FOLLOWERS

Sunday 11 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KONTRAK PEKERJAAN / ISTILAH PEKERJA !



[1995] 3 MLJ 369
Hoh Kiang Ngan v Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–730 OF 1993

Judges ANUAR(MALAYA) CJ
WAN ADNAN FCJ
GOPAL SRI RAM JCA

Date 1 SEPTEMBER 1995

Citation [1995] 3 MLJ 369



Catchwords:

Labour Law — Employment — Definition of ‘workman’ — Whether director of company could be workman — Whether general manager was a workman — Whether Industrial Court committed error of law — Test to be applied — Industrial Relations Act 1967 s 2

Labour Law — Employment — Contract of employment — Whether employee or independent contractor — Whether contract of service or contract for services — Degree of control exercised by employer — Duties and functions of employee

Statutory Interpretation — Construction of statutes — Liberal interpretation — Labour legislation — Purpose of — Approach to interpreting Industrial Relations Act 1967 — Meaning of ‘workman’ — Whether director or general manager could be a workman — Industrial Relations Act 1967 s 2

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah digaji oleh Dorf Industries Pty Ltd (‘Dorf’) sebagai pengurus besar syarikatnya di Malaysia pada tahun 1977. Pada tahun 1983, Dorf telah diambil alih oleh penentang yang telah terus menggaji perayu di bawah suatu perjanjian yang baru. Perayu kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar kumpulan bagi kumpulan syarikat penentang. Walau bagaimanapun, pada tahun 1987, penentang telah membawa suatu pertuduhan salah laku terhadap perayu, yang telah dipecat ekoran daripada suatu penyiasatan domestik.

Perayu membuat suatu aduan di bawah s 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘Akta itu’), yang kemudiannya telah dirujukkan oleh Menteri ke Mahkamah Perusahaan untuk keputusan. Sebelum membicarakan kes itu atas meritnya, Mahkamah Perusahaan telah membincangkan isu permulaan sama ada perayu termasuk di dalam takrif statutori ‘pekerja’ yang muncul di dalam s 2 Akta itu. Mahkamah memutuskan bahawa perayu merupakan seorang pekerja di bawah Akta itu dan telah membuat award yang memihak kepadanya. Penentang seterusnya memohon untuk suatu perintah larangan di Mahkamah Tinggi untuk menghalang pengendalian kes perayu selanjutnya di Mahkamah Perusahaan atas alasan bahawa perayu bukan seorang pekerja.

Peguam penentang juga telah mengadu bahawa Mahkamah Perusahaan telah gagal membuat suatu pentaksiran yang betul atas keterangan yang ada dan telah memberi sebab yang salah untuk keputusan yang telah dibuatnya di dalam kes ini. Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mahkamah Perusahaan telah melakukan suatu kesilapan undang-undang dalam keputusannya bahawa perayu merupakan seorang pekerja, lalu mengeluarkan suatu perintah larangan untuk menghalang Mahkamah Perusahaan daripada membicarakan aduan perayu atas meritnya. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Apabila memastikan maksud istilah ‘pekerja’, adalah penting untuk mengingati sifat perundangan itu di mana istilah itu muncul supaya pentafsiran yang diberikan betul-betul akan mencerminkan hasrat kolektif Parlimen. Adalah mantap bahawa Akta itu merupakan suatu undang-undang kebajikan sosial dan Parlimen berniat supaya ia dapat menghalang dan menyelesaikan dengan cepat percanggahan di antara majikan dan pekerja mereka. Mengikut hukum pentafsiran yang telah mantap, undang-undang sedemikian harus menerima pentafsiran yang longgar dan bukan terhad. Oleh itu, perkataan ‘pekerja’ yang muncul di dalam Akta itu seharusnya ditafsirkan dengan longgarnya.

(2) Oleh kerana perkataan ‘pekerja’ ditakrifkan di dalam Akta itu, adalah tidak dibenarkan untuk memberikannya maksud biasa dan umum. Hakikat bahawa terma tersebut dibiarkan tidak dipinda walaupun terdapat beberapa pindaan kepada Akta itu, membawa kepada keputusan bahawa Parlimen berhasrat untuk memastikan bahawa takrif ‘pekerja’ adalah fleksibel, dengan tujuan supaya ia boleh ditakrifkan dari suatu kes ke suatu kes yang lain.

(3) Pendekatan yang fleksibel dan betul untuk menentukan sama ada sesuatu pihak penuntut adalah seorang pekerja di bawah Akta itu ialah dengan memastikan sama ada kontrak yang berkenaan adalah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan. Seorang pekerja di bawah Akta itu adalah seorang yang digaji di bawah suatu kontrak perkhidmatan, manakala seorang kontraktor bebas yang digaji di bawah suatu kontrak untuk perkhidmatan bukan seorang pekerja.

(4) Di mana adalah perlu untuk menentukan sama ada suatu kontrak ialah kontrak perkhidmatan atau kontrak untuk perkhidmatan, tahap penguasaan yang dilaksanakan oleh majikan atas pihak penuntut adalah suatu faktor yang penting, sungguhpun ia bukan kriteria yang tunggal. Terma kontrak di antara pihak-pihak itu harus dipastikan terlebih dahulu untuk menentukan sifat tanggungjawab dan fungsi pihak penuntut. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, terdapat fakta yang menunjukkan sifat, tahap dan takat penguasaan, dan ini termasuk kelakuan pihak-pihak pada semua masa yang relevan.

(5) Prinsip yang sebenarnya ialah bahawa adalah tidak betul untuk menyatakan di dalam terma yang mutlak bahawa seorang pengarah syarikat tidak boleh menjadi seorang pekerja. Suatu pemeriksaan fungsi pihak penuntut adalah selalunya perlu untuk menentukan soalan itu. Di dalam kes ini, keputusan Mahkamah Perusahaan bahawa penentang merupakan seorang pekerja, adalah betul kerana adalah jelas daripada keterangan dan terma perjanjian perayu dengan penentang, bahawa perayu telah digaji di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dan bukan suatu kontrak untuk perkhidmatan.

(6) Adalah sama jelas, daripada awardnya, bahawa Mahkamah Perusahaan tidak melakukan sebarang kesilapan undang-undang dalam mencapai keputusannya kerana ia telah menujukan fikirannya kepada sifat tanggungjawab dan fungsi perayu dan tahap penguasaan yang dilaksanakan oleh penentang ke atasnya.

(7) Suatu permohonan untuk perintah prerogatif larangan tidak merupakan suatu rayuan dan Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan tidak berhak untuk mengkaji semula merit sebarang keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Perusahaan.

(8) Sebab-sebab yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan untuk keputusan yang dicapainya adalah tidak salah. Walau bagaimanapun, andaikan Mahkamah Perusahaan telah memberikan sebab yang salah untuk mencapai keputusan bahawa perayu adalah seorang pekerja di bawah Akta itu, oleh kerana keputusan muktamadnya adalah betul, relief prerogatif sama ada dalam bentuk certiorari atau perintah larangan, yang merupakan remedi budi bicara, tidak harus diberikan kepada penentang.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi manfaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

5 comments:

  1. Salam bro PG,

    Nak tanya sikit berkenaan dgn law. Nak tunggu topik tangkapan dan tahanan salah dlm blog bro tak tahu samada ada atau tidak. Kalo tak keberatan nak dpt pandangan bro mengenai 'reasonable suspicion' - 'rs'. Adakah boleh dibentuk ikut suka dan ada ke jangka masa utk membentuk 'rs'. Maksud saya selepas repot dibuat dan statement diambil tak ada pulak 'rs'. Selepas beberapa bulan ada pulak 'rs'. Mohon bro komen sikit. TQ.

    ReplyDelete
  2. http://arifomar.blogspot.com/2009/06/sistem-keadilan-jenayah-tangkapan.html

    ReplyDelete
  3. Salam, bro ada tak yg english version punya report utk case Hoh Ngiang ni ? Bukannya nak eksyen ke ape, tapi bila baca courts judgement / awards dlm BM nampak mcm pelik, susah sikit nak faham

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR