FOLLOWERS

Sunday 25 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENAMATAN PERKHIDMATAN ATAS DASAR KESIHATAN !


[1995] 1 MLJ 81
S Constantine v Social Security Organisation (SOCSO) & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL SUIT NO 2–220–1992

Judges JAMES FOONG J

Date 29 NOVEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 81


Catchwords:

Labour Law — Employees’ social security — Employee boarded out on medical grounds — Whether medical board constituted under Employees’ Social Security Act 1969 bound by earlier findings of medical board constituted under Public Officers (Medical) (Chapter ‘F’) General Orders 1974 — Whether different principles applied by each board — Whether employee entitled to receive disability benefits from Social Security Organisation — Whether employee capable of substantially gainful activity — — Employees’ Social Security Act 1969 ss 16 & 17 — Public Officers (Medical) (Chapter ‘F’) General Orders 1974

Civil Procedure — Jurisdiction — Medical boards — Whether High Court could investigate findings of medical boards constituted under Employees’ Social Security Act 1969 and Public Officers (Medical) (Chapter ‘F’) General Orders 1974 — Employees’ Social Security Act 1969 — Public Officers (Medical) (Chapter ‘F’) General Orders 1974

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah digaji oleh defendan kedua, Lembaga Pelabuhan Klang, sebuah badan berkanun, sehingga beliau telah ditamatkan perkhidmatannya atas dasar kesihatan pada 30 Oktober 1985 berikutan suatu keputusan yang dibuat oleh sebuah lembaga perubatan (‘lembaga perubatan pertama’) yang telah ditubuhkan oleh defendan kedua di bawah Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Perubatan) (Bab ‘F’) 1974 (‘PA itu’). Plaintif kemudiannya telah memohon kepada defendan pertama untuk mendapatkan faedah kehilangan upaya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (‘Akta Socso itu’) dan sebuah lembaga perubatan yang lain (‘lembaga perubatan kedua’) telah ditubuhkan.

Lembaga perubatan kedua telah mengesyorkan supaya tuntutan plaintif ditolak kerana beliau tidak layak menerima suatu pencen ilat di bawah s 17 Akta Socso itu. Rayuan plaintif kepada suatu lembaga perubatan rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta Socso itu juga telah ditolak. Plaintif telah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa berdasarkan keputusan lembaga perubatan pertama, plaintif berhak menerima suatu pencen ilat di bawah s 17 Akta Socso itu dan bahawa defendan pertama terikat oleh keputusan lembaga perubatan pertama, dan secara alternatif, terhadap defendan kedua, untuk suatu perintah bahawa defendan kedua dikehendaki membayar beliau jumlah RM51,768.75 (iaitu gajinya dari tarikh penamatan hingga persaraannya yang rasmi, tolak ganjaran yang telah diterima).

Diputuskan:
Diputuskan , menolak tuntutan plaintif
:

(1) Tujuan lembaga perubatan pertama ialah untuk menentukan sama ada defendan kedua seharusnya meneruskan atau menghentikan perkhidmatan plaintif demi kepentingan defendan kedua dan ini berdasarkan soalan daya pengeluaran. Sebaliknya, kriteria lembaga perubatan kedua, seperti yang dinyatakan di dalam s 16 Akta Socso itu, adalah sama ada plaintif mempunyai suatu keadaan uzur yang menyebabkan beliau menjadi tidak berupaya sehingga suatu takat di mana beliau memerlukan rawatan perubatan dan sama ada beliau tidak berupaya mencari nafkah sebanyak sekurang-kurangnya 1Ú3 daripada pendapatannya melalui kegiatan yang mendatangkan keuntungan.

(2) Di dalam kes ini, kecederaan plaintif yang bersifat kekal itu menyebabkannya tidak berupaya berjalan jarak jauh di dermaga dan gudang di kawasan pelabuhan defendan kedua seperti yang beliau perlu lakukan. Keadaan tersebut hanya terpakai kepada pekerjaan plaintif dengan defendan kedua dan tidak terpakai secara am, kerana plaintif boleh bekerja di organisasi lain yang tidak melibatkan pergerakan fizikal. Oleh itu, pendapat lembaga perubatan pertama tidak mengikat defendan pertama.

(3) Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan plaintif memandangkan peruntukan s 84(1)(e), (2)(f), (4) dan (5) Akta Socso itu. Mahkamah Tinggi, sebagai suatu mahkmah sivil, tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan siasatan ke dalam pendapat lembaga perubatan kedua yang telah ditubuhkan di bawah Akta Socso itu kerana soalan dan pertikaian itu terletak di dalam linkungan eksklusif lembaga perubatan dan anggota rayuannya.

(4) Bagaimanapun, mahkamah boleh meneliti pendapat lembaga perubatan pertama, yang telah ditubuhkan di bawah PA itu. Akan tetapi, tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa pendapat lembaga perubatan pertama itu salah. Pada hakikatnya, plaintif telah menerima pendapat itu tanpa membuat aduan dan telah menerima daripada defendan kedua ganjaran dan faedah yang kena dibayar kepadanya. Oleh itu, tuntutan plaintif untuk jumlah RM51,768.75 telah ditolak.

Obiter;

Pengataan plaintif semasa perbicaraan bahawa defendan kedua gagal mematuhi Perintah Perkhidmatan Am 1/65 tidak dijadikan suatu pli di dalam pernyataan tuntutannya. Ia telah mengejutkan defendan kedua dan permohonan tidak dibuat untuk meminda pernyataan tuntutan itu untuk memasukkannya. Oleh yang demikian, pengataan itu tidak boleh dipertimbangkan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

  1. Salam Sdra Arif,

    Saya telah linkkan url blog sdra ini di blog saya di bawah kategori "myTHINKING BLOGS"

    Terima kasih

    ReplyDelete

PETA PELAYAR