FOLLOWERS

Friday 16 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TANAH / DEFENCE NOT PLEADED !


[1994] 3 MLJ 185
Superintendent of Lands and Surveys (4th Div) & Anor v Hamit bin Matusin & Ors
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUCHING) — CIVIL APPEAL NO 01–19–91

Judges PEH SWEE CHIN SCJ
WAN YAHYA SCJ
CHARLES HO J

Date 21 JULY 1994

Citation [1994] 3 MLJ 185


Catchwords:

Civil Procedure — Pleadings — Defence not pleaded — Not objected to until final submissions — Whether material facts which ought to be pleaded — Whether waived or inferentially consented to — Whether defence a radical departure from pleadings and should therefore be disregarded — Rules of the High Court 1980 O 18 r 7(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah memohon suatu injunksi untuk, antara lain, menghalang defendan daripada membina atas beberapa bidang tanah kerajaan tertentu (‘tanah itu’), atas mana plaintif mengatakan bahawa mereka telah memperolehi hak adat anak watan.

Pada perbicaraan, satu sebab mengapa defendan menafikan kewujudan hak adat anak watan adalah kerana tanah itu terletak pada suatu simpanan tebing sungai atas mana seseorang tidak boleh menuntut sebarang hakmilik diatasnya disebabkan oleh Kanun Tanah Sarawak (Bab 81). Satu lagi sebab adalah kerana tanah itu pada suatu masa dahulu dipunyai oleh Sarawak Shell Oil Ltd. Di dalam penghujahan terakhir selepas tamatnya pengemukaan kesemua keterangan, suatu bantahan telah dibangkitkan oleh plaintif untuk kali pertama bahawa alasan sedemikian tidak dibuat pli dan sepatutnya diketepikan di bawah A 18 k 7(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ketidakpatuhan di bawah A 18 bukanlah hanya dari segi teknikal, dan alasan yang dikatakan itu tidak akan diendahkan. Defendan telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan
itu dan memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan:

(1) Rasional mendasari yang diketahui umum yang menghendaki supaya fakta yang penting dijadikan pli adalah untuk menghalang pihak pembangkang daripada dikejutkan oleh keterangan yang menyimpang daripada fakta penting yang telah dibuat pli. Akan tetapi, apabila keterangan menyimpang daripada pliding, bantahan sepatutnya dibuat apabila dan di mana ianya dikemukakan, dan adalah terlampau lewat apabila bantahan dibuat selepas itu, sebagaimana yang berlaku di dalam penghujahan terakhir selepas tamatnya pengemukaan kesemua keterangan di dalam rayuan ini. Jikalau tidak, jika bantahan sedemikian diterima oleh mahkamah, pihak yang mengemukakan keterangan sedemikian akan menghadapi risiko bahawa beliau tidak dibenarkan untuk meminda plidingnya pada peringkat itu.

(2) Lebih-lebih lagi, di dalam rayuan ini, keterangan yang berkaitan dengan kedua-dua alasan itu tidak merupakan penyimpangan yang begitu radikal tetapi hanya merupakan perlanjutan perkara yang telah dikatakan oleh defendan. Oleh itu, walaupun kedua-dua alasan yang dikatakan itu merupakan fakta yang penting, penyimpangan tidak radikal itu telah diketepikan atau telah dipersetujui secara inferens apabila keterangan itu dikemukakan tanpa sebarang bantahan daripada plaintif.

Per curiam:

Di dalam kes sivil, kedua-dua pihak boleh mengesahkan sebarang cara untuk mengemukakan keterangan melalui persetujuan, secara nyata atau secara inferens, walaupun cara sedemikian adalah di luar aturan, kerana sebarang luar aturan disifatkan sebagai telah diketepikan melalui persetujuan sedemikian. Keterangan mahkamah yang teknikal juga boleh, pada takat yang terhad, diketepikan oleh mahkamah tanpa persetujuan sedemikian.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini meberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR