FOLLOWERS

Wednesday, 5 May 2010

PENYAMUN REMAJA DITEMBAK : CEPAT-CEPAT, SEMUA PEJUANG, BERIKAN BANTUAN !





KUALA LUMPUR: Seorang remaja 17 tahun cedera ditembak di kaki apabila beliau dan enam rakan lain bersenjatakan parang, pisau, kapak, pedang dan gergaji cuba merompak sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian biasa yang berada di situ bertindak mengalih perhatian dengan menjerit memanggil polis apabila kumpulan lelaki terbabit mengacu senjata masing-masing ke arah mereka dan orang awam lain.

Katanya, berikutan itu suspek berkenaan bertindak menyerang anggota polis terbabit dengan melibas gergaji dan meletakkan kapak di pinggangnya.

Penghuni Gua : Ini pun PG berpendapat adalah anak orang baik-baik, Cuba tanya ibu, kakak dan adik beradiknya. Memang disahkan dia orang baik-baik. Remaja ini pun baru berumur 15 tahun. 15 tahun katakan., Mana tahu buat jahat dan boleh ancam nyawa manusia. Keluarganya yang memeliharanya dan tahu semua latar belakang remaja ini. Jadi mesti remaja ini baik.

2. Ini pun mungkin satu lagi kes polis bertindak kejam. Trigger happy kot. Begitulah yang PG selalu dengar.

3. PG cadangkan satu ucapan takziah dari kabinet wajib dikeluarkan kepada keluarga remaja ini. Selain itu di cadang Shahrizat, si Tantawi, atau PAS pun, PKR, DAP, Gobind Singh Deo, GPMS , Karpal Singh dan UMNO Selangor bolehlah memberikan bantuan berupa khidmat peguam kepada remaja ini. Juga di cadangkan kepada mereka di atas, agar mendesak kerajaan menubuhkan satu penal atau suruhanjaya Di Raja atau juga mendesak Tan Sri Musa atau Menterinya mengkaji SOP cara polis bekerja dan menembak.

4. Dicadangkan juga kepada semua mereka di atas, agar mendesak kerajaan atau peguam negara agar menuduh dengan serta merta 2 anggota polis yang menembak penjenayah remaja ini kerana menembak remaja ini. Boleh juga dicadang agar dituduh atas tuduhan cuba bunuh ( sek 304 dan mendatangkan cedera parah dengan senjata atau cari le apa sahaja undang-undang yang sesuai untuk bungkuskan 2 polis tu ).

5. Dicadangkan juga, agar Lateefa Koya Kutte mengiringi keluarga anggota ini serta mengiringi remaja ini bagi membuat repot polis.

6. Menurut Berita Perdana TV3 malam ini, 2 remaja yang ditembak ini sekarang sedang dirawat di HKL. Jadi baguslah kalau pihak-pihak di atas seperti Sharizat, Lateefa Koya kutte, GPMS, Tantawi, Gobind, Karpal , menemani remaja ini dan melindungi remaja ini semasa dia di rawat di HKL. Mana tahu ada polis lain pulak yang akan mengancam nyawa remaja ini.

7. Kepada semua nama yang disebutkan di atas, PG harap , semua bil rawatan hospital dan bayaran guamannya ditanggung oleh anda semua. Anda semuakan adalah manusia prihatin dan penyayang serta pejuang hak asasi manusia unggul di Malaysia ini!!!

8. Jadi lakukan lah segera segala cadangan yang PG cadangkan tersebut. Bukan apa, PG berikan cadangan tersebut kerana banyak kali dan begitulah sentiasanya, anda akan melakukan perkara yang sama lah kalau polis menembak remaja. Jadi yang ini bagaimana?

9. Takat ini dan hampir 16 jam berlalu, tak ada pun PG dengar kokokan mereka di atas. Mengapa ya?...

30 comments:

  1. ni kena tel. PKR ni, untung-untung !

    ReplyDelete
  2. OH YA TERLUPA, DI CADANGKAN JUGA SEMUA NAMA DAN PIHAK YANG DISEBUTKAN DIATAS AGAR MENDESAK IGP TANSRI MUSA LETAK JAWATAN. JUGA BOLEH BUAT FORUM AWAM UNTUK MEREANGKA ROSOLUSI BAGI MENDESAK PERKARA DI ATAS DI LAKUKAN SEGERA OLEH KERAJAAN.

    SEMUA YANG DISEBUTKAN DI ATAS, CEPAT-CEPAT LE LAWAT TEMPAT KEJADIAN. NANTIKAN POLIS SEMBUNYI MAKLUMAT PULA......

    SIASATAN MESTI TELUS DAN CEPAT..................

    ReplyDelete
  3. mereka dah buat perjanjian klu pusat kebawah pas aje yg pergi klu beah atas baru ayah anak pergi

    ReplyDelete
  4. hehehe..salam 1Malaysia Tuan,

    ..tak terucap dengan kata-kata... betul sangat-sangat apa yang dikatakan oleh tuan ini...remaja dibawah umur sekarang ni semuanya anak orang yang baik2...

    remaja Hantu..anak orang baik-baiklah tu..keluar pagi-pagi buta macam tu..

    ReplyDelete
  5. dulu remaja keluar pagi2 menoreh getah tolong mak bapak sekarang keluar pagi2 cakap keluar minum dan menyamun.... Allah lebih mengetahui.. Selamat Menjalankan Tugas buat abe2 polis.. sambung kontrak IGP wahai menteri amaran... anu war takut dgn IGP

    ReplyDelete
  6. Sdr PG

    Tengoklah situasi. Orang pun ada akal jugak yang mana betul yang mana tidak betul. Ko nak borong semua mentang-mentang ko bekas polis!

    ReplyDelete
  7. PR sudah tidak cukup peruntukan. Cukup lah Amirul sorang. Lagipun Amirul handsem.

    ReplyDelete
  8. MUNGKIN REMAJA YANG DITEMBAK DI ATAS KURANG MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA SEMUA NAMA DI ATAS.

    TAPI JIRAN-JRAN SEMUA CAKAP REMAJA INI BAIK. 15 TAHUN KATAKAN. MANA BOLEH BUAT PERKARA MACAM NI.
    ANCAM NYAWA POLIS MANA BOLEH DILAKUKAN OLEH BUDAK 15 TAHUN/

    ReplyDelete
  9. Budak 15 tahun tanpa lesen boleh dianggap mengancam keselamatan masyarakat, kerna tiada latihan sempurna memandu. Sebab tu dia dikejar mat rempit kerana hampir mengancam keselamatan mat rempit.

    ReplyDelete
  10. Pelik sungguh remaja sekarang, apa sangat yang ada dalam pusat Ciber tu, banyak sangat ke duit kat sana. Duit kecil saja yang ada, awal pagi lagi, mak bapak entah ada kat mana tak tahulah. Saya nak tahu budak remaja ni melayu ke?

    ReplyDelete
  11. mana satu betul ni lari pada mat rempit atau di kejar polis ni...kluk-klek2 steatment yg d buat org rakan budak baik tu..

    ReplyDelete
  12. dah jadi tabiat baru masyarakat kita...ape anak nak, semua bagi...aktiviti anak tak reti nak pantau..

    semua dah jadi takdir simati...dah tertulis dalam bukunya...moga jadi pengajaran kepada kita terutamanya jenis spesis terlalu ikutkan cakap & keinginan anak...

    betul kata bini aku, kat sekolah sekarang ni, budak kalau buat salah tak boleh disentuh...mak bapak akan pertahankan bulat-bulat ape yang anak tu buat...kata anak ni tak buat macam tulah..kat rumah dia baiklah...itulah..inilah...terutamanya melayu kita...PENDEK KATA SEMUANYA BAIK...PIJAK SEMUT TAK MATI...

    yang paling bangang tahap CIPAN, marah cikgu depan anak lak tu, macam maner anak tu tak naik tocang...

    malang...malang...

    ReplyDelete
  13. remaja baik? kalau malam-malampun dah tak lekat di rumah, baikkah bunyinya tu. mungkin di rumah, depam mak bapa buat-buat perangai baik. tapi ada tak ibu bapa sentiasa ikut dan ambil tahu kemana anak mereka pergi. malam-malam buta lagi tu. ada tak siapa-siapa yang nampak bagaimana tindak-tanduk remaja ketika itu yang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan.

    baiklah. katakan kita tahu yang dia itu remaja dan atas sebab kita tahu dia itu remaja, adakah kita terpaksa membiarkan diri kita terancam dan menjadi korban lantaran yang melakukan ancaman adalah seorang remaja?

    kalau beginilah keadaan terpaksalah polis kena cari alat pengesan untuk mengesan dalam gelap samada yang delam kereta itu remaja atau dewasa dan yang paling elok lagi kalau ada alat pengesan bahawa yang dalam kereta itu adalah seorang remaja baik. lalu biarpun tindakan remaja tersebut kelak mengancam keselamatan pihak polis, pihak polis terbabit terpaksa membiarkan diri mereka terancam dan menjadi korban.

    ReplyDelete
  14. salam.. ini adalah kes sindir.. aku ucap tahniah bagi pihak polis yang berjaya menembak di kaki penjenayah yang terbukti penjenayah..
    saudara PG, jangan lah bersikap seperti budak2 yang menyindir. kemudian pengikut anda mengikut juga.. nampak sangat pemikiran macam mana..
    kes adik amirul adalah tidak sama sekali..
    cuba brefikiran terbuka ok??

    ReplyDelete
  15. kami mahu siasatan di raja.TS Musa Hasan letak jawatan.Karpal Singh cepat2 offer jadi peguambela free. Hahahaha.. gud job PG!!

    ReplyDelete
  16. betul2 penghuni gua la ko ni..!!

    remaja 15 tahun..
    keluar malam..memandu..kluar senyap2 plak tu...
    tunjukkan skit tang mane yg baik kat situ..!!
    satu pon jadi laaaaa.!!!
    tolong laaaa.!!

    terang dan nyata..xperlu nak di suluh agy dah..!!

    ReplyDelete
  17. la bodoh betul ko ye arif. yang budak merompak cafe siber ni menyerang Polis RAJA di Malaysia dengan parang dan gergaji, TAPI hanya ditembak di kaki atas alasan untuk melumpuhkannya.

    cuba ko bezakan dengan budak yang memandu tanpa menyerang polis tapi ditembak di kepala?

    korang kalau dah namanya UMNO+APCO, perangai mesti dah amcam israel. Bahlol, baghal.

    Fikir sebab korang ada otak.

    ReplyDelete
  18. la bodoh betul ko ye arif. yang budak merompak cafe siber ni menyerang Polis RAJA di Malaysia dengan parang dan gergaji, TAPI hanya ditembak di kaki atas alasan untuk melumpuhkannya.

    cuba ko bezakan dengan budak yang memandu tanpa menyerang polis tapi ditembak di kepala?

    korang kalau dah namanya UMNO+APCO, perangai mesti dah amcam israel. Bahlol, baghal.

    Fikir sebab korang ada otak.

    ReplyDelete
  19. la bodoh betul ko ye arif. yang budak merompak cafe siber ni menyerang Polis RAJA di Malaysia dengan parang dan gergaji, TAPI hanya ditembak di kaki atas alasan untuk melumpuhkannya.

    cuba ko bezakan dengan budak yang memandu tanpa menyerang polis tapi ditembak di kepala?

    korang kalau dah namanya UMNO+APCO, perangai mesti dah amcam israel. Bahlol, baghal.

    Fikir sebab korang ada otak.

    ReplyDelete
  20. yang bodohnyer kita..orang buat kerja korang main internet..makan gaji buta..haram tu.. termasuklah aku...bagi makan anak bini duit gaji haram.

    ReplyDelete
  21. Kesian Amirul dilayan macam binatang oleh polis dan dicaci-maki oleh pencacai2 UMNO+Zionis

    ReplyDelete
  22. Apa punya bodoh PG ni. Ingkar arahan berhenti polis hukumannya adalah bunuh sampai mati. Apa punya bodoh pencacai UMNO ni, berfikiran zionis sungguh.

    ReplyDelete
  23. ANOY YANG AKHIR INI TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN. KESIAN JUGA.

    ReplyDelete
  24. aku cadangkan demi maruah geng2 PR...
    kalo ade ape2 hal korang x usah repot polis la..
    kalo ko kena rompak ke..rogol ke..dan ape2lah yg sewaktu dengan nya..
    ko layan sendirilah ye..
    he..he..
    inilah antara jenis specis2 yg paling tolol pernah ditemui setakat ini

    ReplyDelete
  25. aku cadangkan polis kat negeri pulau pinang berundur..sebab LGE tak iktiraf depa..biaq depa rasa camna kawal negeri depa sendiri tanpa polis..dan satu lagi aku cadangkan akta digubal supaya budak2 umur 18 tahun tak boleh keluar rumah selepas jam 12 malam..kalau dengan penjaga boleh..LGE tu sebenarnya tak suka kat polis sebab polis dok bunuh geng komunis depa dulu..tu yang dia dendam sangat tu..

    ReplyDelete
  26. CNSP ni bebal jugak.. kena perli pun tak faham.

    ReplyDelete
  27. aku nak taya korang ada kat situ ke.jangan sebar fitnah.dosa leih besar dari membunuh.api neraka miliknya.ingat dan renunglah allah maha adil.tegak pada kebenaran.jangan tegak pada syaitan dan benang yang basah.aalah mh mengetahui

    ReplyDelete
  28. dah tentulah penyamun yg kena tembak kat cyber cafe tu budak melayu , klu cina dah tentulah anjing DAP menyalak . sebab tu senyap je .

    ReplyDelete
  29. kalu suruh berenti x berenti, dah tembak tayar pun memecut lagi, BUDAK BAIK SGT LA TU, dah dalam kereta tgh mengejar, johan olimpik menembak pingat emas pun leh sasar, patut dakwa je mak bapak & akak dia pasal leh lepas anak bwh umur bwk kete

    ReplyDelete
  30. ANAK-ANAK YANG BAIK SEBAB SUKA MERAYAU MALAM SAMPAI PAGI. YANG JAHAT EMAK BAPAK DIA, TAK MERAYAU MALAM SEBAB MASA TU AJA ADA PELUANG BUAT ANAK...AMAN!!!!!
    LAST SEKALI POLIS JUGA YANG SALAH SEBAB TEMBAK TAK GUNA PELURU YANG ADA MATA DAN TAK TANYA UMUR DULU DAH DEWASA KE BELUM? NASIB...LU LAH MAT

    ReplyDelete

PETA PELAYAR