FOLLOWERS

Wednesday 14 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HARTA PUSAKA !


[1996] 5 MLJ 420
Husli bin Mok & Ors v Probate Officer, Miri
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (MIRI) — ORIGINATING MOTION NO 25–8–95 (MR)

Judges RICHARD MALANJUM J

Date 30 NOVEMBER 1995
Citation [1996] 5 MLJ 420


Catchwords:

Administrative Law — Remedies — Certiorari — Application to quash decision of Probate Officer — Whether decision made according to law — Whether decision based on relevant matters
Administrative Law — Remedies — Mandamus — Conditions to be satisfied — Specific Relief Act 1950 s 44

Succession — Letters of administration — Refusal of grant — Application for certiorari to quash decision of Probate Officer — Whether remedy available

Words and Phrases — ‘Assets’ — Sarawak Administration of Estates Ordinance (Cap 80) s 3

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 30 Mac 1995, pemohon pertama dengan persetujuan pemohon-pemohon lain telah memohon kepada penentang supaya mengisukan geran suratkuasa pentadbiran harta pusaka untuk membolehkannya mentadbir harta pusaka seorang Mok bin Tuah (‘simati’). Walau bagaimanapun, menurut surat bertarikh 24 Julai 1995 (‘surat 24 Julai 1995 itu’) yang ditandatangani oleh seorang William Nyalau untuk Pegawai Daerah, Miri (‘penentang’), permohonan tersebut telah ditolak (‘keputusan tersebut’).

Pemohon kemudiannya memperolehi kebenaran untuk memohon kajian semula kehakiman keputusan tersebut. Di dalam permohonan sekarang ini, pemohon memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan tersebut dan satu perintah mandamus untuk mengarahkan penentang mengisukan geran suratkuasa pentadbiran harta pusaka kepada pemohon pertama. Isu-isu yang memerlukan pertimbangan adalah sama ada: (i) keputusan tersebut telah dibuat menurut undang-undang dan jikalau tidak, sama ada ia harus dibatalkan; (ii) sama ada perintah mandamus selanjutnya harus dikeluarkan.

Pemohon-pemohon telah menghujahkan bahawa keputusan tersebut patut dibatalkan kerana ia, antara lainnya, telah dibuat melanggar kaedah-kaedah keadilan asasi; bahawa perintah tersebut telah diisukan oleh orang lain dan bukannya oleh penentang sendiri; bahawa penentang memihak kepada Kerajaan Negeri; dan bahawa dalam membuat keputusan tersebut, penentang telah mengambil kira perkara-perkara yang tidak relevan dan/ataupun meninggalkan perkara-perkara yang relevan. Peguam pihak pemohon juga telah menghujahkan bahawa di bawah Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak (Bab 80) (‘Ordinan tersebut’), tugas Pegawai Probet haruslah dibahagikan kepada dua tahap, iaitu

(1) untuk memutuskan sama ada pemohon adalah layak untuk mendapatkan surat kuasa pentadbiran tersebut; dan

(2) jikalau begitu, dan di mana s 5 Ordinan tersebut dipatuhi, untuk mengisukan surat kuasa pentadbiran tersebut. Telah dihujahkan bahawa hanya tahap (1) sahaja yang memberikan penentang budi bicara memandangkan s 9 Ordinan tersebut. Jikalau tidak, sebaik sahaja pemohon adalah berhak mendapatkan surat kuasa pentadbiran tersebut di bawah s 8 Ordinan tersebut, dan s 9 tidak digunakan, dan afidavit dan inventori yang diperlukan telah difailkan dan duti estet, jikalau ada, sudah dibayar, penentang harus membenarkan permohonan itu. Peguam penentang dalam membantah terhadap permohonan tersebut telah menghujahkan bahawa s 3(a) Ordinan tersebut tidak dipatuhi kerana simati telah tidak meninggalkan sebarang aset dalam daerah yang berkenaan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Sebelum mengisukan surat 24 Julai 1995 itu, dan seterusnya membuat keputusan tersebut, tidak ada peluang yang diberikan kepada pemohon untuk menyatakan kesnya memandangkan surat daripada Jabatan Tanah dan Ukur Tanah yang digunakan dalam membuat keputusan tersebut. Maka keputusan tersebut telah tidak dibuat menurut undang-undang kerana pemohon telah tidak diberi peluang untuk mematahkan kandungan surat tersebut (lihat ms 429A–C); Ghazi bin Mohd Sawi v Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 MLJ 114 dan Shamsiah bte Ahmad Sham v Public Services Commission, Malaysia & Anor [1990] 3 MLJ 364 diikut.

(2) Tambahan pula surat 24 Julai 1995 itu menunjukkan bahawa keputusan tersebut telah tidak dibuat oleh penentang sendiri kerana penentang langsung tidak menyatakan bahawa dia telah mewaliki kuasanya (lihat ms 429D); Bromley LBC v Greater London Council & Anor [1982] 1 All ER 129 diikut.

(3) Penentang sepatutnya harus membuat keputusan berdasarkan peruntukan-peruntukan Ordinan tersebut sahaja dan bukannya berdasarkan perkaraluar yang tidak dapat disangkal oleh pemohon. Lagipun tiada penjelasan memuaskan yang diberikan untuk menerangkan mengapa kedudukan Kerajaan Negeri telah diberi pertimbangan, memandangkan bahawa perkara di hadapan penentang adalah permohonan untuk mengisukan geran surat kuasa pentadbiran sahaja, dan bukannya suatu tindakan terhadap Kerajaan Negeri. Maka certiorari harus diberikan kerana keputusan tersebut telah mencerminkan bahawa perkara-perkara yang tidak relevan telah diambil kira (lihat ms 429G–I); Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp [1947] 2 All ER 680 diikut.

(4) Pemohon geran surat kuasa pentadbiran haruslah berada dalam kategori seperti yang dinyatakan dalam s 8 Ordinan tersebut. Dalam kes ini, pemohon pertama yang merupakan waris lelaki simati dan yang diberi kuasa dengan wajarnya oleh waris-waris yang lain, telah dengan jelasnya memenuhi peruntukan tersebut. Selagi tidak ada sebarang pendapat oleh penentang berkaitan dengan keupayaan pemohon pertama untuk bertindak menurut s 9 Ordinan tersebut, maka pemohon pertama adalah berhak mendapat geran surat kuasa pentadbiran tersebut untuk mentadbirkan harta pusaka simati (lihat ms 433H–I).

(5) Jikalau pemohon telah memenuhi kesemua peruntukan seperti yang diperuntukkan di bawah Ordinan tersebut dan penentang telah tidak menggunakan s 9, maka penentang tidak ada alternatif selain daripada membenarkan permohonan tersebut (lihat ms 434B–C); Tan Hee Lock v Commissioner for Federal Capital & Ors [1973] 1 MLJ 238 diikut.

(6) Walaupun takrif ‘aset’ tidak didapati dalam Ordinan tersebut, hak untuk mendakwa, yang merupakan satu hak dalam tindakan, adalah dianggap sebagai aset (lihat ms 432E–I); King Hock Ching v Ung Siew Ping [1974] 2 MLJ 16 diikut; Re Hee Chun Meng [1989] 2 MLJ 310 dibeza.

(7) Sebelum perintah mandamus dapat diisukan, keperluan s 44 Akta Relief Spesifik 1950 hendaklah dipenuhi. Dalam kes ini kesemua lima syarat telah dipatuhi (lihat ms 433E).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

3 comments:

  1. ntah buku mana la ko copy ni labu..........

    ReplyDelete
  2. Assalamulikum En Arif,
    Saya berminat dengan pendapat tuan mengenai kes ini, Ini adalah kes Bapa saudara saya. Bagaimana dapat saya menghubungi tuan? Saya hendak meminta pendapat tuan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR