Meskipun pemimpin Umno dan BN menjauhkan diri mereka daripada kumpulan pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun akhbar Utusan Malaysia terus menyokongnya.
Dalam edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.
Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di akaun Twitter.
Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”. Berita lanjut : KLIK
Dalam edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.
Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di akaun Twitter.
Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Siapa KJ ni nak bidas Utusan dan PERKASA? Apa yang dah KJ buat di PEMUDA UMNO? Relevan lagikah KJ dan Pemuda kepada rakyat Malaysia dan UMNO?
2. Jawapannya ialah ------------ semuanya negetif. Tak ada apa pun yang dilakukan oleh KJ untuk memulihkan UMNO apatah lagi Pemuda. Kami di luar ni tak rasa pun kehadiran KJ dan Pemuda. Tak ada. Jangankan nampak KJ dan Pemuda di bawah kepimpinannnya, rasa pun tak ada dari segi kehadirannya.
3. Relevan ? Tak relevan langsung Pemuda dan KJ dalam politik Malaysia. KJ dan pemuda di bawahnya dilihat tak bertelur dan lesu serta penuh dengan hipokrit. Yang nampak hanyalah satu kongres dibuat dan bentangkan cadangannnya kepada kerajaan. Itulah yang dijajanya. PG ada juga terbaca resolusi dari kongress ini. Tetapi tak menyengat langsung dan tiada relevannya kepada Melayu. Tak umppppppppphhhhhh. Hanya cantik di atas kertas dan retorik sahaja. Ia lebih kepada konsep. Detail perlaksanaannya tak ada. Cakapnya bukan main pandai. Hapah pun tak ada.
4. Siapa KJ nak bidas Utusan PERKASA. Cuba sebutkan satu persatu kalau ada, jasa dan sumbangan KJ kepada negaradan UMNO? Kosong. Mengaut projek kerajaan adalah. dari bekal pensil sehingga segala benda bekalan kepada kerajaan habis di sapunya dengan menggunakan berbagai proksi cinanya. Peniaga dan kontraktol pembekal kecil kepada kerajaan pun ( yang benar-benar pembekal ) pun gulung tikar kerana semua bekalan kepada kerajaan di sapu KJ dan group pemudanya . ( Dululah semasa kepalanya sedang besar bila bapa mertuannya jadi PM ).
5. Apa usaha KJ nak satukan orang melayu dan menghargai pengundi setia melayu? Kosong. Sudahlah KJ. Kalau anda nak bidas Utusan dan PERKASA, lihat dululah diri sendiri. Bayang anda sendiri pun nak jauhkan diri dari anda , apa lagi kami semua di luar ini. Cuba buat kaji selidik dan bancian, berapa jumlah Melayu yang suka kepada anda . Buatlah kalau tak percaya. kalau dari 1000 Melayu ( orang muda cukup le ) nak cari 5 orang yang beri pujian kepada anda pun semput.
6. KJ ini, PG berpendapat hanya dengki dan irihati PERKASA jauh lebih kedepan dalam menyatukan orang Melayu dan menyedarkan orang melayu tentang hak mereka. KJ dan Pemudanya hanyalah pakar mendapat kontrak kerajaan adalah . KJ dan pemudanya pada pandangan orang luar seperti kami hanyalah tengkorak-tengkorak kosong yang langsung tak berguna untuk apa sahaja.
7. Melihatnya sahaja pun kita mula menyampah. Seupalah dengan Mertuanya dahulu. 90% orang Melayu, bila mertuannya keluar gambar di TV semasa berita jam 8 malam , kami semua akan alih ke rangkaian TV lain. Menyampah dan meluat. Itulah senario kami di luar sekarang ini terhadap KJ. Tak percaya , buat lah kajian dan jangan syok sendiri sahaja. Hanya mendengar ampuan dari pecacai pemudanya sahaja.
8. Hidup PERKASA dan Utusan. Ini suara hati Melayu. Mereka jugalah benteng terakhir Melayu di Malaysia ini. Bukan KJ atau Pemuda UMNO..............Tak gitu ?
Nota : Opss lupa nak jawap pertanyaan KJ iaitu siapa pemilik UTUSAN. Untuk makluman KJ, pemilik Utusan ialah sebahagian besar orang Melayu yang bersemangat dan berjiwa Melayu. Utusan adalah nadi dan nyawa orang Melayu. KJ pula siapa pemiliknyanya ? Hanya dua tiga ekor pencacai KJ dalam pemuda aje. Itu pun kerana berkepentingan !!!!!

