FOLLOWERS

Thursday 8 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES " BREACH OF CONTRACT !


[1995] 1 MLJ 817
Selva Kumar a/l Murugiah v Thiagarajah a/l Retnasamy
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (KUALA LUMPUR) — APPEAL NO 02–289–93

Judges MOHAMED AZMI FCJ
PEH SWEE CHIN FCJ
WAN ADNAN FCJ

Date 7 APRIL 1995

Citation [1995] 1 MLJ 817



Catchwords:

Contract — Damages — Liquidated damages — Failure to pay instalments due after several payments made — Clause in contract provided that aggrieved party entitled to forfeit all money paid to date of breach — Sum paid included deposit paid upon signing of agreement — Whether aggrieved party could forfeit money — Whether penalty — Whether proof of actual damage required — Contracts Act 1950 s 75

Contract — Deposit — Forfeiture — Breach of contract — Whether deposit forfeitable per se — Whether court must determine if amount is reasonable — Contract Act 1950 s 75

Bahasa Malaysia Summary:

Kedua-dua perayu dan responden dalam kes ini adalah pengamal perubatan. Perayu telah mengikat suatu perjanjian bertulis (‘perjanjian tersebut’) dengan responden di mana responden telah menjual kliniknya kepada perayu bagi jumlah harga belian sebanyak RM120,000. Mengikut perjanjian tersebut, perayu membayar kepada responden jumlah RM12,000 apabila menandatangani perjanjian tersebut, dan selepas itu membayar jumlah selanjutnya sebanyak RM48,000. Baki sejumlah RM60,000 perlu dibayar melalui 15 bayaran ansuran, setiapnya berjumlah RM4,000.

Bagaimanapun, pada peringkat apabila perayu telah membayar RM96,000 terhadap jumlah harga belian, beliau enggan untuk meneruskan enam bayaran ansuran yang tertinggal. Responden cuba melucuthakkan RM96,000 tersebut berlandaskan suatu fasal di dalam perjanjian tersebut yang secara keseluruhannya, memperuntukkan bahawa jika perayu ingkar, kesemua wang yang telah dibayar sehingga tarikh kemungkiran perjanjian tersebut akan dilucuthakkan kepada penentang sebagai ganti rugi jumlah tertentu yang dipersetujui, dan perjanjian tersebut akan ditamatkan. Responden berjaya mendapatkan suatu deklarasi dari Mahkamah Tinggi bahawa fasal itu adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan
sebahagian rayuan tersebut dengan memerintahkan supaya responden mengembalikan wang berjumlah RM84,000 kepada perayu:

(1) Di Malaysia, tidak terdapat perbezaan di antara ganti rugi jumlah tertentu dengan penalti, sepertimana yang terdapat di bawah undang-undang Inggeris, melihatkan s 75 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan bahawa dalam setiap kes, mahkamah mesti menentukan apa yang merupakan pampasan yang munasabah, ‘sama ada kerosakan atau kerugian sebenar yang disebabkan olehnya telah dibuktikan atau tidak’ (‘perkataan yang berkenaan’).

(2) Namun demikian, perkataan yang berkenaan mesti diberi pentafsiran yang terhad. Oleh itu, meskipun perkataan yang berkenaan, seorang plaintif yang menuntut ganti rugi sebenar di dalam suatu tindakan bagi kemungkiran kontrak masih perlu membuktikan kerosakan sebenar atau pampasan yang munasabah menurut rukun mantap di dalam Haxley v Baxendale(1854) 9 Exch 341; [1843–60] All ER Rep 461. Sebarang kegagalan untuk membuktikan kerosakan sedemikian akan mengakibatkan keengganan mahkamah untuk membuat award ganti rugi sedemikian.

(3) Walau bagaimanapun, bagi kes di mana mahkamah mendapati susah untuk mentaksir ganti rugi untuk kerosakan sebenar oleh kerana tidak terdapat cara penyukatan ganti rugi yang diketahui yang boleh digunakan, tetapi keterangan pula menunjukkan dengan jelasnya bahawa memang terdapat suatu kerugian sedia ada yang bukan di luar dugaan, perkataan yang berkenaan akan terpakai. Mahkamah patut mengawardkan ganti rugi yang substantial dan bukan nominal, yang munasabah dan adil mengikut akal budi mahkamah.

(4) Kes ini jatuh ke dalam kategori kes di mana kerosakan boleh dibuktikan berdasarkan rukun-rukun yang mantap. Responden harus boleh membuktikan kerugian sebenar, misalnya, kegunaan alat-alat perubatan di dalam klinik, tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, mahkamah tidak dapat menyatakan kuantiti untuk sebarang award ganti rugi kepadanya.

(5) Walau bagaimanapun, selain daripada kerugian sebenar yang tidak dibuktikan, responden berhak untuk melucuthakkan sejumlah deposit yang munasabah. Deposit sebanyak RM12,000 itu tidak begitu besar jumlahnya untuk menghalangnya daripada dilucuthakkan dengan sepenuhnya. Dengan yang demikian, responden harus mengembalikan wang berjumlah RM96,000 tolak deposit tersebut kepada perayu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini mmberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR