FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / DEMO / PAS / DAP. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / DEMO / PAS / DAP. Show all posts

Wednesday, 2 December 2009

DEMONTRASI UMNO / BN : MENGAPA PAS DAN DAP PERLU MARAH ?



Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa laknat
author_photo("Salhan K Ahmad")
Salhan K AhmadDis 1, 0912:16pm


kemaskini 2.26pm Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron. Berita lanjut : KLIK




DUN kecam demo Pemuda BN bakar foto Lim
author_photo("Athi Shankar")
Athi ShankarDis 1, 097:17pm

Sidang DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi semalam yang dianjurkan oleh sekumpulan anggota Pemuda BN.Wakil rakyat DAP RSN Rayer (Seri Delima) mengusulkan usul tersebut pagi ini bagi mengecam bantahan selama 45 minit itu di luar pagar bangunan dewan tersebut.Usul itu diluluskan selepas semua 29 ADUN Pakatan Rakyat menyokong usul tersebut, manakala 11 wakil rakyat BN menentangnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PGsejak dari dahulu amat benci dengan segala apa demontrasi pun. Ini bukan cara untuk membantah dan menujukkan rasa tidak puashati. Samada ia demo haram atau halal semuanya tidak berfaedah. Banyak kaedah lain yang lebih baik dari berdemo. Ini pun bukan menunjukkan tahap kebebasan bersuara.

2. Cuma dalam isu ini, dua demo di lakukan oleh UMNO / BN di Pulau Pinang dan di Kelantan. Dilhat PAS dan DAP terutamanya LIM Guan Eng cukup marah dengan demo ini. Mengapa?

3. Inilah yang diajarkan oleh anda kepada rakyat Malaysia. Di Parlimen pun anda berdemo. Berbagai kerenah anda telah lakukan termasuk sehingga ke ruang legar parlimen dengan membawa masuk saudara mara dan anak isteri hindarf dan tahanan ISA yang lain.

4. Depan pintu masuk Bukit Aman, Depan rumah PM, di kawasan sesak Chaw kit. Mana tempat anda tidak berdemo dan menujukkan samseng?

5. Sekarang mengapa marah dan mengatakan demo ini tidak patut diadakan. Adakah kerana pembantahnya adalah UMNO? Mengapa DAP dan PAS boleh berdemo haram atas alasan ia adalah hak asasi rakyat yang dijamin perlembagaan dan jika dihalang ia melanggar hak asasi manusia? Ini kata mereka lah. Mengapa sekarang nadanya berlainan?

6. Contoh-contoh kebiadaban dan kebebalan kumpulan ini. Hanya benar jika mereka yang lakukan , salah jika pihak lain buat. Itupun siap menghentam pihak polis lagi kerana tidak ambil tindakan.

7. Senang sahaja jawapannya. Jika polis ambil tindakan nanti , ada pula yang pergi ke SUHAKAM mengadu hal. Tak adil dan polis kasar serta melanggar hak asasi manusia. Inilah yang DAP dan PAS lakukan. Mengapa dalam kes ini , DAP dan PAS bernada lain dan isu hak asasi dan kegasan polis tidak diambilm kira.

8. Mungkin DAP dan PAS ini ingat kita rakyat ini bodoh seperti mereka. Tidak ! Kami tidak bodoh dan tidak pandai cakap berbelit-belit seperti anda!

9. Kepada semua. fikir-fikirkanlah.......

PETA PELAYAR