FOLLOWERS

Tuesday 20 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN KEWARGANEGARAAN / KAD PENGENALAN !


[1996] 1 MLJ 454
Tan Keat Seng Kitson v Kerajaan Malaysia
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–225 OF 1995

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 9 DECEMBER 1995
Citation [1996] 1 MLJ 454



Catchwords:


Civil Procedure — Originating summons — Declaration — Plaintiff a Singaporean — Plaintiff acquired Malaysian citizenship when he was 15 — Plaintiff requested by Singapore government to join national service — Plaintiff not able to renounce Singapore citizenship until 21 under law of Singapore — Plaintiff sought declarations from Malaysian Court that he was Malaysian citizen and was not obliged to register with national service — Whether court could make such a declaration — Whether plaintiff had any cause of action against Malaysian government — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19

Civil Procedure — Jurisdiction — Civil jurisdiction of High Court — Law of foreign sovereign state — Validity of law not an issue incidentally in proceedings in which High Court had undoubted jurisdiction — Whether court had jurisdiction to adjudicate — Courts of Judicature Act 1964 s 23
Civil Procedure — Striking out — Originating summons — General principle — Whether claim was on its face obviously unsustainable — Whether claim disclosed reasonable cause of action — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19

Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif telah dilahirkan di Singapura pada 17 Disember 1974 dan dia memegang kad pengenalan Singapura dan juga telah diberi pasport terhad Singapura. Bapa pihak plaintif adalah warganegara Malaysia manakala ibunya adalah warganegara Singapura. Setelah mencapai umur lima belas tahun, plaintif, melalui ibunya telah menyampaikan hasratnya untuk melepaskan kewarganegaraan Singapuranya kepada pendaftar warganegara Singapura tetapi dia telah diberitahu bahawa ia hanya boleh dilakukan apabila plaintif mencapai umur lapan belas tahun.

Selepas itu, plaintif telah mendapat kad pengenalan Malaysia pada 21 Januari 1990, beberapa hari selepas dia mencapai umur lima belas, dan dia telah memperolehi pasport Malaysia pada 14 September 1992. Melalui sepucuk surat bertarikh 3 March 1994, Kementerian Pertahanan Singapura telah meminta plaintif untuk berkhidmat dalam perkhidmatan nasional, dan jika dia gagal berbuat demikian, dia akan bertanggungan untuk pemenjaraan atau denda atau kedua-duanya sekali. Surat tersebut juga mengatakan bahawa pemerolehan kerakyatan asing tidak membebaskannya daripada liabiliti di bawah Akta Kemasukan Tentera (Bab 93, Edisi 1992) [Enlistment Act (Cap 93 1992 Ed)] Singapura.

Plaintif kemudiannya telah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia untuk meminta penjelasan tentang isu dwi warganegara dan keperluan mandatori untuk menjalankan perkhidmatan nasional oleh Kerajaan Singapura. Plaintif menyatakan bahawa arahan jelas tidak diberi oleh Kementerian Dalam Negeri, Malaysia terhadap isu yang dibangkitkan oleh plaintif. Plaintif takut bahawa statusnya sebagai warganegara Malaysia akan terjejas jika dia menjalankan perkhidmatan nasionalnya di Singapura. Menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan, plaintiff memfailkan satu saman pemula untuk deklarasi yang menyatakan bahawa:

(a) dia adalah warganegara Malaysia;

(b) sebagai rakyat Malaysia yang setia, Kementerian Dalam Negeri harus mengambil langkah yang sepatutnya terhadap perbuatan ketidaksetiaan yang menyebabkan kehilangan taraf kewarganegaraan Malaysia; dan

(c) adalah tidak wajib bagi plaintif untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan nasional Republik Singapura kerana dia adalah warganegara Malaysia. Defendan pula memfailkan saman dalam kamar untuk membatalkan saman pemula plaintif atas alasan bahawa ia tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif:

(1) Prosedur terus di bawah A 18 k 19 KMT hanya boleh dipakai dalam kes yang jelas dan nyata — di mana adalah nyata pada zahirnya bahawa tuntutan tidak dapat dikekalkan. Mahkamah boleh membatalkan suatu tuntutan jika ia berpuas hati bahawa tuntutan tersebut tidak memdedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah (lihat ms 462I dan 463A); Sim Kie Chon v Superintendent of Pudu Prison & Ors [1985] 2 MLJ 385 SC diikut.

(2) Sejauh ia adalah berkenaan dengan permohonan plaintif untuk deklarasi bahawa dia merupakan warganegara Malaysia [permohonan (a)], adalah jelas bahawa plaintif sedang memohon sesuatu yang dia sudahpun ada, kerana dia sudahpun menjadi warganegara Malaysia dengan sepenuhnya. Jika mahkamah ini membenarkan deklarasi sedemikian, defendan tidak akan terganggu, kerana defendan telah menyatakan pendiriannya bahawa plaintif merupakan seorang warganegara Malaysia (lihat ms 466F).

(3) Bidang kuasa sivil am mahkamah Malaysia dinyatakan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan adalah jelas bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara yang berkenaan dengan Perlembagaan Republik Singapura dan Akta Kemasukan Tentera (Bab 93, Edisi 1992) [Enlistment Act (Cap 93, 1992 Ed)] Singapura. Maka, mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat deklarasi yang dipohon dalam permohonan (b) dan (c) (lihat ms 465F, 466G dan 479G); Buck & Ors v AG [1965] 1 All ER 882 diikut.

(4) Tidak terdapat kausa tindakan antara plaintif dengan defendan, kerana tidak terdapat keterangan bahawa hak plaintif, sama ada di sisi undang-undang ataupun statut, telahpun dijejaskan oleh tindakan defendan: defendan tidak berniat untuk merampas kewarganegaraan Malaysia plaintif ataupun melucutkan hak plaintif sebagai warganegara Malaysia. Kausa tindakan adalah terhadap Singapura. Oleh itu, permohonan defendan untuk membatalkan saman pemula harus dibenarkan (lihat ms 466C–I dan 465E).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR