FOLLOWERS

Sunday 11 April 2010

MELAKA GRAND INVITITATIONAL ENDURANCE RIDE 2010




Penghuni Gua : Semalam 10 apr 2010 di Stadium Hang Tuah Krubung Melaka telah diadakan kejohanan MELAKA GRAND INVITITATIONAL ENDURANCE RIDE 2010 yang melibatkan hampir 200 orang penunggang kuda dari seluruh Malaysia dan ada juga peserta dari luar negera.

2. PG ( No. 134 ) bersama Dato Idris Harun MP Tangga Batu ( berjaket kuning No 135 ) dan anaknya ( Hakim ) telah menunggang kuda dalam kategori 40 km. Pelepasan bermula jam 630 petang dan kami semua berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik jam 1 pagi keesokkan harinya. Keputusan penuh akan diketahui tengahari ini.

3. PG menunggang kuda bernama Mummyjane dan Yb Dato Idris menunggang kuda yang bernama Suparja ( kuda campuran baka kuda Arab ). Itu yang YB Dato Idris lembik dibuatnya sehingga tertidor di atas trek stadium selepas perlumbaan. Sempat juga YB tidor hampir 1 1/2 jam.

4. Enjoy menunggang kuda waktu malam. Tapi tension kerana keadaan gelap dan melalui hutan serta ladang getah dan kelapa sawit dan kampung-kampung.

5. DYMM Sultan Mizan dan pemaisuri berkenan berangkat ke Melaka dan melakukan pelepasan bagi kategori 120km.

6. Melaka Boleh. Cuma PG cadangkan kepada pihak penganjur agar pada tahun-tahun akan datang, pelepasan dan penamat bagi kejohanan ini hendaklah dilakukan di luar satdium dengan mendirikan satu struktur lain bagi dijadikan arena. Ini kerana dalam keadaan sekarang, rumpan dan trek stadium telah rosak teruk di mana padang bola serta trek terpaksa dibuat pembaikan yang besar.

2 comments:

  1. salam, saya sama berada disana menyaksikan event tersebut dan meninggalkan stadium hang jebat jan 1.30 pagi, taklarat tunggu sampai abis. Memandangkan event tersebut lama dan penunggang berada di luar kawasan, keadaan didalam stadium amat membosankan, sekiranya stadium mempunyai full colour billboard setidak tidaknya boleh lah diputarkan video clips penyanyi tempatan atau pun penyanyi antarabangsa. Kemudahan billboard ada cuma tidak mencapai piawaian (Board yang bukan full colour di Satdium Melaka) Kelamahan penganjur amat ketara kerana sehingga lewat malam tiada pengumuman kedudukan peserta 120km 80km dan 40km diumumkan. Macammana ni, event terlampau gah, kehadiran perserta dan penyokong elit (golongan kaya) berkereta mewah , kebanyakan BMW dan yg setaraf , tetapi , persiapan information .........hampeeeeeeeh.

    ReplyDelete
  2. Rimau Teganu;

    Tahniah PG. Moga misi seterusnya masuk World Endurance. Disini nak menunggang kuda pun tak sempat.

    Rasanya kena betulkan time management dulu.

    Tahniah PG.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR