FOLLOWERS

Tuesday 20 April 2010

ZAID ! ZAID ! MENGAPA PAS SENYAP!

Dipetik dari blog : GAP



Penghuni Gua : Zaid ! Zaid. Apa fatwa PAS? Inikah contoh pemimpin yang akan melaksanakan hudud PAS nanti. Boleh ke undi beliau. Kalau undi UMNO kafir seperti kata TGHH dalam amanatnya , kalau undi Zaid bagaimana.

2. Hj Hadi kata dia dah pergi haji. Habis mengapa perkara yang sama tidak diambil kira oleh pemimpin PAS sebelum memfitnah dan menyerang pemimpin UMNO secara peribadi seperti mereka menyerang PM dan Tun Mahathir dulu? DS Najib dan Tun Mahathir pun pergi haji.

3. Jawab TGHH. Jangan jadi munafik. Kalau orang semua haram. Kena tang muka sendiri berak kapor jadinya.

4. Pengundi muda : Fikirkan! Fikirkan baik-baik dalam skala yang besar dan luas. Bukan isu Zaid itu yang nak diperkatakan. Tetapi sifat munafik pemimpin PKR dan PAS dalam pandangan dan pendapat mereka. Semuanya dikaitkan dengan islam bagi menghalalkan perbuatan mereka. Tetapi perkara yang sama tidak pula digunakan semasa mereka bercakap dan memfitnah pemimpin UMNO.

5. Zaid! Zaid! Liberal katakan! Mungkin PAS nak liberalkan hududnya dengan mengundi Zaid. Kalau tengok gayanya memang begitulah. PAS sekarang langsung tak berani nak war-warkan akan laksana hudud kalau menang. Mengapa ya! Mana amanat haji Hadi tu. Dulunya , amanat ini ditinta emaskan oleh penyokongnya disetiap ruang kosong dirumah. Dibontot kereta pun ditampalnya. Sekarang habis dicabutnya kerana bimbang kena sergah oleh DAP dan Singh tu.

6. Fisabillilah apa lagu tu. Penakut pahit dan hipokrit. Kalau dah berjihad dan perkatakan islam untuk perjuangan, teruskanlah dengan lagu hudud tu. Mengapa sekarang berak kapor dengan hudud dan amanat Haji Hadi tu.

7. Meleret sikit. tak apa juga. Satu lastik , kita tembak tiga peluru. Itu aje yang termampu dibuat oleh PGbagi kepentingan agama dan bangsa dari tergadai ke kumpulan hipokrit ini.

Nota : Masa PRK Bagan Pinang , PAS , DAP dan PKR menyerang YB Isa Samad kononnya perasuah ekoran dari tindakan tatatertib parti UMNO terhadapnya kerana dikatakan terlibat politik wang. Macam-macam dikatanya kepada Isa Samad.

Tetapi Zaid juga digantung oleh UMNO selama 6 bulan tak silapnya kerena terlibat dengan politik wang dalam pemilihan UMNO di bahagiannya. Senyap pulak PKR dan PAS serta DAP bila Zaid bertanding , malah mengalukan dan mendakwa Zaid terbaik. Terbaik apa! Kalau menggunakan sifir yang mereka gunakan untuk menyerang ISA Samad kerana rasuah politik, sepatutnya sifir yang sama apabila melibatkan Zaid. Jadi inilah sifat munafik mat-mat kopiah ini. Mulut kumat kamit berzikir sepanjang hari. Tapi otak dan hatinya busuk dan bercakap bercabang dan berbelit.

Fikirkan..................Itulah kebesaran Allah. Tak lama. Allah dah tunjukkan sifat munafik mereka. Berbagai cara Allah berikan petunjuk dan isyarat. Jadi gunakanlah akal untuk mentafsirnya. Itu pun kalau kita nak berfikir...................

10 comments:

  1. ala... pas... sape tak kenal...?

    ReplyDelete
  2. Betul tu PG orang Pas ni hanya pandai dlm bab agama tp bila kepentingan politik mereka tergugat terus ubah kenyataan. Belum Allah bagi pegang negara dan tunjukkan munafik. Inilah dia politik rostrum cakap berdegar-degar keburukan orang akhirnya keburukan diri mereka telah Allah bukakan. Fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  3. ore PAS nie perut hijau, bagi minum air zam-zam pun tak de kesannya (gi kedai kopi pun minta kopi tok guru je)..kalu dah taksub, ado sajo hujah dan nas dan seribu juta dalil disediakan...doa je lah dorang sedar bangat2...

    ReplyDelete
  4. ingat rakyat nak percaya ker???

    bg sy, mkin kite fitnah zaid dan PR, makin bertamabh simpati rakyat..
    bek bertanding dlm ruang demokrasi yg adil dan bebas..professional...

    kalau berani, bg ruang debat

    ReplyDelete
  5. rakyat melayu yg bodoh, taksub dan berfikiran pendek je yg sokong PAS,PKR dan DAP nih. dulu masa Tun M suruh bina jambatan pulau pinang, diaorg ni la yg ckp kerajaan buang duit rakyat, tp bila dah siap, ckp pula kenapa tak buat jambatan yg lebar sbb jalan sesak. mmg bodoh betul diaorg nih. kalau wakil rakyat BN lompat kat diaorg, ckp bagus dan halal, tp bila wakil rakyat diaorg lompat jd bebas (tak join BN pun) ckp tak de moral dan haram.......pikir2 la......jgn ingat semua rakyat malaysia nih bodoh sampai tak tahu pikir dgn agenda2 politik tong kosong ahli politik pembangkang nih

    ReplyDelete
  6. nak debat apa lagi Shahrizan??
    Pakatan haram yang start benda2 camni..
    sebelum ni dap n pas,skang ni dah ada pkr
    dari zaman mahathir sampai la skang ni macam2 fitnah,adu domba dan macam2 lagi derang ni buat...
    pihak kerajaan rilek je...nak saman pun tak sebab dah tau tu mainan politik...
    banyak lagi benda lain yang kerajaan kena tumpukan yang boleh memberi faedah kepada rakyat dan negara..
    ini baru kena sikit dah mula menggelabah tak tentu hala...
    adoiii...
    nak quote skit "kalau takut menanggung risiko jangan bicara pasal perjuangan"

    ReplyDelete
  7. Kenapa apabila BN timbul kan isu kelemahan pihak pembangkang dikatakan tidak demokrasi tidak bebas dan tidak profesional???adakah kesalahan sentiasa diletakkan kepada BN sehinggakan PAS,PKR dan DPAP dianggap perfect dan tiada cacat celanya???sila ruju kembali PRK2 yang lepas...mcmmana puak2 anda semua menyerang peribadi wakil BN tanpa segan silu...adakah halal bagi anda dan haram bagi kami???

    Sebenarnya smp sekarang sy musykil kenapa bila membabitkan pemimpin pakatan jahat perlu dikaitkan dgn pemimpin Islam yang terulung semcam diumpamakan kehebatan pemimpin pakatan setaraf dgn pemimpin ulung Islam sedangkan bila berkaitan dgn pemimpin BN dihina semacm tiada esok bgnya...

    Kenapa sesuatu perkara tidak dilihat kepada rasionalnya smpkan si pengkhianat Lim Guan Eng pun nk dipandang seperti khalifah Umar Abdul Aziz..Pendek kata,mmg tak selayaknya bg org yang positif untuk menyokong pakatan kerana mereka melihat diri mereka seperti malaikat..bak kata org masuk bakul angkat sendiri..Perasan!

    ReplyDelete
  8. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yg melayari blog ini,

    1 Antara 'tahu' dgn 'yakin' dua perkara yg sangat berbeza. Ramai pemimpin PAS tahu bahawa menegakkan syariat itu tuntatan wajib dlm lslam. Mereka juga tahu Sekularisme itu HARAM dari pandangan lslam. Mereka pun tahu ideologi lslam menolak ideologi kufur-sekular & parti masing2 tidak boleh bersekongkol atau berkongsi kuasa. Tapi, daripada apa yng berlaku, jelas mereka tidak meyakini apa yang mereka tahu.

    2 Tetapi kerana konsep wala' di dalam PAS menanamkan keyakinan bahawa politik Machiavellik ini pun benar & dibolehkan oleh lslam [sekalipun tak pernah dibawakan dalil & nash syari'i utk membuktikannya], maka semua yng mereka tahu salah belaka & tidak boleh, telah ditukar menjadi konsep & keyakinan yg benar, walhal memang salah, tapi tidak boleh tidak mesti diterima sebagai benar kerana wala' kata benar. Jadi, berkongsi kuasa dgn parti kufur yg memang mereka tahu salah dari pandangan lslam telah menjadi sebuah kebenaran baginya. Dan dlm isu merestui calon ini pun adalah buah drp konsep & fahaman salah ini - tahu tapi tidak meyakini.

    lnilah akar dilemma bagi PAS : mereka tidak yakin dengan apa yang mereka tahu, sekalipun hal yg sangat fatal; hal yang sangat berkaitan dgn akidah. Akibatnya, orang-orang bawah yg dipasung dengan konsep wala' kaku bisu. Mahu tidak mahu - bagi yg sanggup - tanggunglah derita pedih pada hidung.

    2 Sungguh benar, tidak ada sebarang nilai kebijaksanaan & keimanan seorang Mukmin jika dia masih mengangumi dan mendampingi kekufuran.

    3 PAS membunuh diri kerana mengambil jalan itu. Akhirnya, kalau ditelan mati emak dan luah mati bapa, akan mati tercekik juga kerana mengulum.

    ReplyDelete
  9. AKU HERAN DGN SI TUA RENTA ULAMAK TEROMPAH TU, JLN DAH BERTONGKAT, TELINGA DAH PEKUN, MASIH NAK BERPOLITIK. DULU APA AYAT DIA KPD TUN M, INGAT TAK?

    SEKOR LAGI YG AKU HERAN ULAMA TAK JADI DI RUSELER TU, APA YG DIA LUDAH2 DUA PULUH TAHUN DULU, DAH DIJILAT SEMULA, APA MAKNANYA TU? LU PIKIR LAH SENDIRI.......

    ReplyDelete

PETA PELAYAR