FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / JENAYAH REMAJA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / JENAYAH REMAJA. Show all posts

Wednesday, 5 May 2010

PENYAMUN REMAJA DITEMBAK : CEPAT-CEPAT, SEMUA PEJUANG, BERIKAN BANTUAN !





KUALA LUMPUR: Seorang remaja 17 tahun cedera ditembak di kaki apabila beliau dan enam rakan lain bersenjatakan parang, pisau, kapak, pedang dan gergaji cuba merompak sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian biasa yang berada di situ bertindak mengalih perhatian dengan menjerit memanggil polis apabila kumpulan lelaki terbabit mengacu senjata masing-masing ke arah mereka dan orang awam lain.

Katanya, berikutan itu suspek berkenaan bertindak menyerang anggota polis terbabit dengan melibas gergaji dan meletakkan kapak di pinggangnya.

Penghuni Gua : Ini pun PG berpendapat adalah anak orang baik-baik, Cuba tanya ibu, kakak dan adik beradiknya. Memang disahkan dia orang baik-baik. Remaja ini pun baru berumur 15 tahun. 15 tahun katakan., Mana tahu buat jahat dan boleh ancam nyawa manusia. Keluarganya yang memeliharanya dan tahu semua latar belakang remaja ini. Jadi mesti remaja ini baik.

2. Ini pun mungkin satu lagi kes polis bertindak kejam. Trigger happy kot. Begitulah yang PG selalu dengar.

3. PG cadangkan satu ucapan takziah dari kabinet wajib dikeluarkan kepada keluarga remaja ini. Selain itu di cadang Shahrizat, si Tantawi, atau PAS pun, PKR, DAP, Gobind Singh Deo, GPMS , Karpal Singh dan UMNO Selangor bolehlah memberikan bantuan berupa khidmat peguam kepada remaja ini. Juga di cadangkan kepada mereka di atas, agar mendesak kerajaan menubuhkan satu penal atau suruhanjaya Di Raja atau juga mendesak Tan Sri Musa atau Menterinya mengkaji SOP cara polis bekerja dan menembak.

4. Dicadangkan juga kepada semua mereka di atas, agar mendesak kerajaan atau peguam negara agar menuduh dengan serta merta 2 anggota polis yang menembak penjenayah remaja ini kerana menembak remaja ini. Boleh juga dicadang agar dituduh atas tuduhan cuba bunuh ( sek 304 dan mendatangkan cedera parah dengan senjata atau cari le apa sahaja undang-undang yang sesuai untuk bungkuskan 2 polis tu ).

5. Dicadangkan juga, agar Lateefa Koya Kutte mengiringi keluarga anggota ini serta mengiringi remaja ini bagi membuat repot polis.

6. Menurut Berita Perdana TV3 malam ini, 2 remaja yang ditembak ini sekarang sedang dirawat di HKL. Jadi baguslah kalau pihak-pihak di atas seperti Sharizat, Lateefa Koya kutte, GPMS, Tantawi, Gobind, Karpal , menemani remaja ini dan melindungi remaja ini semasa dia di rawat di HKL. Mana tahu ada polis lain pulak yang akan mengancam nyawa remaja ini.

7. Kepada semua nama yang disebutkan di atas, PG harap , semua bil rawatan hospital dan bayaran guamannya ditanggung oleh anda semua. Anda semuakan adalah manusia prihatin dan penyayang serta pejuang hak asasi manusia unggul di Malaysia ini!!!

8. Jadi lakukan lah segera segala cadangan yang PG cadangkan tersebut. Bukan apa, PG berikan cadangan tersebut kerana banyak kali dan begitulah sentiasanya, anda akan melakukan perkara yang sama lah kalau polis menembak remaja. Jadi yang ini bagaimana?

9. Takat ini dan hampir 16 jam berlalu, tak ada pun PG dengar kokokan mereka di atas. Mengapa ya?...

PETA PELAYAR