FOLLOWERS

Tuesday, 13 April 2010

SUDAHLAH GOBIND SINGH! JANGAN PUTAR ALAM LAGILAH !




Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Anda mesti diam Gobind. Jangan dan cukuplah dengan putar belit anda. Mengapa minta Nazri Aziz letak jawatan. Anda yang tidak faham atau pura-pura tidak faham. Atau sengaja nak memutar belitkan kenyataannya.

2. Nazri Aziz tidak pernah menghina saksi. Tidak ada kena mengena pun Prontip dikatakan berbohong dengan keterangannya di mahkamah. Apa yang Nazri katakan ialah Pronthip berbohong atas kenyataannya bahawa ia menerima tekanan politik untuk memberi keterangan di mahkamah Malaysia . Juga Pronthip berbohong dengan mengatakan ia dihalang memasuki Malaysia di sempadan Kelantan.

3. Itu sahaja. Bukan melibatkan keterangan Pronthip di Mahkamah. Jadi jangan diputar belit. Tak ada kena mengena dengan penghinaan mahkamah.

4. Juga Gobind minta agar Nazri menunjukkan bukti bahawa Prontip berbohong. Mengapa perlu Nazri tunjukkan bukti? Mengapakah Gobind tak arahkan Pronthip juga tunjukkan bukti bahawa ia menerima tekanan dari kerajaan Malaysia? Adakah menunjukkan bukti hanya terletak bebannya kepada kerajaan sementara Gobind dan semua yang melibatkan Teoh Beng Hock tidak perlu membuktikan apa-apa? Keadilan jenis apakah yang Gobind ini bawa? Siapa anda?

5. GERAKAN juga tolong diam dan jangan menambah kuah. KLIK. Apa perlu anda bersuara agar memberi keadilan kepada mendiang TEOH. Tak cukup lagi apa yang kerajaan sudah lakukan? Apa yang tidak diberi kepada Teoh dan keluarganya? Sehinggakan anak tak sah taraf pun di letakkan nama Teoh Beng Hock. Adakah anak tak sah taraf yang lain di Malaysia mendapat perkara yang sama. Jadi anda SHUT UP.!!!

6. Cari isu lain le , kalau nak popular pun. Jangan hanya menangkuk di air keroh.

7. Apa lagi yang Gobind, keluarga Teoh Beng Hock dan GERAKAN mahu? Tak ada pun seorang rakyat Malaysia yang sebertuah seperti mana layanan kepada keluarga Teoh Beng Hock dan XXXXXX.

7. Naik menyampah dengan putar belit dan sifat hipokrit mereka ini. Kepada Pronthip! Buktikan bila dan siapa yang memberikan tekanan politik. Memang menempah maut pegawai yang memberi tekanan . Juga mereka yang didapati memberi tekanan dan mengganggu saksi boleh dituduh di mahkamah Malaysia dan boleh dipenjara sehingga 2 tahun. Kerajaan telah memberi jaminan. KLIK. Dan Malaysia adalah sebuah negara yang selamat.

8. Makin meluat melihat gelagat mereka ini.

11 comments:

  1. Setuju dengan PG, semalam pun saya ada bagi hujah yang sama kepada sahabat saya..

    ReplyDelete
  2. Itu baru sedikit kuasa diberi kepada PKR, DAP dan PAS. Cuba bayangkan kalau dapat memerintah Malaysia?

    ReplyDelete
  3. Kita baru 50tahun kenali jenis jenis ni...

    Orang British dah beratus tahun berurusan dengan jenis jenis nih. Pengalaman mereka bukan sekadar diMalaya. Dikeluarkan pepatah yang begitu tepat sekali...

    "IF YOU SEE A SNAKE and..... "

    Alhamdulillah, sekarang kita dan generasi muda kita sendiri dapat saksi dan faham apa sebenarnya tersirat dalam pepatah tersebut.

    Mendalam eh?

    PERWIRA

    ReplyDelete
  4. Jangan diberikan peluang dan ruang untuk puak ular ni bersuara lagi.

    Semua blogger sepatutnya bersatu dan meniup api agar gobind dikenakan tindakan kerana memutarbelitkan fakta dan keterangan ataupunmembuat lapuran SPRM kerna kerajaan selangor menggunakan wang rakyat untuk mengupak DR PRON STAR yang ranggi itu dan menafikan hak rakyat yang lain.

    ReplyDelete
  5. Apa yang agak menghairan aku adalah kenapa tidak diadakan inkues atau siasatan sirihanjaya apabila seorang dari pembangkang melangggar seorang pelajar IPTA yang berbangsa melayu dan apabila Tian chuan melangar mati seorang Askar sehingga mati dan semua nya diperapkan atas dasar mereka ni melayu tetapi sipenyangak duit yang mati bunuh diri dan perompak yang mati dipenjara pula yang dibela ini bukannya rassis ke?

    Kenapa kerajaan kita terlalu baik hati dan mendiamkan perkara ini daripengetahuan rakyat kenapa pula kisah yang tak sepatutnya menjadi berita hangat ni yang dihidang kepada UMUM.

    JIKA NYAWA DIBALAS DENGAN NYAWA? APAKAH HARGA BAGI ORANG MELAYU, DIMANAKAH TEMPATNYA CERITA MENGENAI KEMATIAN YANG DISEBABKAN OLEH KELALAIAN PEMBANGKANG INI, DIMANAKAH KEADILAN UNTUK SEMUA KAUM DAN APAKAH KEADILAN YANG AKAN AKU PEROLEHI SEKIRANYA IANYA TERJADI KEPADA AKU PULA ESOK HARI.

    ReplyDelete
  6. Orang British dah beratus tahun berurusan dengan jenis jenis nih. Pengalaman mereka bukan sekadar diMalaya. Dikeluarkan pepatah yang begitu tepat sekali...

    "IF YOU SEE A SNAKE and..... "

    HAHAHAHHA.....I REALLY LIKE THAT..

    ReplyDelete
  7. Salam.tinggal di K.L lebih selamat dari tinggal di Bangkok hari2 ada rusuhan baju merah.

    ReplyDelete
  8. kalau PR memerintah keadaan mungkin lebih teruk dari bangkok

    ReplyDelete
  9. Kerajaan harus ada stratergi menyerang bukan membuat benteng sahaja. Sebarang tuduhan minta bukti bukan menyediakan bukti untuk tuduhan dari penentang kerajaan.

    ReplyDelete
  10. Kepada sesiapa yang nak jadi perompak, pembunuh, perogol, bapa ayam, kongsi gelap/gangsters dan lain-lain kerja jahat, anda dinasihatkan mendaftar sebagai ahli pakatan atau sekurang-kurangnya menyokong mereka supaya apabila anda ditangkap, dituduh atau didakwa, anda akan dipertahankan dan pihak berkuasa akan dipersalahkan...kerana anda adalah modal politik mereka.

    ReplyDelete
  11. Penjenayah berkumpulan tak perlu risau sekarang ini kerana jika salah seorang daripada ahli kamu ditangkap, rahsia kumpulan kamu akan selamat kerana pihak berkuasa tak boleh berbuat apa-apa untuk memaksa ahli kamu itu buka mulut, sebab nak jentik telinga pun tak boleh..kalau dijentik jugak pasti ada PEMBELA yang akan membela....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR