FOLLOWERS

Monday 5 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN KONTRAK PENGHANTARAN BARANGAN !


[1995] 1 MLJ 847
Malaysian Tobacco Co Bhd v The Roadrailer Service Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO S2–22–12–93

Judges MOKHTAR SIDIN J

Date 23 SEPTEMBER 1994

Citation [1995] 1 MLJ 847


Catchwords:

Contract — Indemnity — Indemnity against theft in haulage contract — Non-delivery of goods due to robbery — Whether robbery is theft within context of indemnity clause
Words and Phrases — ‘Theft’ — Whether includes robbery

Bahasa Malaysia Summary:

Melalui suatu perjanjian bertarikh 31 Julai 1982, defendan telah berjanji untuk ganjaran untuk mengangkut barangan plaintif dan menghantarkannya kepada penerima-penerima konsain plaintif. Fasal 15.1 perjanjian itu menyatakan bahawa syarikat pengangkutan upahan itu adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk penerimaan dan penyerahan selamat barangan itu dan mereka akan menanggung rugi plaintif sepenuhnya ‘untuk segala kehilangan, kekurangan/barangan rosak, yang timbul daripada apa sahaja sebab termasuk penyalahserahan dan pengendalian salah oleh sesiapa yang berada di bawah kawalan syarikat pengangkutan upahan, pencurian (theft), mencuri (burglary), kejadian mencuri (pilferage), fraud, ketidakjujuran dan pecah amanah jenayah’.

Plaintif telah gagal menghantar barangan tertentu yang bernilai RM359,558.34 ke kawasan utara Malaysia kerana pengangkut itu telah dirompak barangannya oleh seorang atau orang-orang yang tidak dikenali. Plaintif menuntut jumlah tersebut daripada defendan. Defendan menegaskan bahawa fasal itu tidak terpakai kerana rompakan itu bukan satu pencurian dalam ertikata fasal 15 dan walaupun ianya adalah suatu pencurian dalam ertikata fasal 15, defendan tidak bertanggungjawab kerana pencurian itu tidak dilakukan oleh seorang atau orang-orang dalam kawalan defendan sebagaimana yang disyaratkan oleh fasal 15.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif:

(1) Memandangkan rompakan adalah satu bentuk pencurian yang teruk, rompakan adalah pencurian dalam ertikata fasal 15.1 yang merupakan suatu fasal tanggung rugi. Peninggalan perkataan ‘rompakan’ tidak akan bermakna suatu kekecualian.

(2) Perkataan-perkataan ‘oleh sesiapa yang berada di bawah kawalan syarikat pengangkutan upahan’ hanya terpakai kepada kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam bahagian pertama fasal itu, iaitu ‘untuk segala kehilangan, kekurangan/barangan rosak yang timbul daripada apa sahaja sebab termasuk penyalahserahan dan pengendalian salah’. Ia tidak terpakai kepada kesalahan atau perbuatan salah dalam bahagian kedua fasal tersebut iaitu ‘pencurian (theft), mencuri (burglary), kejadian mencuri (pilferage), fraud, ketidakjujuran dan pecah amanah jenayah’. Dalam kes pencurian, ia adalah pencurian dalam keadaan biasa yang dilakukan oleh sesiapa dan tidak terhad kepada pencurian oleh orang di bawah kawalan syarikat pengangkutan upahan itu. Oleh itu, tidak ada merit dalam pembelaan defendan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

  1. Salam PG,

    Baru saja jumpa blog PG. Saya tertarik dengan kes [1995] 1 MLJ 847 Malaysian Tobacco Co Bhd v The Roadrailer Service Bhd ni.

    Jadi, bagaimana boleh SME Melayu kita ambil iktibar? Wajibkan client ambil insurans, ataupun terus masukkan indemnity ke dalam contract?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR