FOLLOWERS

Wednesday 7 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN / ISU KECUAIAN DAN FAKTA !


[1995] 1 MLJ 841
Mathavan a/l Shunmugam v Woo Bee Leng
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL APPEAL NO 12–31 OF 1993(T)

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 28 DECEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 841


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Findings of fact — Judge without jury — Governing principles — When appellate court may interfere with lower court’s conclusion

Civil Procedure — Pleadings — Necessity for express pleadings — Contributory negligence pleaded but not particularized — Whether fatal

Bahasa Malaysia Summary:

Dalam suatu kemalangan kenderaan bermotor, sebuah motosikal yang ditunggang oleh perayu telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah motokar yang dipandu oleh responden. Perayu telah mendakwa responden dan di dalam pernyataan tuntutannya memasukkan tuduhan kecuaian sertaan terhadap pihak responden tetapi tidak menyatakan butir-butir kecuaian sertaan itu. Dua versi yang bertentangan mengenai bagaimana kemalangan itu telah berlaku diberikan oleh pihak-pihak tersebut. Hakim perbicaraan menerima versi responden sebagai lebih mungkin, dan mendapati bahawa perayu bertanggungjawab sepenuhnya. Perayu telah membuat rayuan dan menegaskan bahawa hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan soalan kecuaian sertaan apabila membuat keputusannya.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Beban yang berat terletak pada pihak yang cuba mencabar kesimpulan yang telah dibentuk oleh hakim perbicaraan atas soalan fakta. Sesuatu mahkamah rayuan haruslah jarang membuat keputusan yang berbeza jika tidak terdapat sebarang salah arahan oleh hakim kerana hakim perbicaraan mempunyai kelebihan dalam melihat dan mendengar para saksi.

(2) Daripada keterangan bercetak, hakim perbicaraan telah mempertimbangkan kesemua perkara yang relevan dan penting sebelum membuat keputusan itu. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat salah arahan oleh mahkamah perbicaraan berdasarkan keterangan yang ada dan mahkamah rayuan tidak terdorong untuk membuat keputusan yang berbeza kerana ia tidak mempunyai kelebihan mahkamah perbicaraan untuk melihat dan mendengar para saksi. Mahkamah rayuan berpuas hati berdasarkan keterangan bercetak bahawa keputusan mahkamah perbicaraan adalah berjustifikasi.

(3) Kenyataan bahawa mahkamah perbicaraan telah membuat pendapat fakta yang tertentu di dalam kes ini merupakan satu lagi alasan yang lebih kuat untuk mengesahkan keputusan mahkamah perbicaraan tersebut.

(4) Atas isu kecuaian sertaan, sungguhpun perayu tersebut telah mengemukakan kecuaian sertaan dalam plidingnya, kegagalan untuk membutirkannya telah membawa padah dan sama seperti tidak mengemukakannya dalam pliding sama sekali.

(5) Dalam rayuan ini, mahkamah perbicaraan telah mempertimbangkan soalan kecuaian sertaan dengan betul dan telah membuat keputusan bahawa berdasarkan keterangan yang ada, tidak terdapat kecuaian sertaan pada pihak responden.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR