FOLLOWERS

Thursday, 15 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS ATM !


[1996] 4 MLJ 184
Baharuddin bin Kamsin v Pihak Berkuasa Sidang Panglima Armada Pengkalan TLDM Lumut
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL APPLICATION NO 44–7–95

Judges ZULKEFLI JC

Date 7 DECEMBER 1995
Citation [1996] 4 MLJ 184


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Proper procedure — Affidavit — Whether affidavit filed by applicant was defective as it was affirmed before Commissioner for Oaths — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 424(1)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Pending trial, detention — Whether close arrest unlawful if made before court-martial commenced — Whether first respondent has power to invoke r 16(1) of the Armed Forces (Court-Martial) Rules of Procedure 1976 to detain applicant before trial commenced — Whether commanding officer can detain applicant under s 96(3) Armed Forces Act 1972 after applicant has been brought before court-martial — Whether continued second detention was unlawful due to earlier unlawful detention — Armed Forces (Court-Martial) Rules of Procedure 1976 r 16(1) — Armed Forces Act 1972 s 96(3)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon, seorang ahli berpangkat rendah dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia, memohon untuk writ habeas corpus ad subjiciendum. Dia ditahan di bawah tahanan kawalan ketat di Kem Sungai Wangi, Perak pada 8 September 1995 selepas perbicaraan di hadapan mahkamah tentera di atas dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya tidak bermula seperti yang dijadualkan tetapi dijadualkan semula untuk perbicaraan pada 3 Oktober 1995. Sebelum 8 September 1995, pemohon tidak pernah ditahan langsung.

Pada 3 Oktober 1995, perbicaraan ditangguhkan untuk sambung bicara pada 4 Disember 1995 dan tahanan pemohon terus disambungkan. Peguam Persekutuan telah membuat satu bantahan awal berhubung dengan kebolehterimaan afidavit yang difailkan oleh pemohon atas alasan bahawa ia adalah defektif, oleh kerana afidavit tersebut diangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bukannya seorang yang dikategorikan dalam perenggan (a)–(d) dalam s 424(1) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘Kanun itu’).

Isu yang dibangkitkan oleh pemohon adalah bahawa dia hanya boleh diletakkan di bawah tahanan kawalan ketat selepas perbicaraan bermula mengikut k 16(1) Kaedah-Kaedah Acara (Mahkamah Tentera) Angkatan Tentera 1976 (‘Kaedah itu’). Walau bagaimanapun, Peguam Persekutuan mengatakan bahawa pemohon ditahan mengikut undang-undang dengan kuasa yang diberikan kepada pegawai pemerintah di bawah s 96(3) Akta Angkatan Tentera 1972 untuk menahan pemohon pada mana-mana peringkat siasatan dan perbicaraan kes itu (‘Akta itu’).

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk writ habeas corpus dan mengarahkan pemohon dibebaskan terus
:

(1) Ungkapan ‘subject to any rules of the court’ yang wujud dalam s 424(1) Kanun itu bermaksud bahawa peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993, yang merupakan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah bidang kuasa yang diberikan oleh s 11(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 boleh digunakan, dan sumpahan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah seperti yang dibuat dalam kes ini oleh pemohon adalah teratur dan menurut kehendak s 424(1) Kanun itu. Maka, bantahan awal itu ditolak (lihat ms 190A–D).

(2) Kaedah 16(1) dalam Kaedah itu beroperasi di peringkat apabila perbicaraan pemohon sebagai orang tertuduh di mahkamah tentera telah dimulakan dan hanya pada waktu itu pemohon boleh ditahan di bawah tahanan kawalan ketat. Di sini, perbicaraan di mahkamah tentera tidak bermula pada 8 September 1995 tetapi pada 3 Oktober 1995 apabila seorang saksi dipanggil memberi keterangan. Oleh kerana perbicaraan tidak bermula pada 8 September 1995, penentang pertama tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan k 16(1) Kaedah itu untuk menahan pemohon di bawah tahanan kawalan ketat pada 8 September 1995 dan penahanan itu tidak sah mengikut keadaan kes ini (lihat ms 191G–I, 192A–C; Savrimuthu v PP [1987] 2 MLJ 173 ditahan).

(3) Peruntukan dalam s 96(3) Akta itu hanya boleh digunakan di peringkat di mana pemohon adalah orang tertuduh yang belum dihadapkan ke mahkamah tentera. Dalam kes ini, pemohon telah dihadapkan ke mahkamah tentera dan pertuduhan telah dibuat terhadapnya. Tidak terdapat persoalan pegawai pemerintah menggunakan kuasanya untuk menahan pemohon di bawah tahanan kawalan ketat di peringkat prosiding ini didepan mahkamah tentera bermula. Juga mengikut fakta, pengataan mengenai pegawai pemerintah menggunakan kuasanya di bawah s 96(3) tidak ditegaskan dalam afidavit responden pertama. Dengan tiadanya penegasan sebegitu, ia bermaksud bahawa tiada penggunaan kuasa di bawah s 96(3) Akta itu oleh pegawai pemerintah untuk menahan pemohon sebelum perbicaraan kes pemohon di mahkamah tentera bermula (lihat ms 192D–G).

(4) Tidak terdapat apa-apa dalam afidavit penentang pertama yang menunjukkan bahawa dia telah menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah k 16(1) Kaedah itu pada 3 Oktober 1995 untuk menahan pemohon di bawah tahanan kawalan ketat. Nampaknya penahanan pemohon adalah tahanan bersambungan dari 8 September sehingga 3 Oktober dan sehingga tarikh perbicaraan yang akan datang iaitu pada 4 Disember 1995. Biarpun pemohon telah ditahan secara sah oleh penentang pertama di atas kuasa budi bicara di bawah k 16(1) Kaedah itu, penahanan pemohon pada 3 Oktober 1995 dan seterusnya masih akan menjadi tahanan tidak sah kerana tahanan dari 3 Oktober telah berterusan dari tahanan tidak sah yang bermula dari 8 September 1995. Jika tahanan seseorang bersambungan dari tahanan awal yang tidak sah maka tahanan yang keduanya juga tidak sah (lihat ms 192H–I, 193A–C; Tan Hock Chan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [1994] 1 MLJ 60 diikut).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

5 comments:

  1. salam en arif omar
    saya ada sedikit kemusykilan..saya akui saya tak berapa faham dengan artikel ni, dan cuma yang saya faham pemohon adalah suami saya dan yang saya maklum beliau menang kes ini.saya harap en arif omar boleh menjelaskan sedikit kesimpulan mudah berkenaan artikel ini.saya juga nak tahu juga apa manfaat drpd artikel ini berdasarkan komen terakhir tuan--->
    Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq
    anyway tq sbb post artikel ni, n nmpknya baru lagi sbb sy mmg caribenda2 berkaitan kes ni,tq

    ReplyDelete
  2. ASKUM UMAI
    TERIMA KASEH ATAS RESPON. DAN TAHNIAH ATAS PEMBEBASAN SUAMI ANDA DALAM KES INI.

    SUAMI ANDA DIBEBASKAN ATAS SEBAB TEKNIKAL IAITU KESILAPAN ATM DARI SEGI KAEDAH TAHANAN DAN JARAK MASA TAHANAN. SEPERTI KATA YAA HAKIM:
    perbicaraan di mahkamah tentera tidak bermula pada 8 September 1995 tetapi pada 3 Oktober 1995 apabila seorang saksi dipanggil memberi keterangan. Oleh kerana perbicaraan tidak bermula pada 8 September 1995, penentang pertama tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan k 16(1) Kaedah itu untuk menahan pemohon di bawah tahanan kawalan ketat pada 8 September 1995 dan penahanan itu tidak sah mengikut keadaan kes ini .............
    JUGA KATA YAA HAKIM
    penahanan pemohon pada 3 Oktober 1995 dan seterusnya masih akan menjadi tahanan tidak sah kerana tahanan dari 3 Oktober telah berterusan dari tahanan tidak sah yang bermula dari 8 September 1995. Jika tahanan seseorang bersambungan dari tahanan awal yang tidak sah maka tahanan yang keduanya juga tidak sah

    JADI TAHANAN KETAT YANG DIBUAT OLEH PIHAK ATM TIDAK MENGIKUT PROSEDUR DAN UNDANG SEPERTI MANA YANG DIKEHENDAKI. JADI TAHANAN SUAMI ANDA ITU TIDAK SAH.

    PAPARAN DALAM KES INI BANYAK MENAFAANYA. IA DAPAT MEMBERIKAN PANDUAN DAN PENGAJARAN KEPADA SEMUA ORANG . MANA TAHU ADA SAUDARA ANDA ATAU ANDA SENDIRI DILAIN MASA KANA MENGALAMAI KEADAAN YANG SAMA. MAKA MEREKA BOLEH MENGAMBIL HUJAH DARI KES INI UNTUK MEMBEBASKAN SAUDARA MEREKA. ALASAN PENGAHAKIMAN INI SEBENARNYA ADALAH UNDANG-UNDANG . IA AKAN MENGIKAT KEPADA KES-KES YANG LAIN DI MASA AKAN DATANMG SEKIRANYA TERJADI LAGI KES-KES TAHANAN BEGINI OLEH ATM. SELAGI MAHKAMAH LAIN DAN MAHKAMAH YANG LEBIH TINGGI LAIN TIDAK MENGUBAHNYA DALAM KES LAIN MAKA HUJAH INI DITERIMA OLEH MAHKAMAH DALAM KES LAIN BAGI PEMBEBASANNNYA. PEGUAM AKAN MENGGUNAKAN KES INI. CONTOHNYA DALAM KES INI BEBERAPA KES LAW DIRUJUK YAA HAKIM SEPERTI DITULIS YAA HAKIM DIBAWA SEKALI IAITU (lihat ms 192H–I, 193A–C; Tan Hock Chan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [1994] 1 MLJ 60 diikut).]

    JADI KES INI AKAN MENADI IKUTAN KEPADA KES-KES LAIN.

    PELAJAR UNDANG-UNDANG JUGA DAPAT BELAJAR SESUATU DARI KES INI IAITU DARI SEGI PROSEDUR DAN SEBAGAINYA DALAM HABEAS CORPUS SELAIN PIHAK TENTERA AKAN MEMBAIKI KESILAPAN MEREKA DALAM MELAKUKAN TAHANAN TERHADAP ANGGITA MEREKA DI MASA DEPAN.

    TQ ATAS PERTANYAAN.

    ReplyDelete
  3. terima kasih en arif
    alhamdulillah, sekarang saya dah faham.
    semoga usaha tuan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain dan mendapat pahala berterusan daripada Allah.
    saya amat terharu dan berbesar hati.
    terima kasih sekali lagi en arif.
    semoga tuan dan keluarga sentiasa dirahmati oleh Allah swt. insya allah

    ReplyDelete
  4. Salam PG,

    Kalau tak silap saya kebanyakan kes tahanan salah adalah krn tidak mengikut prosedur. Walaupun tahu, Peguam Persekutuan(PP) akan bersungguh2 membela pihak yg melakukan kesilapan i.e. polis, ATM dll. Sekiranya PP kalah dlm pembelaannya, mereka akan terus merayu dan merayu utk mengesahkan tahanan salah itu. Utk menentukan salah atau betul mengambil masa bertahun2. Saya khuatir org2 yg 'innocent' tidak akan menjadi selamat.

    Kes yg PG paparkan adalah contoh yg baik. Usaha si askar ni patut dipuji krn beliau celik undang2. Bagaimana pula dgn org2 yg tidak tahu hak mereka. Buta2 kebebasan diri mereka dirampas begitu saja.

    Apa pandangan PG...

    ReplyDelete
  5. salam PG..,,
    Ni nak tanya.,, saya sbenarnya kurang faham mungkin disebabkan banyak penggunaan bahasa dan ayat mahkamah.,,tapi saya nak tahu juga,artikel tersebut adalah ditujukan untuk kes apa.? adakah untuk semua jenis kes atau kes-kes tertentu sahaja.? terima kasih..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR