FOLLOWERS

Thursday 22 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN ANAK ANGKAT / JAGAAN DAN AGAMANYA !


[1995] 3 MLJ 408
Tang Kong Meng v Zainon bte Md Zain & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–1027–93 CONSOLIDATED WITH ORIGINATING SUMMONS
NO 24–463–94

Judges JAMES FOONG J

Date 15 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 408


Catchwords:

Family Law — Children — Adoption — Illegitimate child — Consent of natural mother obtained — Whether consent of natural father can be dispensed with — Requirements of valid adoption — Registration of Adoptions Act 1952 s 6(1)

Family Law — Children — Custodianship — Infant — Paramount consideration — Welfare of the child — Factors taken into account — Courts of Judicature Act 1964 s 24(d)

Family Law — Children — Minor’s religion — Minor given up for adoption — Adoption null and void — Who to decide on minor’s religion — Federal Constitution art 12(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif merupakan bapa sebenar seorang anak tak sah taraf bernama Alvina Tang Mei Kwan (‘Alvina’) yang dilahirkan kepada seorang yang bernama Chong Mo Mooi (‘Pn Chong’) pada 3 Disember 1986. Pn Chong telah memberikan anaknya untuk dijadikan anak angkat defendan yang merupakan penjaganya sejak beliau berumur tiga bulan.

Permohonan pengangkatan telah diproses dengan surat keizinan Pn Chong tetapi tanpa keizinan atau pengetahuan plaintif. Walau bagaimanapun, Pendaftar Pengangkatan telah menggunakan budi bicaranya untuk mengenepikan kebenaran mana-mana ibu bapa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan telah mendaftarkan pengangkatan Alvina pada 11 Mei 1991.

Pada hari yang sama, beliau telah memeluk agama Islam dan dinamakan Noralvina bte Abdullah. Plaintif telah memohon untuk deklarasi bahawa:

(i) beliau berhak menjaga dan memelihara Alvina;

(ii) penerimaan ajaran ugama Islam atau penyertaan Alvina di dalam apa-apa acara atau sembahyang mengikut ajaran Islam adalah menyalahi perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan; dan

(iii) defendan hendaklah menyerahkan Alvina kepadanya.

Plaintif berhujah bahawa oleh kerana Pn Chong telah meninggalkan plaintif, beliau telah mengambil alih peranan penjaga, dan oleh kerana keperluan jagaan dan penyaraan Alvina oleh defendan di bawah s 6 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (‘Akta itu’) tidak dipenuhi, pengangkatan itu tidak sah. Sebaliknya, defendan pertama memohon, antara lainnya, suatu deklarasi bahawa pendaftaran pengangkatan Alvina adalah sah dan supaya hak menjaga Alvina diberikan kepadanya atas alasan, antara lain, bahawa oleh kerana Alvina adalah seorang anak tak sah taraf, Pn Chong, sebagai ibunya sebenar mempunyai pemeliharaan dan jagaannya yang eksklusif dan boleh memberi kebenaran yang sah untuk pengangkatan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif
dan mengenepikan permohonan defendan tetapi memberi hak penjagaan kepada defendan:

(1) Oleh kerana Alvina adalah seorang anak tak sah taraf, ibunya yang sebenar, Pn Chong, mempunyai tanggungjawab untuk menyaranya dan mempunyai hak eksklusif untuk memeliharanya. Mengikut keterangan, tidak boleh dikatakan bahawa Pn Chong telah menyerahkan haknya kerana beliau terus mengunjungi Alvina dan membayar untuk penyaraannya sebelum pengangkatan. Oleh yang demikian, beliau boleh memberikan keizinannya untuk pendaftaran pengangkatan Alvina.

(2) Walau bagaimanapun, terdapat keperluan lain untuk pengangkatan di bawah s 6(1) Akta itu, terutamanya keperluan bahawa bakal ibu bapa itu mestilah mempunyai jagaan yang berterusan dan menyara anak itu bagi tempoh dua tahun sebelum permohonan untuk pengangkatan dibuat.

(3) Oleh kerana perkataan ‘jagaan’ tidak ditakrifkan di dalam Akta itu atau di dalam mana-mana undang-undang Malaysia lain yang releven, mahkamah membuat kesimpulan bahawa ia bermaksud jagaan fizikal di dalam kes ini. Defendan mempunyai jagaan fizikal Alvina untuk lebih daripada dua tahun sebelum permohonan untuk pengangkatan itu, dan dengan demikian, mereka mempunyai ‘jagaan’ Alvina seperti yang diperlukan oleh s 6(1) Akta itu. Tetapi, penyaraan Alvina telah dibayar oleh Pn Chong dan plaintif sepanjang tempoh itu. Oleh kerana keperluan di bawah s 6(1) adalah bersifat penghubung, kegagalan untuk memenuhi mana-mana satu syarat mengakibatkan pendaftaran pengangkatan Alvina menjadi tak sah ab initio.

(4) Dalam mempertimbangkan soalan mengenai jagaan, kebajikan anak itu adalah kepentingan utama. Oleh kerana defendan mahu menjadikan Alvina anak mereka dan boleh dikatakan telah menjaganya dari masa beliau dilahirkan, mereka telah dilantik sebagai penjaga Alvina yang dilantik oleh mahkamah di bawah s 24(d) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan tentang agamanya kerana beliau berumur di bawah 18 tahun dan Alvina tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang adat sembahyang mengikut ajaran agama Islam. Plaintif dan Pn Chong dibenarkan akses kepada beliau sebulan sekali.]

Editorial Note:The plaintiff has appealed to the Court of Appeal.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

  1. Terima kasih PG. Tersangat educational dan informatif.Apakah keputusan rayuan tersebut?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR