FOLLOWERS

Friday 23 April 2010

SERBAN ATAU KESELAMATAN NYAWA YANG UTAMA ?

( Bangga sangatkah memakai serban , berbanding risikonya? )





TUMPAT – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh otak dan pemikiran masyarakat islam. Sedih PG melihat cara mereka berfikir. Perkara semudah ini iaitu langkah mudah bagi menyelamatkan nyawa pun menjadi sesuatu yang rumit hanya kerana cara berfikir dan mentafsirkan sesuatu. Membuat pilihan yang tidak tepat dengan mentafsirkan islam dari sudut yang sempit. Lebih mementingkan serban yang belum tentu hujung pangkalnya berbanding keselamatan nyawa sendiri dan keselamatan nyawa orang lain.

2. Mana lebih utama : serban atau keselamatan nyawa ( dengan memakai topi keledar bagi yang bukan haji ) semasa menaiki motosikal? Dalam islam pun mana yang lebih utama? Bukankah keselamatan nyawa lebih utama dan perlu diberi perhatian? Termasuk keselamatan orang lain. Bukan hanya mementingkan diri anda sahaja.

3. Serban bukan sesuatu yang wajib. Ia hanya sunat aje. Itupun boleh dipertikaikan dari segi sunat atau harusnya. Ia tidak lebih dari hanya pakaian. Menjaga keselamatan diri dan orang lain adalah diutamakan dan wajib dalam islam.

4. Sementah budak sekolah pondok ini pun telah diajar perkara yang tidak betul. Perkara-perkara yang dibuat pemerintah untuk kemaslahatan umum wajib dipatuhi oleh kita semua bagi faedah keselamtan kita dan keselamatan nyawa orang lain.

5. Mana lebih berfaedah , serban atau nyawa? Islam pun tak mengajar begitu. Salah siapa jika budak mentah ini boleh terpesong dan besar kepala dalam isu sekecil ini?

6. Bukan salah ibu mengandung.

Nota : Bangga sangatkah dengan berserban tersebut? Kalau nak pakai serban pun , pakailah dirumah. Semasa tidor pun pakai juga. Tetapi masa tidor , pandai pulak membuka serban. Mengapa dalam kes menunggang motosikal , tidak boleh ke menukarkan serban sebentar semasa menunggang dengan memakai topi keledar? Fikirlah jauh sikit dan lebih kedepanlah................................Kesian juga melihat budak-budak ini. Kesian melihat pemikiran mereka serendah itu.

18 comments:

  1. Bagus pandangan anda,

    harap tuan jangan komplen kami bengali pakai serban masa naik motor,

    kami orang singh sangat bangga memakai serban, dan mau kasi tau sama melayu , ini singh tak takut mati kalau mau tunjuk kami bangga jadi singh,

    hidup singh , melayu layu

    ReplyDelete
  2. Salam,

    semoga dapat rahmat allah

    cuba tuan pakai serban 7 hari, selepas 7 hari tuan akan dibuka 7 hijab hati dan akal.
    Ini rahsia orang yang pakai serban kerana Allah
    insyallah, cuba lah..

    ReplyDelete
  3. betullah keselamatan tu penting. tapi kalau dah warta serban tu tak boleh pakai ..sigh pun kene pakai topi keledar.

    apa yg perlu seban tu ada hikmahnya kepada sipemakai.

    amalkan sunnah ada kelebihannya...

    ReplyDelete
  4. banyak yg eksiden tu org yg tak pakai serban pon...
    yg mati tu tak pakai serban pon...
    lu tau sebab apa? sebab helmet tu nak kurangkan impak pada kemalangan jer... bukan nak elak kemalangan itu sendiri..
    dengan pakai serban, moga2 istiqamah depa tu hidupkan sunnah dapat elakkan kemalangan...
    sebab org pakai serban tak bawak laju gila-gila...

    dalam undang2 ada bagi kelonggaran nak pakai serban, apa hal pulak lu org nak halang.. nak halang sila ubah undang2...

    takder statistik kata pakai helmet boleh kurangkan kemalangan...

    ada paham ka bhai?

    ReplyDelete
  5. RULE
    HANYA BANGSA SIKH DAN MEREKA YANG TELAH PERGI HAJI DIKECUALIKAN DARI MEMAKAI TOPI KELEDAR. BUKAN YANG BARU BELAJAR AGAMA 2 HARI DAH BESAR KERAKYA.

    ReplyDelete
  6. Islam menolak sebarang bentuk kemudharatan baik kepada diri sendiri atau pun dilakukan kepada orang lain. Kemudharatan itu di definisikan sebagai melakukan sesuatu yang “mengurangi, merugi, menyakiti, menyusahkan, menyulitkan, menghilangkan, menyedihkan, meninggalkan”

    Beringat sebelum kena...

    ReplyDelete
  7. Serban lebih senang dipakai, dibuka dan dipakai balik.

    Apa salahnya pakai serban, bila nak naik motor, buka dan ganti dgn topi keledar. Bila sampai destinasi, pakai balik serban tu.

    Rajin-rajinlah beribadat. Rajin-rajin la juga menjaga keselamatan diri. Menjaga keselamatan diri adalah merupakan tuntutan besar agama.

    Rasanya serban ini adalah tuntutan agama yang besar bagi kaum sikh. Bukan sunat-sunat. Sebab itulah undang-undang menghormati agama sikh perihal serban ini.

    ReplyDelete
  8. Harban Singh said...
    "kami orang singh sangat bangga memakai serban, dan mau kasi tau sama melayu , ini singh tak takut mati kalau mau tunjuk kami bangga jadi singh"

    me reply..
    pegi MATI dengan ko punya SERBAN BENGGALI, dasar PARIA CELAKA.. tak takut mati konon, BANGSA ko ni r wat ROSAK MALAYsia!!!

    FUCK SINGH n LONGLIFE MALAY, MALAYsia 4 MALAY!!

    ReplyDelete
  9. Kesemuan mereka itu dituduh di bawah Kaedah 4 (Motosikal Topi Keledar Keselamatan) 1973 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87) yang dibaca bersama Seksyen 128 (1) Akta yang sama.

    Di bawah undang-undang di atas, ada pengecualiannya di mana seseorang itu tidak perlu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal jika mereka itu dari golongan ‘Haji’, ‘Hajjah’, ‘Lebai’ dan ‘Sikh’.

    Namun dalam undang-undang itu tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebai’, yang (undang-undang itu) terpakai sejak digubal oleh Parlimen.

    Justeru mengikut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) dinyatakan bahawa; “Seorang ‘lebai’ itu (ialah) orang yang tahu tentang agama, orang yang mengerja sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam’. Itu saja definisi. Oleh itu, mengikut definisi di sini (adalah) terlalu luas, sesiapa pun boleh digolongkan dalam golongan ‘lebai’, dan untuk membuktikan seseorang itu ‘lebai’ adalah susah.

    Saya sependapat dengan Majistret dari segi 'point of law' dalam kes ini. Bukan sahaja mereka tetapi kepada 'lebai-lebai' lain jika melakukan perkara sama. Bagi seorang 'Haji' atau 'Hajjah' senang sahaja dibuktikan melalui pasport haji mereka.

    Pihak penggubal undang-undang haruslah mendefinisi secara khusus dalam Kaedah serta/atau Akta yang berkaitan supaya perkara ini tidak berulang lagi dan ditertawakan oleh umum dan secara langsung menghabiskan tenaga dan masa pegawai mahkamah dan juga pihak pendakwaan.

    Kita tidak perlu mengaitkan perkara-perkara lain untuk menghukum, walaupun kita percaya bahawa topi keledar boleh mengurangkan kecederaan seterusnya kepada kematian. Berusaha mengelak bencana kepada diri sendiri adalah satu tuntutan agama juga.

    ReplyDelete
  10. SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR....SILA LAWAT BLOG SAYA....TUMPANG LALU SEDARA

    ReplyDelete
  11. Salam tuan blog...

    Tuan2... Ini pandangan saya...

    Kadang2 lawak pun ade bila pikir puak2 nie balas hujah.. sempit... ye mmg memakai serban itu sunnah nabi... tak sapa pertikaikan.. tapi biar la bertempat... ini soal keselamatan... jalan raya kita pun dah mcm zon perang... ade jer yang mati n cedera... kenapa nabi masa perang pakai topi besi... isu die keselamatan... nk melindungi dari cedera @ maut... "melindungi".. paham tak nie...

    anon dua diatas... nikmat sunnah nabi mmg hebat.. manis... tapi jangan taksub dan bangga diri... kononnya akulah segalanya... itu dah masuk hukum riak... berdosa...

    zaminc... kemalangan bukan hanya yang bawak laju-laju... bdk naik basikal kemalangan pun boleh mati... jangan pertikaikan yang mati pakai helmet tu... itu dah takdir dan ketentuan Allah... die dah berusaha melindungi diri die... tapi bila dah sampai ajal die pakai ape pun tetap mati tapi ape yang penting die berusaha nk jaga keselamatan die... pakai serban naik motor tak cuba melindungi.. nie dah mcm kes bunuh diri... kan berdosa tu... ajaran islam hebat... semua aspek ada... islam juga pentingkan mana yang utama dulu... dalam kes ini keselamatan adalah keutamaan...

    perlop

    ReplyDelete
  12. Salam 1Malaysia Tuan,

    Apakata kita cadangkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ supaya mencipta sejenis topi keledar khas untuk mereka yang menggunakan serban tanpa perlu membuka serban...buat besar biar muat kepala sama serban sekali...jadi sesapa yang masih tak patuh pada undang2 itu harus diambil tindakan oleh JPJ.

    ReplyDelete
  13. Harban Singh sendiri tidak dapat membezakan antara 'benggali' dan 'sikh'. Dia ingat sama saja.

    Orang Banggala dan Punjab pun mungkin dia tak dapat bezakan...

    itupun fikir dirinya lebih cerdik... haha

    http://mulutmelayu.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Panglima-panglima perang Islampun pakai topi besar bila berperang. Saya pernak pergi museum pameran Islam, panglima perangnya pakaitopi besi bila berperang, Topi keledar adalah bagi keselamatan untuk penunggang motorsikal baik dah pergi haji atau untuk orang sikh. Bila tak menunggang motorsikal, nak pakai serban atau tidak,itu hal peribadi.

    tongkatmusa

    ReplyDelete
  15. "jikalau menggoreng dipanaskan minyak, jikalau merebus, dididihkan air"

    perintah allah kita junjung, undang2 kita pikul, sunnah rasul kita amal, naik motor pakai helmet, turun motor pakai serban.. jgn disusah perkara yang mudah

    ReplyDelete
  16. lagi satu- jangan dihina sunnah!

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum....ingin saya tuliskan bahawa bukan berbangga tapi bersyukur kerana serban itu adalah sunnah rasulullah..dan juga ianya tergolong dalam sunnah fe'li (perbuatan) maka sebagai umat islam selayaknya kita bersyukur dengan sunnah tersebut..akan tetapi pemakaiannya hendaklah bersesuaian..hal ini dikuatkan dengan baginda sendiri memakai topi besi sewaktu menuggang kuda perang....assalamualaikum.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR