FOLLOWERS

Monday 13 July 2009

JANJI JAMBATAN DI MANEK URAI BUKAN RASUAH : DATO HAFARIZAM MENULIS






Salam sejahtera dan Selamat pagi,

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama (main stream newspaper) terutamanya akhbar Utusan Malaysia hari ini. Di dalam akhbar Utusan Malaysia, di mukasurat hadapan, dilaporkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Manek Urai akan menjadi kota agropolitan (termasuklah mendapat jambatan baru Manek Urai Lama dan Baru).

Awal pagi tadi saya telah menerima panggilan talipon daripada beberapa pemimpin kanan UMNO bertanya berkenaan 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga memaklumkan kepada saya bahawa Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, di dalam ceramahnya semalam telah mengatakan ianya salah dan berbaur rasuah serta mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Saya tidak mahu memberi komen berkenaan kenyataan politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang tetapi akan hanya menjurus kepada isu 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.

Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area".

YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa: "Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end.
To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS.

Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang.

Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.Sekian, terima kasih.

Posted by hafarizam at 6:29 PM

Penghuni Gua : Kepada DSAI, rujuk le dulu kepada penasihat undang-undang anda. Bodoh sangat kabinet bayangan anda semua wahai DSAI. Takkan mereka tak nasihatkan kepada bakal PM Malaysia ini kot. Bagaimana nak perintah Malaysia kalau macam ni? Buat orang ketawa aje. Kesian. Lawak Serius..................katakan.

2. Lihat apa kata DSAI mengenai jambatan Manek Urai ini semalam :


Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin
author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanJul 13, 0912:01pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuahSehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.

Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi."Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja."Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini. Berita lanjut : KLIK

3 comments:

  1. isu kg buah pala mcm mana pula DSAI?bukankah ianya sebahagian janji kamu juga?

    ReplyDelete
  2. Bukan rasuah ... pala hatok hang.

    UMNO kalah....tapi Aku satu keluarga satu kampung akan masok UMNO dan jadi ahli seumur hidup kalau UMNO dapat tambah undi....kalah memang UMNO dah kalah .


    UMNO parti rasuah..Bodoh Punya Melayu

    ReplyDelete
  3. Salam sdr PG

    memang bodohpun geng2 Nuar ni...

    kala UMNO buat semuanya salah tapi yag dia buat pelik-pelik tu ok plak...

    TOLAK PAS UNDI UMNO

    ReplyDelete

PETA PELAYAR