FOLLOWERS

Sunday 4 April 2010

PRK HULU SELANGOR : DAPAT SEKOLAH / BELI UNDI ? ! , APA MASALAHNYA !



Tiada kempen tapi empat sekolah baru dijanjikan
Pathma SubramaniamApr 2, 107:15pm

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.

Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Malas nak komen apa-apa. PM juga dikatakan membeli undi. KLIK. Tapi lihat ajelah kes law terdahulu. Habis cerita. Lihat kes law yang dipetik dari blog Dato Hafarizam yang pernah di paparkan di blog PG.

Salam sejahtera dan Selamat pagi

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama (main stream newspaper) terutamanya akhbar Utusan Malaysia hari ini. Di dalam akhbar Utusan Malaysia, di mukasurat hadapan, dilaporkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Manek Urai akan menjadi kota agropolitan (termasuklah mendapat jambatan baru Manek Urai Lama dan Baru).

Awal pagi tadi saya telah menerima panggilan talipon daripada beberapa pemimpin kanan UMNO bertanya berkenaan 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga memaklumkan kepada saya bahawa Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, di dalam ceramahnya semalam telah mengatakan ianya salah dan berbaur rasuah serta mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Saya tidak mahu memberi komen berkenaan kenyataan politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang tetapi akan hanya menjurus kepada isu 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.

Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area".

YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa: "Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end.

To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS.

Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang.

Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.Sekian, terima kasih.

Posted by hafarizam at 6:29 PM

2. Apa pun PM dan TPM nak curahkan di Hulu Selangor buatlah. PR jangan nak menyibuk. Baca undang-undang. TGNA semasa PRK Manek Urai pun 2 x 5 juga. Beri biasiswa kepada pelajar cemerlang. Apa bezanya.

3. Sudahlah PR. Boleh jalanlah. Penuhi janji anda dalam menifesto di Selangor tu dulu. Janji dalam menisfesto pun belum tertunai. Itu yang nak buat janji baru pun takut. Takut di balun oleh pengundi. Semuanya bohong. Pakai otak, bukan pakai lutut.

4. YB Khalid pun yang mengata PM membeli undi, pada hari yang sama menyampaikan dan meluluskan serta menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor. KLIK

5. Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) pun komplen ( KLIK ) dan mengecam PM ddan TPM kononnya tindakan melambakkan projek tersebut sebagai sogokan. Mengapa MAFREL tidak mengecam YB Khalid MB Selangor. Mengapa PM dan TPM sahaja di kecam dan minta SPR kenakan tindakan kepada BN. Mengapa cadangan dan kecaman yang sama tidak dibuat oleh Mafrel kepada MB Selangor yang menyerahkan hak milikan tanah tersebut kepada 108 orang penduduk Hulu Selangor semalam? Tak salah ke tindakan MB Selangor tersebut. Betul ke ni MAFREL badan bebas dan adil. Cakap aje le. Semuanya proksi kepada PR dan PKR. Buka mulut mereka aje , kita dah tahu siapa MAFREL ini. Sudahlah.

6. Jadi apa bezanya. Mulut pelacur. Dia lakukan tak apa pulak.

2 comments:

  1. salam hormat bro

    biase laa..di mata diorang, ape saje yg BN buat mmg tak berkenan di mata, semuanya salah, langgar peraturan lah itu lah ini lah

    tu psl tok guru cabok sanggup pertahan yb2 jongos fakatan wlupun dah terang2 benda tu slh!

    ReplyDelete
  2. Betul tu bro
    Tapi gua muskil lah bro. Satu tu JANJI dan satu tu BERI. JANJI tak semestinya beri tapi BERI dah tenu beri.
    Takrifan undang-undang camane bro.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR