FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / DEMO ISTANA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / DEMO ISTANA. Show all posts

Friday, 3 December 2010

PUAKA DEMO : TAK KE BODOH SOMBONG PUAKA INI ?





Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta dua perhimpunan yang akan dilakukan di ibu negara Ahad ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tindakan tetap akan diambil terhadap wakil rakyat mahupun pemimpin negeri yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah jenis puaka demontrasi. Tak ada kerja lain , kira nak berdemo aje. Menyusahkan kita semua sebagai pengguna jalanraya. Ini jenis orang yang cuma mementingkan diri sendiri.

2. Mereka hanya tahu untuk untungkan politik mereka aje. Cakap aje untuk kepentingan rakyat. Amalannya hampas.

3. Kalau ye pun nak hantar memorendum takkan bodoh sangat mereka ini. Ini zaman sains dan teknologi dan multimedia. Apa perlu nak berdemo dan berkumpul depan istana negara ini. Hanya untuk serah memorendum bukan perkara susah kecualilah untuk kepentingan politik.

4. Kalau takat nak serahkan memo apa perlu berdemo? Tak boleh ke gunakan saluran lain?. Pos aje memo tu. Pos pun berbagai kaedah. Guna pos laju ke, pos register ke atau Ekspress register. Atau pun guna " curier service ". Ada ;lagi jalan lain seperti email, mms, sms, blog, twitter, my space, facebook dan berbagai saluran lagilah.

5. Sebagai MB , apa salahnya serahkan memorendum kepada DYMM Sultan atau kepada DYMM Agung semasa Persidangan Majlis Raja-Raja. 3 bulan sekali Majlis Raja-Raja bersidang. Susah ?

6. Kecualilah mereka ini munafik dan hanya nak memperolehi dan bertujuan politik dan mengencingkan rakyat terbanyak. Penyokong mereka yang buta kayu tu, bolehlah mereka kencing tetapi bukan kami !!!! Tak gitu ?

PETA PELAYAR