FOLLOWERS

Showing posts with label LOYAR BUROK. Show all posts
Showing posts with label LOYAR BUROK. Show all posts

Thursday, 26 April 2012

ALASAN BODOH DAN PEMBELIT AMIGA !!! KAH KAH KAH KAH !!!!



Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga berkata pihaknya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah lokasi perhimpuan ke Stadium Merdeka sepertimana yang dicadangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

"Kami menghadapi masalah dengan masa. Kami tidak boleh menukar lokasi. Hari ini hari rabu, kalau kami membuat pengumuman esok, ia hanya ada dua hari.

"Kami percaya kalau kami tukar tempatnya sekarang, ia akan mengelirukan rakyat, sama ada berkumpul di Dataran Merdeka atau di Stadium Merdeka," katanya selepas pertemuan dengan Ahmad Fuad. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : pembelit , tetap pembelit. Tak cukup masa nak beritahu penyokong jika tempat di ubah!!!!! Itu hanyalah ungkapan bodoh dan kaki pembelit seorang peguam terlatih.

2. Zaman IT ... teknologi maya memudahkan semua orang tahu maklumat etrkinidengan hanya menekan satu butang. Juga siapa di malaysia ini tak tahu di mana Stadium Bukit Jali dan Stadium Titiwangsa? 

3. Amiga ingat kita semua bodoh dan pembelit sepertinya?

4. Majlis Peguam pulak........... apa pandangan majlis peguam mengenai tindak tanduk ahlinya sepertti  Amiga ini yang kerap melanggar undang-undang ? Atau majlis peguam pekak dan bisu atau terlibat sama. Baiknya majlis peguam di daftar sebagai badan politik lagi baik !!!

5. Peguam................kebanyakkannya adalah loyar burok dan putar alam. Itulah dikalangan orang Melayu.. peguam ini dipanggil loyar burok........Dengan lain kata... kaki temberang dan putar belit !!!! kah kah kah kah !!!

6. Tak gitu ? Kah kah kah kah !!!

Tuesday, 19 October 2010

SETUJU BENAR MAJLIS PEGUAM DIBUBAR !!!!!






KUALA LUMPUR 18 Okt. - Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan serta ahli-ahli Exconya didesak agar meletak jawatan sekali gus membubarkan badan tersebut kerana didakwa gagal menjaga kredibiliti dan profesionalisme dalam menegakkan keadilan.

Desakan itu disuarakan oleh Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini, yang terdiri daripada 10 NGO bernaung di bawahnya.

Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB).

Selain itu, Majlis gabungan NGO itu juga tidak bersetuju di atas hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua suspek yang bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden majlis NGO terbabit, Rahimuddin Md. Harun berkata, mereka mendesak Ragunath dan Exconya meletak jawatan kerana Majlis Peguam didapati gagal untuk memantau aktiviti ahli-ahli mereka termasuk menyenaraihitamkan peguam bermasalah.

Katanya, lebih dikesalkan, majlis tersebut tidak memperjuangkan nasib mangsa kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

"Ia tidak seperti mana perjuangan mereka apabila melibatkan kematian tahanan polis, A. Kugan dan Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir kira-kira 30 orang yang mewakili NGO-NGO masing-masing.

Menurut Rahimuddin, sebagai sebuah badan profesional, Majlis Peguam sepatutnya berperanan proaktif dengan mengasingkan mana-mana peguam yang bermasalah melalui kenyataan secara terbuka di dalam media massa.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah pula berkata, Majlis Peguam seharusnya berdiri di atas satu landasan yang bebas.

"Bagaimanapun apa yang kami lihat mereka cenderung ke arah parti politik dan ini langsung tidak menunjukkan ia sebuah badan memegang integriti.

"Kami tidak mahu Majlis Peguam berlandaskan parti politik tetapi kami mahukan mereka berdiri atas integriti, bersikap adil dalam apa jua isu," katanya.

Penghuni Gua : Setuju benar dengan cadangan di atas. Majlis ini bersifat dua muka. Dalam kes bunuh Sosilawati, Majlis mengatakan ia tidak berkuasa mengawal ahlinya . Juga Majlis mengatakan ia disebabkan salah polis yang lambat menyiasat kes 2 peguam / sapek berkenaan.

2. Tetapi dalam hal lain majlis boleh pula campurtangan dan bertindak melebihi kuasanya. Malah kadangkala mendahului mahkamah. Lihat aje dalam kes KPL Jenain, Kugan dan isu anak yang bapanya memeluk islam . Majlis mendahului mahkamah , seolah polis sudah bersalah.

3. Tetapi dalam kes 2 saspek bunuh Sosilawati Majlis sesekali aje bersuara itupun sekadar nak melepaskan batuk ditangga. Jika tidak Majlislah juara dalamm segala hal dan mengetahui dalam semua perkara. Nerekalah bijak dan sebagainya.

4. Bila dalam kes Sosilawati , baru kita tahu belang dan kebodohan Majlis ini. Langsung tidak boleh buat apa-apa. Nak cadang tubuh Suruhanjaya Di Raja ke pun tak berani bagi menyiasat dan mengkaji adakah Majlis ini masih relevan dalam sistem perundangan negara.

5. Hobok pun tak ada. Kalau kena pada kerajaan dan kesilapan pihak berkuasa, sikit-sikit cadang tubuh Suruhanjaya Di Raja, Jawatan Kuasa Siasatan dan sebagainya. Majlis ini mungkin kurang sedikit dari sampah aje atau dalam kata lain, tak ubah seperti pelacur undang-undang aje.

6. Menyampah. Tak gitu? Si Jubah hitam ini kelihatan seperti hantu berkeliaran dengan jubah hitamnya ke hulu ke hilir. Hanya menakutkan orang , tetapi satu pun tak membahayakan manusia. Cuma buat semak aje adalah. Tak gitu ?

Nota : Dalam isu akuan bersumpah Rashid dan Rahimi , apa peranan majlis dan pendirian majlis dalam isu ini? Bisu seribu bahasa. Mengapa? Kerana mereka hanya padai bercakap dan nak salahkan orang lain sahaja. Punggung sendiri penuh dengan tahi yang tak pernah dicuci.

PETA PELAYAR