FOLLOWERS

Friday 23 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TAHANAN PULAU JERJAK / SALAH ARAH YAA HAKIM !



[1995] 3 MLJ 395
Sivalingam a/l Periasamy v Periasamy & Anor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
P–01–11 OF 1995

Judges GOPAL SRI RAM JCA
MAHADEV SHANKAR JCA
AHMAD FAIRUZ J

Date 4 SEPTEMBER 1995
Citation [1995] 3 MLJ 395


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Facts — Trial judge’s finding of fact — Whether appellate court has duty to intervene where trial court has misdirected itself — Whether fundamental misdirection such that no reasonable court would have arrived at the same conclusion

Civil Procedure — Appeal — Evidence — Judge’s evaluation of evidence — Interference by appellate court — Material fact not put to other party during cross-examination — Failure of judge to take into account when assessing evidence

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu adalah seorang tahanan di Kem Tahanan Pulau Jerejak dan penentang pertama (‘Samy’) adalah seorang warden penjara yang memegang jawatan korporal. Ketika berada di bawah penyeliaan Samy, perayu telah memanjat sebatang pokok kelapa dari mana beliau jatuh dan mengalami kecederaan parah. Perayu mengata bahawa Samy telah memerintahkannya supaya memanjat pokok kelapa tersebut dan memetik buah kelapa yang ada. Perayu juga telah memberi keterangan bahawa keingkaran sebarang perintah akan membawa akibat teruk dan ini tidak dicabar oleh penentang.

Sebaliknya, Samy mengatakan bahawa perayu telah meminta kebenaran untuk memanjat pokok itu dan telah memanjatnya walaupun beliau telah melarangnya berbuat demikian. Walau bagaimanapun, rekod rasmi menunjukkan bahawa setakat itu perayu tidak pernah mempunyai apa-apa perbuatan ingkar dicatatkan terhadapnya. Dipaksa memilih di antara dua versi yang berlainan, hakim perbicaraan memilih versi Samy dan mendapati bahawa perayu, dengan mengingkari perintah, telah dengan sukarela memanjat pokok itu mengikut kehendak sendiri dan oleh itu tidak berhak menerima ganti rugi. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Adalah undang-undang mantap bahawa suatu mahkamah rayuan tidak mudah bercampur tangan dengan pendapat mahkamah perbicaraan mengenai fakta kerana undang-undang telah mengamanahkan tugas utama untuk menilai keterangan yang diberikan kepada mahkamah perbicaraan. Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan mempunyai kewajipan untuk bercampur tangan di mana mahkamah perbicaraan telah memberi suatu salah arah yang asas kepada dirinya, di mana seseorang boleh berkata bahawa tiada mahkamah yang munasabah yang telah memberi arahan yang betul dan bertanyakan soalan yang betul akan mencapai kesimpulan yang serupa.

(2) Hakim perbicaraan sepatutnya menanya dirinya sama ada memang sukar mempercayai bahawa perayu akan berani membantah arahan yang jelas yang diberikan kepadanya supaya tidak memanjat pokok itu. Jika hakim perbicaraan telah menilai keseluruhan keterangan dengan betul, beliau akan memutuskan bahawa cerita pembelaan tidak dapat dipercayai.

(3) Pembelaan penentang tidak mengatakan bahawa terdapat suatu permintaan daripada perayu untuk memanjat pokok itu seperti yang dikatakan dalam keterangan. Selanjutnya dan lebih penting lagi, pihak penentang tidak mengemukakan kepada perayu semasa pemeriksaan balas bahawa permintaan itu datang daripadanya. Jika hakim perbicaraan mengambil kira kegagalan ini semasa menilai keterangan yang ada beliau sudah tentu akan membuat keputusannya dengan memihak kepada perayu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR