FOLLOWERS

Thursday 1 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN PEREBUTAN KM SABAH / CONFIDENCE !


[1995] 1 MLJ 169
Datuk (Datu) Amir Kahar bin Tun Datu Haji Mustapha v Tun Mohd Said bin Keruak Yang di-Pertua Negeri Sabah & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — ORIGINATING SUMMONS
NO K24

Judges ABDUL KADIR SULAIMAN J

Date 24 NOVEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 169


Catchwords:

Constitutional Law — Constitution — Sabah — Resignation of Chief Minister — Loss of confidence by majority of Legislative Assembly — Whether must be determined by vote in Legislative Assembly — Whether extraneous circumstances sufficient — No resignation tendered on behalf of other members of Cabinet — Whether appointments of other Cabinet members affected — Sabah State Constitution art 7(1)

Constitutional Law — Executive — Appointment of new Chief Minister — Dissolution of Cabinet due to loss of confidence of majority of Legislative Assembly in previous Chief Minister — Whether dissolution recognized by established convention or under Constitution — Whether appointment of new Chief Minister and Cabinet valid if there are no resignations by or revocations of appointments of previous Cabinet Ministers — Sabah State Constitution arts 6(1) & 7(1)

Words and Phrases — ‘Confidence’ — Sabah State Constitution art 7(1)

Bahasa Malaysia Summary:
Berikutan daripada pilihanraya negeri Sabah pada 18 dan 19 Februari 1994, Datuk Joseph Pairin Kitingan (‘Datuk Pairin’) telah dilantik sabagai Ketua Menteri Sabah. Atas nasihat Datuk Pairin, ahli-ahli lain partinya yang juga telah dipilih, termasuk plaintif, telah dilantik untuk menubuhkan Kabinet Negeri pada 21 Februari 1994. Selepas pembelotan tiga orang ahli Dewan Perundangan Negeri (‘Dewan itu’) daripada partinya kepada pihak pembangkang, Datuk Pairin telah memohon kepada Yang di-Pertua Negeri, yakni defendan pertama, untuk membubarkan Dewan itu tetapi defendan pertama tidak memberi persetujuannya.

Datuk Pairin kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 17 Mac 1994. Beliau, walau bagaimanapun, tidak meletak jawatan bagi pihak ahli-ahli lain Kabinetnya. Pada hari yang sama, defendan pertama telah melantik defendan kedua sebagai Ketua Menteri yang baru untuk menggantikan Datuk Pairin. Pada 24 Mac 1994, defendan pertama, atas nasihat defendan kedua, telah melantik defendan kedua hingga kesembilan sebagai ahli lain Kabinet defendan kedua. Plaintif memohon deklarasi bahawa memandangkan usul tidak percaya tidak dikemukakan di Dewan itu terhadap Datuk Pairin, perletakan jawatannya itu adalah secara peribadi baginya, dan tidak membawa kesan ke atas perlantikan plaintif sebagai seorang Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Plaintif juga memohon satu deklarasi bahawa defendan pertama telah bertindak ultra vires peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah (‘Perlembagaan itu’) apabila beliau kononnya telah melantik defendan ketiga hingga kesembilan sebagai ahli Kabinet sedangkan pada semua masa yang berkenaan, perlantikan plaintif dan ahli Kabinet yang lain masih belum dibatalkan mahupun mereka telah meletakkan jawatan.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak permohonan itu dengan kos
:

(1) Di bawah perkara 7(1) Perlembagaan itu, jika Ketua Menteri tidak lagi memegang keyakinan suatu majoriti ahli-ahli Dewan itu, maka beliau patut meletakkan jawatan ahli-ahli Kabinetnya. Hakikat bahawa Datuk Pairin memilih untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri sahaja tidak akan mengekalkan ahli lain Kabinetnya dalam jawatan mereka. Perletakan jawatan Datuk Pairin adalah perletakan jawatan oleh seluruh Kabinetnya termasuk plaintif dan isu perletakan jawatan dan pembatalan perlantikan ahli lain Kabinet tidak timbul. Tujuan di sebalik keperluan di bawah perkara 7(1) Perlembagaan itu supaya seorang Ketua Menteri meletakkan jawatan ahli Kabinetnya adalah untuk membolehkan satu Kabinet baru dibentuk mengikut perkara 6 Perlembagaan itu.

(2) Satu pengambilan undi di Dewan itu bukanlah satu-satunya cara untuk menentukan keyakinan ahli Dewan itu terhadap Ketua Menteri tetapi ianya bergantung kepada keadaan yang wujud. Perkara luar yang lain boleh memberikan bukti yang mencukupi untuk membuktikan hakikat bahawa Ketua Menteri telah kehilangan keyakinan suatu majoriti ahli Dewan itu bagi tujuan perkara 7(1) Perlembagaan itu.

(3) Pembubaran Kabinet di bawah perkara 7 tidak melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau semestinya ahli Dewan itu. Perkara itu hanya memerlukan Ketua Menteri meletakkan jawatan ahli Kabinetnya jika beliau tidak lagi memegang keyakinan suatu majoriti ahli Dewan itu.

(4) Di bawah perkara 7(1) dan mengikut konvensyen yang mantap, suatu Kabinet itu boleh juga dibubarkan atas sebab Ketua Menteri telah kehilangan keyakinan suatu majoriti ahli Dewan itu yang boleh dibuktikan melalui berbagai keadaan. Perlembagaan itu tidak menyatakan bahawa bukti tunggal hakikat sedemikian mestilah diperolehi menerusi pengambilan undi di Dewan itu. Oleh itu jika Ketua Menteri tidak meletakkan jawatan ahli lain Kabinetnya walhal Kabinet itu disifatkan sebagai telah dibubarkan di bawah perkara 7(1) Perlembagaan itu, jawatan mereka akan dianggap sebagai telah dikosongkan.

(5) Oleh kerana Kabinet yang ditubuhkan pada 21 Februari 1994 telah dibubarkan, perlantikan defendan kedua sebagai Ketua Menteri baru oleh defendan pertama pada 17 Mac 1994 adalah sah dan mengikut Perlembagaan, begitu juga perlantikan defendan kedua hingga kesembilan pada 24 Mac 1994 di bawah perkara 6(3) Perlembagaan itu.

Per curiam:

(1) Selain daripada peruntukan Perlembagaan, adalah menjadi konvensyen yang mantap di Sabah bahawa berikutan dengan kematian atau perletakan jawatan Ketua Menteri, Kabinet itu dibubarkan. Perlantikan kesemua ahlinya dianggap sebagai telah dikosongkan, dan jika mana-mana ahli itu bakal menganggotai Kabinet yang baru, mereka mesti dilantik semula atas nasihat Ketua Menteri yang baru.

(2) Perkara 6(1) Perlembangan itu tidak boleh dibaca sebagai membawa makna bahawa pada kesemua masa sesuatu Kabinet mesti wujud. Ianya hanya boleh dibaca sebagai membawa makna bahawa mestilah terdapat suatu Kabinet untuk menasihatkan Yang di-Pertua Negeri, memandangkan bahawa Yang di-Pertua Negeri tidak boleh bertindak tanpa badan ini jika beliau ingin menjalankan fungsi perlembagaannya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami perlembagaan negara. Ia hampir sama dengan apa yang terjadi di negeri Perak sekarang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR