


















Penghuni Gua : Semalam 10 apr 2010 di Stadium Hang Tuah Krubung Melaka telah diadakan kejohanan MELAKA GRAND INVITITATIONAL ENDURANCE RIDE 2010 yang melibatkan hampir 200 orang penunggang kuda dari seluruh Malaysia dan ada juga peserta dari luar negera.
2. PG ( No. 134 ) bersama Dato Idris Harun MP Tangga Batu ( berjaket kuning No 135 ) dan anaknya ( Hakim ) telah menunggang kuda dalam kategori 40 km. Pelepasan bermula jam 630 petang dan kami semua berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik jam 1 pagi keesokkan harinya. Keputusan penuh akan diketahui tengahari ini.
3. PG menunggang kuda bernama Mummyjane dan Yb Dato Idris menunggang kuda yang bernama Suparja ( kuda campuran baka kuda Arab ). Itu yang YB Dato Idris lembik dibuatnya sehingga tertidor di atas trek stadium selepas perlumbaan. Sempat juga YB tidor hampir 1 1/2 jam.
4. Enjoy menunggang kuda waktu malam. Tapi tension kerana keadaan gelap dan melalui hutan serta ladang getah dan kelapa sawit dan kampung-kampung.
5. DYMM Sultan Mizan dan pemaisuri berkenan berangkat ke Melaka dan melakukan pelepasan bagi kategori 120km.
6. Melaka Boleh. Cuma PG cadangkan kepada pihak penganjur agar pada tahun-tahun akan datang, pelepasan dan penamat bagi kejohanan ini hendaklah dilakukan di luar satdium dengan mendirikan satu struktur lain bagi dijadikan arena. Ini kerana dalam keadaan sekarang, rumpan dan trek stadium telah rosak teruk di mana padang bola serta trek terpaksa dibuat pembaikan yang besar.
