FOLLOWERS

Friday 9 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL :KES HUTANG PERKONGSIAN PERNIAGAAN !


[1994] 1 MLJ 337
Goh Hooi Yin v See Geok Heoh & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 22–359–79

Judges SELVENTHIRANATHAN JC

Date 29 NOVEMBER 1993
Citation [1994] 1 MLJ 337


Catchwords:

Partnership — Dissolution — Retiring partner assessed to income tax on income prior to dissolution — Whether continuing partner should indemnify retiring partner

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif dan seorang bernama Chew Ming Tow, si mati, adalah pekongsi bersama di dalam suatu perniagaan. Perkongsian itu telah dibubarkan mulai daripada 16 April 1973 melalui suatu surat ikatan pembubaran yang telah disempurnakan pada 16 Jun 1973. Plaintif merupakan pekongsi yang telah bersara, sementara si mati adalah pekongsi yang meneruskan perniagaan itu. Terma-terma surat ikatan pembubaran adalah, antara lain, bahawa pekongsi yang meneruskan perniagaan akan menyelesaikan semua hutang, tanggungan dan obligasi perkongsian itu dan melindungi plaintif yang bersara itu daripada semua kos, tuntutan dan perbelanjaan yang berkenaan dengan perkongsian itu. Selepas pembubaran perkongsian itu, plaintif telah ditaksir untuk cukai berkenaan dengan pendapatan perkongsian itu untuk 91Ú2 bulan sebelum pembubaran itu. Beliau telah membayar cukai itu kepada pihak berkuasa dengan bantahan dan kemudiannya cuba mendapat balik jumlah itu daripada harta pusaka si mati.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif itu
:

(1) Dengan mentafsirkan surat ikatan pembubaran itu, adalah menjadi tujuan pihak-pihak yang berkenaan untuk mengadakan suatu penyelesaian yang lengkap bagi perkongsian itu mulai daripada tarikh pembubaran itu. Sebarang hutang, tanggungan atau obligasi perkongsian yang terakru sebelum pembubaran itu menjadi tanggungjawab si mati sebagai pekongsi yang meneruskan perniagaan di bawah fasal 4 surat ikatan itu.

(2) Adalah menjadi tujuan pihak-pihak itu bahawa pendapatan perkongsian itu untuk 91Ú2 bulan sejurus sebelum pembubaran itu akan terakru kepada pekongsi yang meneruskan perniagaan. Dalam cara yang sama, pekongsi yang meneruskan perniagaan itu akan bertanggungan untuk sebarang cukai yang kena dibayar berkenaan dengan pendapatan itu dan beliau mesti melindungi plaintif dan terus melindunginya berkenaan dengan cukai yang ditaksir dan dibayar atas pendapatan itu.]

Penghuni Gua: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR