FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / DAPSY / SIASAT. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / DAPSY / SIASAT. Show all posts

Monday, 10 August 2009

PM ARAH SIASAT KETUA PEMUDA DAP : DI BAWAH AKTA HASUTAN !






Penghuni Gua : Bagus! Siasat dan tuduh Ketua Pemuda DAP ini di bawah Akta Hasutan. Biar dia dan mereka yang serupa dengan nya tahu samada langit itu tinggi atau rendah. Perbuatannya mencerca agama dan anutan agama orang lain adalah amat keji dan lebih keji dari haiwan.

2. Cuma PG rasa terkilan, mengapa tindakan diambil terlalu lambat. Semua bloggers telah mendedahkan perbuatan ini sudah lebih dari seminggu. Mana pihak berkuasa yang masih tidor dan sehingga menunggu arahan seorang PM.

3. Adakah arahan seorang PM perlu dalam hal ini? Makan gaji buta ke semua pihak berkuasa? Semua undang-undang sudah lengkap di Malaysia. Cuma masalahnya dari segi penguatkuasaan. Di mana Suruhanjaya Multi Media dan sebagainya serta PDRM yang boleh membuat tinbbdakan proaktif dengan menjadikan laman-laman blog ini sebagai panduan dan lapuran pertama terhadap perbuatan terkutuk Ketua Pemuda DAP ini.

4. Jangan pihak-pihak ini beranggapan bahawa tiada penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan ini dan ini akan membawa kepada keadaan tidak terkawal di masa depan dan peristiwa buruk seperti 13 mei akan berulang sekiranya ianya tidak dibendung dari awal dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas kepada mereka ini.

5. Segerakan tindakan terhadap isu ini dan juga kepada lain-lain perkara yang kerap di dedahkan oleh Bloggers seperti penghinaan ketua pemuda DAP ini terhadap DYMM Raja Nazrin Shah juga di blog yang sama dan telah di deletekan. Lihat : KLIK

6. Ketua Pemuda DAP ini sudah terlalu melampau sehingga seorang DYMM pun dihina dan dicerca.

PETA PELAYAR