FOLLOWERS

Sunday, 4 April 2010

GARISAN KUNING : JKR , JKJR ......BUKALAH MATA TU !!!


Hari ini PG nak komen sedikit mengenai garisan kuning yang terdapat di jalan-jalan utama terutama di selekoh-selekoh tajam dan merbahaya, di jalan meneruni cerun dan di simpang yang merbahaya.

2. Apa yang PG nak komen bukan berkenaan tujuan dan kebaikan garisan kuning tersebut dibuat tetapi kaedah pembuatannya serta kesan buroknya kepada pengguna jalan raya baik kepada penunggang motosikal mahu pun kereta termasuk penumpang. Apa yang dimaksudkan oleh PG ialah kualiti garisan kuning tersebut. Lihat sahaja di hadapan istana negara Kuala Lumpur atau di selekoh dari istana negara ke Tol Sg Besi terutama berhadapan lapangan terbang Sg Besi. Begitu jugalah di tempat lain pun.

3. Garisan kuning ini dibuat begitu tebal sehingga hampir 2 cm atau hampir setengah inci di beberapa tempat. Sudahlah garisan ini licin apabila terkena hujan. Ditambah dengan ketebalannya membuatkan ia tidak selamat apabila penunggang motosikal mahupun kenderaan membrek. Tayar tidak mencengkam dan berkeadaan melambung-lambung kenderaan yang dinaiki.

4. Dalam keadaan biasa pun, jika kita memandu kenderaan di jalan yang bergarisan kuning seperti ini, ibarat kata sekiranya seseorang wanita yang hamil : boleh gugur kandungan nya. Dari segi mengambil selekoh juga ia membuang. Selain itu keujudan garisan ini yang licin dan terlalu tebal, telah menyebabkan kerosakan kepada suspensi, brek serta "aligtment kenderaan serta keseimbangan tayar kenderaan serta motosikal , telah hilang.

5. Kepada JKR, JKJR, PDRM mahu pun JPJ atau mereka yang terlibat, ambillah perhatian bagi membaiki keadaan garisan kuning ini. Ketebalannya ! bukan apa, apabila mengecat semula garisan ini, garisan atau cat kuning lama tidak dikikis atau dibuang dahulu. Nak kerja senang, maka mereka menindih sahaja cat yang asal dengan yang baru.

6. Perkara ini nampak kecil, tetapi ia akan dan telah pun mengundang padah kepada pengguna jalanraya. Tak perlulah nak cadang lain-lain gajet baru yang membebankan pengguna jalanraya dengan alasan untuk keselamatan mereka. Perkara seperti garisan kuning inilah di antara punca terbesar juga yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya.

7. Cadangan PG : Sebelum mengecat garisan kuning tu, buang garisan atau kikis garisan kuning yang asal. Cuba kita semua terutama JKR atau JKJR pakai otak sikit!!!!!!!!!!!!

6 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yg melayari blog ini,

    1 ltulah yg sering kita lihat bagaimana tahap pemiawaian [standardization] pelaksaan kerja2 [the end products] di sektor-sektor ulitili awam spt JKR, PBT, JPS, dll - sungguh amat jauh terkebelakang daripada apa yang diharapkan [expetation] & dijangkakan oleh kita semua; atau dgn budget & perancangan hebat-hebat yg diuar-uarkan.

    2 Hasil kerjanya setakat asal jadi.. Walhal kita tahu semua itu hanyalah ketja2 rutin yang selayaknya kualiti hasilnya meningkat dri semasa ke semasa; dari yang biasa-biasa sahaja kepada tahap sempurna, kemas - perfection. Tambahan pula, kerja2 tersebut bukan tanpa memantauan; kalau tak oleh jurutera, paling tidak oleh teknisyen. Tapi, itulah yg trhasil, yang sering kita lihat & kita tanggung akibatnya. Kita semua yg membayar cukai rasa macam tak berbaloi aja..

    3 Mereka tak pernahkah terfikir bahawa rakyat ini dah banyak melihat dunia luar, paling tidak Singapura, untuk membuat perbandingan.

    3 ltu di KL - pusat & jantung negara - pun tak dijaga standardnya. Sebab itulah di tv ada slot aduan rakyat [yg sepatutnya tak perlu pun].

    4 Satu lagi - cuba lihat flat2 kusam, lebam2 dan berkulat di merata KL...Alaahai!

    5 Mentaliti Dunia Ketiga untuk negara yang berhasrat menuju ke arah negara berpendapatan tinggi! Sedih...!

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. bagus JKR buat cam tu...supaya bila kenderaan berasa bergegar melalui garisan kuning. Maknanya perlu diperlahankan kenderaan tersebut. Biasanya garisan kuning ditempatkan di kawasan merbahaya. So jika laju sudah pasti membahayakan nyawa sendiri dan org lain.

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat,
    sebagai seorang jurutera di JKR memang diakui bahawa kerja-kerja untuk membuat garisan kuning mahupun menampal potholes perlu dibuang existing nya dahulu.

    untuk makluman, dua contoh yang diberikan itu adalah jalan dibawah DBKL. Ada sedikit perbezaan standard dan prosedur antara JKR dan DBKL.

    tapi garisan kuning itu dibuat untuk mengurangkan laju kenderaan. Memang le wanita yang hamil boleh bersalin kalau kereta yang dinaiki dibawa lebih 50km/j di kawasan itu. Cuba bawa perlahan, mesti tak jadi masalahkan?

    Tabiat pemandu negara kita ni teruk, bro. Tak boleh dibandingkan dengan Singapura. Orang kita nak bagi signal (masuk lorong) pun susah, inikan pula nak perlahankan kereta di simpang..

    Berapa banyak dah kes orang langgar guardrail kat atas flyover Sg. Besi tu?

    Kita kalau nak ikut 100% international standard pasal traffic safety, alamatnya takdelah jalan - jalan baru boleh dibuat kerana kosnya sangat tinggi!

    Lagipun tabiat pemandu kita ni sangat pelik. Sama macam Arab Saudi dan Brazil! Tesis Paster saya pun dulu pasal tabiat pemandu kita di jalanraya. Pening bro, nak buat..hehehe

    ReplyDelete
  4. sokong local fighter.... yg depa bwk laju2 tu sapa suruh.... hangpa tanggung la sendiri....

    ReplyDelete
  5. Elok letak polis trafik buat ' pengecaman speed track ' di kawasan itu supaya perjalanan kereta lebih perlahan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR