FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN / NYAWA. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN / NYAWA. Show all posts

Friday, 23 April 2010

SERBAN ATAU KESELAMATAN NYAWA YANG UTAMA ?

( Bangga sangatkah memakai serban , berbanding risikonya? )





TUMPAT – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh otak dan pemikiran masyarakat islam. Sedih PG melihat cara mereka berfikir. Perkara semudah ini iaitu langkah mudah bagi menyelamatkan nyawa pun menjadi sesuatu yang rumit hanya kerana cara berfikir dan mentafsirkan sesuatu. Membuat pilihan yang tidak tepat dengan mentafsirkan islam dari sudut yang sempit. Lebih mementingkan serban yang belum tentu hujung pangkalnya berbanding keselamatan nyawa sendiri dan keselamatan nyawa orang lain.

2. Mana lebih utama : serban atau keselamatan nyawa ( dengan memakai topi keledar bagi yang bukan haji ) semasa menaiki motosikal? Dalam islam pun mana yang lebih utama? Bukankah keselamatan nyawa lebih utama dan perlu diberi perhatian? Termasuk keselamatan orang lain. Bukan hanya mementingkan diri anda sahaja.

3. Serban bukan sesuatu yang wajib. Ia hanya sunat aje. Itupun boleh dipertikaikan dari segi sunat atau harusnya. Ia tidak lebih dari hanya pakaian. Menjaga keselamatan diri dan orang lain adalah diutamakan dan wajib dalam islam.

4. Sementah budak sekolah pondok ini pun telah diajar perkara yang tidak betul. Perkara-perkara yang dibuat pemerintah untuk kemaslahatan umum wajib dipatuhi oleh kita semua bagi faedah keselamtan kita dan keselamatan nyawa orang lain.

5. Mana lebih berfaedah , serban atau nyawa? Islam pun tak mengajar begitu. Salah siapa jika budak mentah ini boleh terpesong dan besar kepala dalam isu sekecil ini?

6. Bukan salah ibu mengandung.

Nota : Bangga sangatkah dengan berserban tersebut? Kalau nak pakai serban pun , pakailah dirumah. Semasa tidor pun pakai juga. Tetapi masa tidor , pandai pulak membuka serban. Mengapa dalam kes menunggang motosikal , tidak boleh ke menukarkan serban sebentar semasa menunggang dengan memakai topi keledar? Fikirlah jauh sikit dan lebih kedepanlah................................Kesian juga melihat budak-budak ini. Kesian melihat pemikiran mereka serendah itu.

PETA PELAYAR