FOLLOWERS

Saturday 3 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN INSURAN KEMALANGAN !


[1995] 2 MLJ 469
Razman bin Hashim v South East Asia Insurance Co
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (IPOH) — CIVIL APPEAL NO 12–1–1993

Judges KANG HWEE GEE JC

Date 1 APRIL 1995
Citation [1995] 2 MLJ 469


Catchwords:

Tort — Negligence — Contributory negligence — Rider of motor cycle not a party to the suit — Whether liability could be apportioned — Whether several liability — Whether plaintiff pillion rider could be contributorily negligent — Civil Law Act 1956 s 10(2)

Civil Procedure — Parties — Non-joinder of party — Joint tortfeasors — One of them not party to suit — Not called as witness — Apportionment of liability — Whether order consistent with legal principles — Whether rule of natural justice breached

Insurance — Motor insurance — Liability of insurers to satisfy judgment obtained against insured — Insured a joint tortfeasor — The other joint tortfeasor not a party to the suit — Whether insurer must pay full judgment sum — Road Traffic Ordinance 1958 s 80(1) — Road Transport Act 1987 s 96

Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam suatu kemalangan jalan raya, sebuah motosikal telah berlanggar dengan sebuah motokar. Penunggang motosikal itu (‘si mati’) telah meninggal dunia dan pembonceng motosikal itu (‘perayu’) pula mengalami kecederaan. Perayu telah mendakwa pemandu motokar itu (‘pemandu motokar’) di Mahkamah Tinggi, dan pemandu motokar itu telah diperintahkan supaya membayar RM60,000 kepada perayu sebagai ganti rugi am.

Walau bagaimanapun, sungguhpun harta pusaka si mati tidak merupakan suatu pihak di dalam guaman ini, Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa pemandu motokar tersebut dan si mati merupakan pelaku tort bersama, lalu mengumpukan liabiliti mereka pada kadar 50:50. Syarikat insurans motokar tersebut (‘responden’) telah membayar perayu 50% daripada jumlah penghakiman tersebut kononnya dengan tujuan memuaskan perintah mahkamah.

Mereka mengatakan bahawa jumlah tersebut merupakan jumlah tunggal yang wajib dibayar oleh mereka di bawah Ordinan Trafik Jalan 1958 (‘Ordinan tersebut’), memandangkan pengumpukan liabiliti itu. Perayu tidak berpuas hati, lalu memfailkan suatu tindakan terhadap responden di mahkamah sesyen untuk mendapat kembali baki 50% daripada jumlah penghakiman. Tindakannya telah ditolak oleh hakim mahkamah sesyen dan perayu membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu
:

(1) Oleh kerana perayu hanya mendakwa pemandu motokar itu, Mahkamah Tinggi tidak seharusnya mengumpukan liabiliti kerana ini telah menimbulkan masalah pentafsiran. Bagaimanapun, penghakiman itu tidak memerintahkan pemandu motokar itu menanggung hanya 50% daripada ganti rugi. Oleh itu, untuk menguatkuasakan penghakiman tersebut, adalah perlu untuk mentafsirnya dengan menggunakan pendekatan purposif, iaitu adalah perlu untuk menganggap bahawa hakim yang berkenaan berniat untuk bertindak menurut prinsip undang-undang, dan bukan bercanggahan dengannya.

(2) Bahagian penghakiman Mahkamah Tinggi yang memerintahkan supaya pemandu motokar tersebut membayar jumlah penghakiman yang sepenuhnya adalah jelas dan harus dikuatkuasakan. Ia adalah sejajar dengan prinsip mantap bahawa pembonceng motosikal tidak boleh didapati melakukan kecuaian sertaan. Ia juga adalah selaras dengan prinsip bahawa pelaku tort bersama adalah bertanggungan secara berasingan terhadap plaintif yang berhak mendapatkan keseluruhan kerugiannya daripada mana-mana pelaku tort yang beliau pilih.

(3) Walau bagaimanapun, bahagian penghakiman yang lain yang dikatakan bermaksud untuk mengumpukan liabiliti antara pemandu motokar dengan si mati adalah tidak kena, dan harus diabaikan. Oleh kerana harta pusaka si mati bukan merupakan suatu pihak di dalam guaman ini, Mahkamah Tinggi tidak boleh memerintah supaya si mati menanggung 50% daripada liabiliti perayu di bawah s 10(2) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Adalah jelas bahawa liabiliti untuk membayar jumlah penghakiman itu yang merupakan suatu ‘liabiliti yang dirangkumi oleh terma polisi’ di bawah s 80(1) Ordinan tersebut, jatuh ke atas responden sahaja.

(4) Juga, adalah jelas bahawa perintah pengumpukan liabiliti itu melanggar maxim audi alteram partemdi bawahprinsip keadilan asasi, kerana Mahkamah Tinggi di dalam kes ini tidak mendengar keterangan daripada si mati yang sudah tidak boleh dipanggil sebagai seorang saksi.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR