
Penghuni Gua : Cadangan PM adalah baik dan tepat sekali. PG sudah cadang sebelum ini. Selain stadium , samseng tahi minyak ini boleh pilih demo haram mereka di hadapan rumah MB Selangor, Rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Di Depan rumah MB Kedah di Mentaloon, atau di depan JKR 10 atau juga di Pulau Melaka Kota Bharu di hadapan rumah Menteri Besar Kelantan.
2. Bagus cadangan PM. Tetapi PG lihat semasa Khir Toyo berdemo haram tahun lepas di hadapan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang, tahu pula Singh ini bising separuh nyawa kerana dikatakan menggangu privasi nya. Kena rumah sendiri tahu pulak bising.
3. Samseng tahi minyak ini semuanya ingin mengambil kesempatan sahaja dari kesesakkan orang ramai di Klumpur dan emudian mendakwa 100 K hadir keperhimpunan haram tersebut. Ditiga tempat mereka berdemo haram semalam tak sampai pun 10 k yang datang.
4. Tak ada orang yang rasional seperti kita akan ke demo haram dan bodoh tersebut. Zaman dah moden. Berbagai saluran boleh keluarkan pendapat. Di Singapura , pembangkang nak sangat bercakapa. Diberi ditemgah padang setiap minggu di Singapura: tak ada seorang pun nak dengar ceramah bodoh dan memperbodohkan orang.
5. Di Malaysia ini, rela tinggal anak bini, kemalangan lagi, patah kaki tangan, sanggup datang ke KL nak berdemo haram kerana hasutan tok-tok guru dan pemeimpin tahi minyak mereka. Yang patah tangan dan cacat kemalangan semalam: kita lihatlah nanti. Paling lama pun PAS akan mengambil berat mereka ini hanya dalam seminggu dua aje. Kemudian, kalau lumpuh, tak ada yang peduli pun. Keringlah anda di katil. Yang menolong hanya isteri anda yang anda tinggalkan.
6. Baru sebentar PG, pulang dari menunggang kuda di Bukit Kiara. Rasa aman damai melihat tak ada lagi kesesakan kenderaan dan suasana kelam kabut seperti semalam. ini kerana samsenf tahi minyak ini dah berambus ke tempat masing-masing di luar Kuala Lumpur. Orang Kuala Lumpur ini dah bosan dengan kerenah mereka ini. Dah menyampah benar dan meluat melihat mereka.
7. Kepada kerajaan: semua yang terlibat menghasut orang ramai berdemo haram ini haruslah di ISA kan. Mereka seperti Lim Kit Siang, Sivarasa, DSAI, TGHH, Salahuddin Ayub, Shamsul Iskandar AMK dan beberapa orang lagi. Mereka inilah kepala pengatnya.
8. Jika kerajaan mahu kekalkan keamanan dan mengelak dari berulangnya kejadian semalam, ISA dan gunakan semua peruntukkan undang-undang yang ada untuk mengekang mereka ini. Kejadian ini tidak akan berulang jika kita tegas dengan perundangan kita. Isunya ialah penguatkuasaan. Undang-undang sudah lebih dari mencukupi. Laksanakan!
