FOLLOWERS

Wednesday 28 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMECATAN KERANA ENGGAN DITUKARKAN !


[1995] 2 MLJ 533
Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri, Malaysia & Anor v Aria Kumar & Anor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL

W–01–5–94

Judges GOPAL SRI RAM JCA
SITI NORMA YAAKOB JCA
MAHADEV SHANKAR JCA

Date 17 JANUARY 1995
Citation [1995] 2 MLJ 533


Catchwords:

Public Servants — Dismissal — Procedure — Tax officer absent from work pending appeal against transfer — Tax department sent warning by AR registered letter — Letter not sent to correspondence address and returned undelivered — Whether could send letter without attempting to trace officer — Whether sending of letter an attempt to trace officer — Whether dismissal void — Public Officers (Conduct and Discipline) (Chapter ‘D’) General Orders 1980 orders 21(4), (5) & (6)

Bahasa Malaysia Summary:

Responden-responden, yang merupakan pegawai di Jabatan Hasil Dalam Negeri (‘jabatan itu’), telah ditukar dari pejabat di Kuala Lumpur ke pejabat di Kuala Terengganu tetapi telah membuat rayuan terhadap penukaran mereka. Sementara responden menanti keputusan rayuan mereka, jabatan itu telah menghantar surat berdafter AR kepada responden yang dialamatkan kepada alamat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan di dalam persuratan responden dengan jabatan itu yang menyatakan bahawa responden akan dipecat mengikut Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980 (‘Perintah Am tersebut’), jika mereka gagal melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.

Surat tersebut telah dikembalikan tanpa dapat dihantar serah, dan jabatan itu kemudiannya menerbitkan suatu pemberitahuan yang mempunyai kesan yang serupa di dalam Warta. Responden kemudiannya telah dipecat kerana gagal melaporkan diri untuk bertugas. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mendapatkan suatu deklarasi dari Mahkamah Tinggi bahawa pemecatan mereka itu adalah tidak sah, atas alasan bahawa jabatan itu telah gagal mematuhi perintah 21(5) Perintah Am tersebut yang menyatakan bahawa surat berdaftar AR hanya boleh dihantar jika seseorang pegawai tidak hadir dan tidak boleh dikesan. Di dalam kes ini, surat berdaftar AR tersebut telah dikembalikan kerana tidak dapat dihantar serah dan tidak dialamatkan ke alamat surat-menyurat responden. Jabatan itu telah membuat rayuan dengan berhujah bahawa perintah 21(5) telah dipatuhi, kerana tindakan menghantar surat berdaftar AR tersebut merupakan suatu percubaan untuk mengesan responden.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Perintah 21(5) Perintah Am tersebut yang menyatakan bahawa surat berdaftar AR yang merupakan persediaan kepada pemberitahuan di dalam Warta hanya boleh dihantar apabila seseorang pegawai itu tidak hadir atau tidak boleh dikesan, merupakan suatu peruntukan mandatori.

(2) Perkataan ‘dikesan’ di dalam perintah 21(5) bermakna dijumpai, dicari secara penyiasatan, dipastikan, atau dicari. Pengesanan seseorang pegawai adalah suatu prasyarat kepada penghantaran surat berdaftar AR itu. Oleh yang demikian, jabatan itu mesti berpuas hati bahawa responden tidak dapat dikesan sebelum ia boleh menghantar surat berdaftar AR tersebut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. Salam PG,

    Ini adalah satu kes dimana Jabatan tidak mematuhi prosedur sebelum memecat tetapi mereka akan tetap merayu dan merayu agar tindakan mereka diistiharkan sah.

    Pada saya responden mmg bersalah kerana tidak mematuhi arahan berpindah dan Jabatan berhak mengambil tindakan tetapi biarlah tindakan itu mengikut lunas2 yg betul dan tidak cacat. Tidaklah masyarakat menganggap pegawai tinggi kerajaan main ikut suka saje...

    ReplyDelete
  2. Salam PG,

    Saya berpendapat responden tidak bersalah dan keputusan mahkamah itu adalah tepat, adalah tidak adil jika prosedur pemecatan tersebut diteruskan sedangkan dalam hal ini, responden tidak menerima@tidak mendapat maklumat berkenaan surat pemecatan daripada pihak jabatan.Muktamad.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR