FOLLOWERS

Showing posts with label PENDIDIKAN / SEKS / POLITIK. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN / SEKS / POLITIK. Show all posts

Friday, 2 July 2010

PENDIDIKAN SEKS : OTAK PAK NIK YANG KEBIRUAN KOT !





Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa ni Pak Nik. Sabar dulu. Jangan terus jatuh hukum. Pendidikan seks yang dicadangkan di sekolah-sekolah bukan seperti mana yang ada dalam kepala dan otak Pak Nik. Sukatannya lain. Perumpamaan Pak Nik yang mengatakan seperti mengajar pencuri mencuri tu tak betul. Mungkin Pak Nik salah maklumat dan terpesong fikirannya kot.

2. Pendidikan seks yang dicadangkan oleh kerajaan tu, bukannya mengajar murid-murid sekolah cara berdating, cara bercium atau bersetubuh atau cara nak bercinta. Tak sebodoh itu kerajaan nak gubal sukatan pelajaran seks. Bunyi aje pendidikan seks. Bukannya tentang seks seperti mana Pak Nik Fikirkan.

3. Pendidikan seks itu pun dah ada di dalam mata pelajaran sains sebelum ini . Cuma ia tidaak khusus dan hanya merangkumi dari aspek sains. jadi kerajaan nak gubal pendidikan seks ini yang merangkumi seperti mana yang ada dalam sains dan juga digabungkan dengan perkara-perkara seperti mana juga yang Pak Nik katakan itu seperti cara pergaulan, percakapan, kesan, risiko, dari segi perubatan, buruk baiknya dari segi budaya dan agama. Dalam kata lain, kerajaan akan gubal pendidikan seks ini secara holistik yang mengambil kira dengan kehendak semua agama.

4. Apa masalahnya. Ia bukan nak mengajar cara mana nak bercium atau bersetubuh. PG berpendapat Pak Nik yang kurang pemahaman atau tidak mendapat maklumat yang betul. Pak Nik juga jangan cakap bab orang islam sahaja. Dalam Malaysia ini , ia merangkumi berbagai bangsa dan agama. jadi dalam pendidikan seks ini kerajaan akan mengambil kira semua keperluan tersebut. Jadi Pak Nik , jangan main pukul mati aje. SEbelum dengar lebih lanjut dan hanya berdasar pada perkataan " Pendidikan seks " aje , Pak Nik dah pukol mati hasrat kerajaan tersebut. Tak bolehlah begitu Pak Nik. Haram namanya.

5. Jangan-jangan, kepala dan pemikiran Pak Nik yang biru kot!!!!!

Nota : Pak Nik jangan main cakap seks islam aje. Dulu Pak Nik cakap Karpal dan bukan islam sudah lebih memahami tentang islam. PG lihat sama sahaja pandangan Karpal mengenai isu negara islam dan hudud. Jadi siap yang tarbiah kepada siapa. Atau Pak Nik berbohong kot. Kerana politik barangkali. Jadi dengan lain kata dalam islam pendidikan seks sudah ada, memang benar. tetapi Si Karpal nak ikut ke? Tak ikutnya. Sebab itu nak digubal pendidikan seks secara umum. Tapi ingat baik-baik Pak Nik , ini bukan perkara cium atau bersetubuh. Tetapi pendidikan seks. Ingat tu Pak Nik. Jangan melatah cepat sangat.

PETA PELAYAR