebersihan tersebut adalah hasil usaha kariah kampung berkenaan. Gotong royong.

4. Jadi pakat-pakatlah dalam menjaga tanah perkuburan kita sendiri. Kita pun akan ke sana. takkan nak bersihkan kubur pun nak komplen kepada kerajaan...........Bergotong royonglah.

5. Fikir-fikirkanlah.............

4 comments:

  1. Dah kubor makbapak ko!!! bersihkan la sendiri, malu-semalu nye umat islam nangis depan tv mak esah oiii...

    maybe next time Datok Jamil Khir boleh cadangkan pengurusan tanah perkuburan orang isalm diswastakan buat mcm orng Chine... hu3 toksah nangis2 klua TV pasai kubor semak-samun,ditanggong beres kubor bersih punya... hu3

    salamI

    ReplyDelete
  2. Hehehe.....kubur orang Melaka pun bersih jugak bro....

    ReplyDelete
  3. bodo punye salamI. kalo ko mampos ade baiknye mayat ko di bako jek. tak payah susah2kan mak bapak ko nak ziarah ulang alik ko kt kubor tul tak. tu pun kalo umo mak bapak ko pnjg lg laa ekekeke

    salamU

    ReplyDelete
  4. salam PG. Untuk perkuburan, elok juga ada rumput2, tapi jangan lalang atau bersemak..kalau membersihkan perkuburan, elok ditebas saja, jangan diracun rumput2..tak elok dibuang semua rumput yang ada di perkuburan tersebut..ini kerana rumput-rumput sentiasa berzikir...tak macam kebanyakan kita..lagipun...redup sikit tempat tur...kan nyaman..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR