FOLLOWERS

Saturday, 3 April 2010

POLIS TEMBAK ADUN PERAK : PANDANGAN BODOH YB NGEH DAN PR ?


Penghuni Gua : Terkejut juga bila PG menonton berita Perdana TV3 jam 8 malam beberapa hari yang lepas. Ia berkaitan dan sekitar Sidang Dewan Undangan Negeri Perak . Terkejut bukan apa! Terkejut melihat kebodohan pandangan YB Ngeh ( YB Ngah kot , entahlah. tetapi 2 ekor YB Cina dari DAP tulah ) yang mengecam polis yang dikatakan berada dalam dewan.

2. Ngeh mengatakan bahawa ini boleh membahayakan nyawa ADUN pembangkang yang mana menurutnya kemungkinan ada anggota polis yang tidak suka kepada mereka akan menembak mati , ADUN pembangkang.

3. Kemudian , PG menonton pula gelagat ADUN-ADUN pembangkang yang mempamerkan berbagai poster dan pelekat yang menghina ADUN kerajaan dengan berbagai bahasa menghina.

4. Jadi inilah standard dan taraf pemikiran YB-YB PR. Bodoh sangat ke polis nak menembak anda semua? Sudah berapa ramai YB-YB pembangkang yang mati ditembak polis? YB pembangkang memaki hamun, menghina dan menggigit serta menendang polis adalah. Lihat aje kes Tian Chua dan Gobala semasa PRK Permatang Pauh.

5. Ngeh ! Polis tak bodoh macam anda. Konstable polis jauh lebih bijak dari anda. Perangai mereka pun jauh lebih baik dari anda. Terpekik terlolong macam anjing di dalam dewan. Macam orang tiada tamaddun. Budak sekolah menonton pun mengeleng kepala melihat orang dewasa serta pemimpin seperti beruk yang kelaparan di dalam dewan.

6. Mengapa Ngeh bimbang sangat apabila polis berada di dewan? Ngeh mahukan pihak polis tiada di DUN. Ini akan memudahkan mereka semua mumbuat kacau dan huru hara. Contoh yang jelas ialah bagaimana mereka merancang tunjuk perasaan dengan mempamer poster dan sebagainya di dalam dewan tempoh hari. Mereka sengaja cari pasal. Sebab itu sebelum sidang , mereka cuba menyekat pihak polis , hatta dari berada di luar dewan pun. Itulah perancangan mereka.

7. Ngeh dan YB PR! Polis tidak bodoh seperti anda semua. Perangai anda semua tak ubah dan kelihatan lebih buruk dari haiwan yang berkaki empat.

8. Sudahlah , sudahlah dengan perangai kebudakkan dan kebodohan anda.

9. Pengundi muda! Lihat dan fikirkanlah mengenai ini. Apa akan jadi sekiranya mereka diamanahkan memimpin negara. Cuba lihat dan fikirkan apa yang tersirat........................... Selamatkan kita di bawah pentadbiran PR? Fikirkan.

3 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Sebab itulah, wahai pengundi-pengundi muda dan senior drp kalangan saudara-saudaraku kaum Muslimin; di dalm konsep bernegera dari tuntutan lslam TIDAK ADA parti pembangkang. Kenapa? Sebab Negara lslam menjalankan seluruh pemerintahannya HANYA dengan berlandaskan dan melaksanakan HUKUM SYARA' [syariah] semata-mata; baik hukum itu qath'i dhalalah direct daripda al-Quran; atau yang diperjelaskan oleh Nabi SAW berupa Hadist/ Sunnah baginda SAW; baik ia berupa ljma' para Sahabat; atau yg diistinbat dgn jalan Qias.

    Ada sesiapa yang berani menjadi pembangkang di dalam sistem bernegara yang pemerintahannya menerapkan syariat Allah? dan jadi pembangkang kepada pelaksanaan hukum2-Nya? Dipersilakan, kalau saja mempunyai hujah yang lebih hebat daripada segala perintah-Nya ketika berdepan dengan-Nya di Padang Mahsyar kelak.

    2 Dan semua ini, kaum Muslim yng menjalankan urusan pemerintahan BUKAN dengan hukum-Nya sekarang, apakah dapat terlepas dari persoalan itu? Pasti tidak. Maka, sediakanlah hujah untuk dihujahkan di hadapan-Nya nanti... [bukan sekarang .. nanti di Yaumul Mahsyar. Sekarang boleh saja enak-enak dulu]

    3 Ngeh [atau Ngah] serta sekutu-sekutunya dari luar kalangan Muslimin, yang sekarang ada di dlm lingkungan penguasa, tak payahlah kita masukkan ke dlm perbincangan ini. Mereka telah disediakan buku khusus tersendiri yg kita sudh tau apa dia. Cuma umat yng memasukkan mreka ke dalm lingkungan
    kekuasaan itu yg akan dipersoal: Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan Allah SWT dengan jelas-jelas telah melarang [mengharamkan] kaum Muslim mengambil golongan ini sebagai aulia' [teman kepercayaan/ pemimpin]? [al-Quran, Surah Ali lmran: 28]. Maka, kena sediakanlah juga hujah.

    4 Namun sayangnya, kita kaum Muslimin pada ketika ini pun masih berada di luar perbincangan Negara lslam itu, kerana masih enak-enak saja hidup di dalam sebuah negara Sekular.

    5 Ya Allah, Kau segerakanlah tegaknya Daulah lslamiyyah, Daulah Khilafah - negara bagi umat Muslimin dan juga untuk kafir dzimmi yg sedang kami perjuangkan sekarang.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. ABU
    SUDAHLAH.
    NAK ISLAM PAS. TAK PAYAHLAH. MEREKA PUN MENGAKU MEMERINTAH CARA ISLAM. TETAPI CARA PEMERINTAHAN DAN PERANGAI SAMA ATAU LEBIH TERUK DARI SYAITAN. MALAYSIA PUN SEDANG MENUJU KEARAH ISLAM. CUMA IS BERANSUR. TAK ADA SALAHNYA APA YANG KERAJAAN LAKUKAN SEKARANG. KESILAPAN SEDIKIT BOLEH DIPERBAIKI DAN IA AKAN BERTAMBAH BAIK. YANG SALAH TU BUKAN SISTEMNYA CUMA PELAKSANANHYA. JUGA APA YANG KERAJAAN BUAT PUN SEMUANYA IKUT ISLAM. CUMA TAK ADALAH NAK LETAK NAMA ISLAM MACAM PAS TU. YANG TAK ADA HANYA HUDUD. ITU AJE. IA AKAN SAMAPAI KEARAH ITU.
    SETAKAT NAK BAGI KONSEP TAK PAYAH LAH.
    DAH 50 TAHUN PAS BERCAKAP BAB NEGARA ISLAM. TETAPI NAK GUBAL HUDUHD PUN SAMPAI SEKARANG TAK BERBUAT. CAKAP BAB KONSEP AJE. MACAM PG PERNAH KATAKAN SEBELUM INI MENGENAI HUDUD PAS TU YANG SAYA BACA, SEMUANYA MENIRU AKTA KETERANGAN DAN KANUN ACARA JENAYAH YANG DIKATAKAN SEKULAR TU.
    SUDAHLAH............

    ReplyDelete
  3. Salam, sdra Anonymous 18.09,

    1 Betul, ideologi lslam yg PAS bawa sekarang pasti gagal menuju negara yg menegkkan syariat Allah. Bagaimana syariah dapat ditegakkan jika sahabat sekongkolnya kaum kuffar yg bukan sahaja tak faham syariah, bahkan menolak keEsaan Allah, yg sudah tentu juga semuanya fobia-syariah?

    Kerap soalan ini saya tanyakan kpd saudara2 drp PAS, bahkan kpd ahli majlis syura'. Mereka kata
    maqasyid syariah. Tapi tak dapat menegaskan penjelasan dengan nash. Jadi, itu bukan konsep. ltu suatu kekeliruan yg sangat nyata. Begitu juga ketika sdra mengatakan M'sia sedang menuju ke arah lslam, tapi menapaki jalan segaimana PAS, apakah tidak boleh ditanyakan soalan yang sama, dan memperoleh jawapan yang serupa?

    2 Semua realiti bermula drp konsep. Negara ini terbentuk drp konsep. Perundingan2 di London & Suruhanjaya Reid membina konsep itu, lalu realitinya terzahir pada tarikh negara merdeka.

    3 Negara lslam Madinah Nabi SAW konsepkan dulu selama 13 thun ketika masih di Mekah. lntipati
    Perjanjian Aqabah 1 & Aqabah II menjadi induk kpd konsep itu. ltu yang saya lontarkan kepada sdra2 Muslim saya, dan saya pun sedang bergerak bersama jemaah global yg menuju ke arah itu.

    4 Beza saya dengan sdra cuma saya lebih dulu menemui konsep itu. Mudah-mudahan sdra dan sekalian umat lslam lain akan menjumpainya juga.

    Wallahu alam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR