FOLLOWERS

Saturday 17 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN AMY SEARCH !


[1994] 3 MLJ 127
Polygram Records Sdn Bhd v The Search & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO D2–22–52–88

Judges VISU SINNADURAI J

Date 5 AUGUST 1994

Citation [1994] 3 MLJ 127


Catchwords:

Contract — False misrepresentation — Group clearly intended to contract with recording company — Understood nature, duration and obligations under the contract

Contract — Inequality of bargaining power — Contracts grossly unfair to the other side may be set aside on grounds of public policy — Contracts Act 1950 s 24(e)

Contract — Non est factum — Need to prove that the contract was ‘radically or substantially or fundamentally’ different

Contract — Parties — Contract between rock group and recording company — Whether contract was with individual members of the group or with the group itself

Contract — Recording contract — Standard contract used — Group began recording for another company — Whether breach of contract — Whether contract still binding on group — Whether contract voidable on grounds of undue influence, false misrepresentation, inequality of bargaining power or restraint of trade — Need for recording company to review terms of recording contracts with artistes — Factors to be considered by recording company — Contracts Act 1950 ss 16, 24, 28, 63

Contract — Rescission — Second contract entered into — Whether first contract rescinded and substituted by second contract — Intention of parties — Contracts Act 1950 s 63

Contract — Restraint of trade — Covenant to provide exclusive recording rights during currency of contract — Covenant to restrain a person from carrying on trade or profession in the post-contract period — Whether both types of covenant void — Contracts Act 1950 s 28

Contract — Terms — Later clause in the contract inconsistent with earlier clause or main object of the contract — Whether later clause void

Contract — Undue influence — Relationship of trust and confidence which allowed contract to be procured — Whether contract ‘unconscionable’ or one of manifest disadvantage — Contracts Act 1950 s 16

Contract — Written contract — Party claimed that contract not binding as they had not agreed to the terms of the contract — Whether bound regardless — Circumstances when party won’t be bound

Copyright — Sound recordings — Application for copyright of songs recorded with record company to be reassigned to artiste — Whether copyright belongs to artiste or recording company

Tort — Inducement of breach of contract — Recording contract — Whether group induced to breach contract with recording company

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, Polygram Records Sdn Bhd, telah mengikat suatu perjanjian bertulis (‘kontrak pertama’) dengan sebuah kumpulan rock, The Search (‘kumpulan itu’) pada 7 Oktober 1984. Mereka telah didaftarkan oleh Eric Yeoh (‘Eric’), pengurus artis dan repertoir plaintif pada masa itu. Kontrak pertama adalah untuk masa dua tahun, dengan opsyen dua tempoh lagi untuk satu tahun setiap satu, yang boleh dilaksanakan pada budi bicara plaintif dan bukan kumpulan itu.

Pada 12 Jun 1985, suatu kontrak baru (‘kontrak kedua’) telah diikat di antara plaintif dan kumpulan itu, kerana dikatakan terdapat pertukaran dalam komposisi kumpulan itu. Walaupun kontrak kedua mempunyai banyak peruntukan yang sama dengan peruntukan yang terkandung dalam kontrak pertama, terdapat modifikasi yang penting, yang kumpulan itu berhujah tidak dibawa kepada pengetahuan mereka. Modifikasi itu adalah bahawa tempoh opsyen yang telah diberi oleh kumpulan itu kepada plaintif telah dilanjutkan bagi dua tempoh lagi untuk 24 bulan tiap-tiap satu, dan bukan dua tempoh lagi untuk 12 bulan tiap-tiap satu dalam kontrak pertama itu. Telah dibuktikan pada perbicaraan bahawa sesalinan kontrak kedua tidak pernah diberi kepada kumpulan itu sehingga tahun 1987, apabila peguamcara pihak plaintif telah meminta supaya sesalinan kontrak itu diberikan kepada mereka bagi tujuan perbicaraan masakini.

Selepas album ketiga bersama Polygram dikeluarkan pada bulan Februari 1987, adalah jelas bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati dengan perjanjian yang wujud dengan Polygram dan pada penghujung tahun 1987, kumpulan itu telah merakam sebuah rekod dengan sebuah syarikat yang baru, Go-Search. Go-Search merupakan sebuah syarikat yang telah diperbadankan oleh ahli-ahli kumpulan itu sendiri. Syarikat itu hanya membuat rakaman manakala sebuah syarikat yang lain, Pacific Music Corp (M) Sdn Bhd (‘defendan keenam’) membuat pengedaran.

Dalam tahun 1988, Polygram telah memulakan prosiding terhadap kumpulan itu untuk kemungkiran kontrak dan terhadap defendant keenam kerana mendorong kumpulan itu untuk memungkiri kontrak mereka dengan Polygram. Kumpulan itu telah membuat tuntutan balas untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa kedua-dua kontrak itu boleh batal atas alasan pengaruh tidak wajar; untuk penyerahhakkan tanda niaga yang relevan dalam kesemua lagu yang telah dirakam oleh kumpulan itu dengan plaintif; dan untuk suatu deklarasi bahawa suatu fasal di dalam kontrak kedua itu adalah tidak sah kerana menyekat perniagaan.

Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada pada masa kumpulan itu mula membuat rakaman untuk Go-Search pada penghujung 1987, mereka masih diikat oleh kontrak dengan Polygram, sama ada di bawah terma kontrak pertama atau kontrak kedua.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif dan membenarkan sebahagian daripada tuntutan balas kumpulan itu:

(1) Memandangkan keadaan dan keterangan yang telah dikemukakan, ahli kumpulan itu memahami sifat kontrak pertama itu; jangka masa kontrak itu; obligasi mereka untuk membuat rakaman untuk Polygram; dan royalti yang akan dibayar kepada mereka. Oleh itu, terdapat niat yang nyata pada pihak mereka untuk mengikat kontrak rakaman dengan Polygram dan dengan itu tidak terdapat salah nyataan apatah lagi pengaruh tidak wajar apabila kumpulan itu mengikat perjanjian pertama itu.

(2) Sesebuah pihak yang menandatangani kontrak bertulis diikat oleh terma kontrak itu, kecuali di dalam kes terhad di mana fraud, pengaruh tidak wajar atau salah nyataan boleh dibuktikan. Oleh itu, hujahan oleh kumpulan itu bahawa kontrak pertama itu tidak mengikat mereka kerana mereka tidak ‘bersetuju dengan terma’ boleh diketepikan secara terus.

(3) Walaupun benar bahawa tempoh permulaaan kontrak pertama itu telah tamat pada 6 Oktober 1986, dan tidak terdapat keterangan bahawa plaintif telah menggunakan hak mereka di bawah opsyen untuk melanjutkan tempoh kontrak pertama, plaintif sendiri tidak berfikir hendak melanjutkan kontrak pertama itu kerana mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa kontrak pertama itu telah diganti oleh kontrak kedua.

(4) Jika suatu kontrak pertama diikat oleh kedua-dua pihak, apa sahaja termanya, kontrak yang lama akan dihapuskan. Di dalam kes ini, niat kedua-dua pihak yang nyata adalah supaya kontrak pertama diganti oleh kontrak kedua. Oleh itu, kumpulan itu tidak berobligasi untuk melaksanakan persetujuan mereka di bawah kontrak pertama, kerana kontrak pertama telah dihapuskan. Selepas diganti oleh kontrak kedua, hak atau liabiliti tidak boleh bangkit daripada kontrak pertama itu.

(5) Oleh itu, kontrak pertama tidak berkuatkuasa pada masa kumpulan itu mula membuat rakaman untuk Go-Search dan tidak boleh dipersoalkan di dalam kes ini sama ada kumpulan itu telah memungkiri obligasi mereka di bawah kontrak pertama itu.

(6) Tidak terdapat keterangan yang mencukupi untuk memutuskan bahawa kontrak kedua itu adalah boleh batal kerana salah nyataan palsu.

(7) Mengikut s 28 Akta Kontrak 1950 (‘Akta itu’), perjanjian yang telah diikat disebabkan oleh pengaruh tidak wajar adalah boleh batal. Di dalam kes ini, terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang dekat di antara kumpulan itu dengan Eric yang merupakan suatu hubungan berdasarkan kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, Eric berkedudukan untuk mengikat kontrak kedua dengan kumpulan itu. Untuk sebab-sebab ini, anggapan pengaruh tidak wajar boleh timbul. Akan tetapi, sebelum kumpulan itu boleh mengetepikan kontrak itu atas alasan pengaruh tidak wajar, mereka mesti membuktikan bahawa kontrak itu adalah ‘tidak berpatutan’ (‘unconscionable’) atau suatu kontrak sangat merugikan bagi pihaknya. Terma kontrak yang kedua tidak merupakan terma yang baru, disebabkan oleh kontrak pertama itu. Walaupun tempoh kontrak itu telah dilanjutkan di bawah kontrak kedua itu, tempoh itu tidak menjadikan keseluruhan kontrak itu sangat merugikan kepada kumpulan itu.

(8) Walaupun kontrak kedua itu adalah sah dan mengikat di sisi undang-undang di antara kedua-dua buah pihak, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa plaintif telah menggunakan hak mereka untuk melanjutkan tempoh kontrak kedua itu untuk dua tahun lagi. Oleh itu, kontrak itu telah luput sebelum kumpulan itu mula membuat rakaman untuk Go-Search.

(9) Waad itu, dalam mana kumpulan itu berjanji untuk memberi hak rakaman yang eksklusif kepada plaintif dalam tempoh kontrak rakaman mereka, tidak merupakan waad penyekatan perniagaan dan oleh itu, tidak dijadikan tidak sah di bawah s 28 Akta itu. Seksyen 28 hanya terpakai di dalam kes-kes di mana seseorang disekat daripada menjalankan pekerjaan atau profesyennya di dalam tempoh selepas kontrak itu dan tidak di dalam tempoh kontrak itu. Oleh itu, suatu fasal di dalam kontrak kedua yang merupakan suatu waad penyekatan perniagaan adalah tidak sah ab initio dan tidak mengikat kumpulan itu apabila mereka mula membuat rakaman untuk Go-Search.

(10) Oleh itu, kumpulan itu tidak memungkiri sebarang kontrak dengan Polygram apabila mereka mula membuat rakaman untuk Go-Search. Tuntutan plaintif terhadap kumpulan itu telah gagal. Oleh itu, tuntutan plaintif terhadap defendan keenam kerana mendorong kumpulan itu untuk memungkiri kontrak mereka dengan Polygram semestinya gagal.

(11) Di bawah undang-undang yang berkaitan dengan tanda niaga rakaman suara, tanda niaga rakaman suara itu dipunyai oleh plaintif, dan oleh kerana itu, soalan mengenai penyerahhakkan tanda niaga kepada kumpulan itu tidak timbul di dalam kes ini.

(12) Plaintif dikehendaki membayar kepada kumpulan itu kesemua royalti yang dihutang kepada mereka di bawah kontrak kedua itu, berkenaan dengan penjualan empat album yang telah dirakam oleh kumpulan itu, berdasarkan fasal 5(1) di dalam kontrak kedua walaupun fasal 5(6) menyatakan bahawa apabila kumpulan itu tidak lagi diikat oleh kontrak dengan plaintif, mereka hanya berhak menerima 50% daripada kadar royalti yang perlu dibayar. Ini adalah kerana di mana suatu fasal yang terkemudian di dalam suatu kontrak menghilangkan keberkesanan fasal yang lebih awal, atau apabila suatu fasal di dalam suatu kontrak adalah tidak konsisten dengan tujuan utama kontrak itu, fasal yang terkemudian itu boleh diketepikan kerana ianya adalah bertentangan dengan fasal yang lebih awal itu atau bertentangan dengan tujuan utama kontrak itu. Oleh itu, fasal 5(6) adalah tidak sah.

Obiter:

(1) Di dalam kes ini, di dalam kontrak yang pertama dan yang kedua, rujukan telah dibuat di dalam keseluruhan kedua-dua kontrak itu seolah-olah setiap ahli kumpulan itu telah mengikat kontrak yang berasingan dengan Polygram. Jika kontrak itu diikat dengan setiap ahli kumpulan itu, adalah jelas bahawa hanya mereka yang merupakan pihak kepada kontrak yang relevan itu diikat oleh terma kontrak itu. Akan tetapi, jika dimaksudkan supaya kontrak itu diikat di antara Polygram dan The Search, sebagai satu kumpulan, taraf undang-undang kumpulan itu adalah tidak jelas: sama ada ia merupakan suatu persatuan, suatu perbadanan, suatu perkongsian, atau hanya sebagai individu.

Kelebihan suatu entiti sedemikian adalah bahawa, oleh kerana kontrak itu telah diikat dengan suatu entiti undang-undang, sebarang pertukaran di dalam keahlian kumpulan itu tidak akan mempengaruhi taraf undang-undang kontrak itu. Kontrak itu dimiliki oleh kumpulan itu dan bukan oleh ahli secara individu. Walaupun isu ini tidak dikemukakan secara langsung oleh kumpulan itu untuk mencabar liabiliti sesetengah orang di dalam kumpulan itu, syarikat rakaman dan artis perlu memberi pertimbangan yang lebih kepada isu sedemikian.

(2) Suatu keadaan terkecuali di mana sesebuah pihak kepada suatu kontrak yang bertulis boleh cuba mengetepikannya adalah atas alasan non est factum. Non est factum, tidak dijadikan pli dalam kes ini untuk mencabar keesahan kontrak pertama, dan walaupun ia dijadikan pli, kumpulan itu tidak akan berkedudukan untuk membuktikan bahawa kontrak yang telah diikat oleh mereka adalah berlainan ‘secara radikal atau secara substansial atau secara dasarnya’ daripada yang ingin ditandatangani oleh mereka.

(3) Walaupun unsur kerugian yang manifes tidak perlu dibuktikan sebagai suatu keperluan yang berasingan di dalam kes-kes di mana pengaruh tidak wajar dianggap hadir, kumpulan itu masih tidak akan dapat mengetepikan kontrak kedua kerana mereka nampaknya telah mengesahkan kontrak itu.

(4) Di Malaysia, terdapat sokongan untuk pendapat bahawa, polisi awam boleh, di dalam keadaan yang tertentu, mengkehendaki supaya kontrak tertentu yang terlampau tidak saksama kepada sebelah pihak diketepikan atas alasan bahawa terdapat ketidaksamaan kuasa tawar-menawar di bawah s 24(e) Akta itu].

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq.

1 comment:

  1. Salam Perjuangan..

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

    Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

    Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

    Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.
    Salam Perjuangan..

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

    Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

    Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

    Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.

    Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.

    Sekian dari,

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju.
    Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.

    Kami juga tlh link blog anda dalam senarai blog pilihan kami.

    Sekian dari,

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR