FOLLOWERS

Thursday, 27 May 2010

RASUAH PILIHANRAYA : KHAS UNTUK ZAID IBRAHIM !





PILIHAN Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu sudah berakhir dan keputusannya telah pun diketahui umum. Namun bak kata pepatah rumah telah siap tetapi pahat masih berbunyi, memperlihatkan kehangatan pilihan raya kecil ini masih dirasai, khususnya berhubung beberapa isu panas iaitu janji-janji pilihan raya yang dianggap sebagai rasuah oleh sesetengah pihak.

Pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya tidak berdiam diri dan tidak berdolak dalih menggunakan jawapan "tidak mempunyai kuasa" atau "di luar bidang kuasa" untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Hakikatnya masyarakat perlu didedahkan dan diberikan jawapan tepat sama ada janji pilihan raya itu rasuah atau sebaliknya.

Zaman berdolak dalih, berdiam diri dan enggan mengesahkan sesuatu perkara itu sudah lama berlalu. Sekiranya agensi-agensi kerajaan masih mempunyai mentaliti sebegini, maka kredibiliti dan imej kerajaan akan dipertikai dan dieksploitasi oleh segelintir pihak yang tahu mengenai undang-undang tetapi memutarbelitkannya untuk kepentingan politik songsangnya.

Adakah manifesto atau janji pilihan raya yang dibuat oleh kerajaan dan pembangkang kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan Sibu boleh ditakrifkan sebagai rasuah dan menjadi kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Manifesto atau janji yang dilaung-laungkan sepanjang pilihan raya berlangsung dibuat untuk mempengaruhi, mendorong individu atau pengikut supaya memberikan kepercayaan dan sokongan kepada si pembuat janji atau parti yang bertanding.

Rasuah pula mempunyai takrifan yang amat luas. Namun dalam konteks perbincangan ini, ia boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan menjanjikan, menawarkan atau memberi suapan rasuah (berbentuk kewangan, perkhidmatan dan sebagainya) dengan niat jahat kepada seseorang individu atau ejen sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Intipati penting yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan sama ada manifesto atau janji itu termasuk dalam takrifan kesalahan rasuah ialah (1) status pemberi, (2) niat jahat, (3) status penerima dan (4) tindakan penerima.

Dalam konteks janji pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu, semua pihak termasuk calon dan parti yang diwakilinya semestinya menaburkan janji-janji masing-masing kepada pengundi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Janji-janji ini merupakan salah satu faktor penting yang menjadi kayu pengukur kepada pengundi untuk membuat keputusan. Apa yang menjadi pertikaiannya ialah sejauh mana atau sebanyak mana calon atau parti yang bertanding mampu memberikan sumbangan demi meyakinkan rakyat tempatan sebagai pengundi.

Ada yang menjanjikan peruntukan kewangan, peruntukan pembangunan, pembinaan jalan raya, pembaikan kemudahan asas atau sekurang-kurangnya janji turun harga minyak misalnya. Berbalik kepada takrifan kesalahan rasuah, status si pemberi atau orang yang menjanjikan janji-janji pilihan raya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan salah seorang pemimpin negara yang menjadi sasaran pihak-pihak tertentu kerana dikatakan menaburkan rasuah dalam kedua-dua pilihan raya. Adakah apa yang dijanjikan PM itu rasuah?
Sebagai ketua negara yang prihatin dengan masyarakat Hulu Selangor dan Sibu, tiada salahnya dari segi undang-undang Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada rakyat di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Beliau membuat janji atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan peruntukan yang diberikan adalah peruntukan kerajaan. Pemberian sumbangan dan peruntukan ini pula bukan diberikan kepada setiap pengundi atau individu. Ia untuk keseluruhan rakyat dan masyarakat di kedua-dua kawasan.

Oleh itu, kepentingan peruntukan adalah untuk semua dan bukan untuk kepentingan individu semata-mata. Walaupun menerima pelbagai bentuk peruntukan untuk pembangunan, rakyat tidak pula dipaksa untuk mengundi. Keputusan pengundian masih terletak di tangan rakyat dan hasilnya jelas Barisan Nasional (BN) menang di Hulu Selangor dan DAP menang di Sibu. Tiada unsur paksaan, penindasan dan niat jahat dalam konteks ini.

Keputusan kes Teoh Teik Huat lawan Lim Kean Siew & Anor tahun 1981 berhubung kenyataan Tengku Razaleigh selaku Menteri Kewangan untuk memberikan peruntukan kewangan yang besar sekiranya BN menang Pengkalan Kota, jelas menunjukkan bahawa janji-janji pilihan raya tidak menjadi suatu kesalahan rasuah. Antara intipati penghakiman dalam kes ini adalah seperti berikut:

"The corrupt intention and corrupt inducement to the electors or voters to vote or refrain from voting must exist. The corrupt practice of bribery which is criminal offence by statue must be strictly proved beyond all reasonable doubt by clear and unequivocal evidence, and the inducement to vote or refrain from voting must be exercised upon one or more electors or voters who must be identified as the objects to whom it was made or addressed. There is no such specific or identifiable particularity in this case but only an allegation of an address to a faceless and amorphous crowd of somewhat unanalyzed fluidity of over 1,500 people said to have been largely compromised of electors or voters and people of the constituency."
"Tengku Razaleigh was not himself the Barisan Nasional candidate in the election and there is no reason why he should pledge his personal fortune."

"Moreover a promise of public action made by Tengku Razaleigh is in his capacity as a Minister in Charge of the country fiscal portfolio."

Berdasarkan kepada penghakiman di atas, jelas menunjukkan bahawa janji-janji politik yang dibuat oleh Perdana Menteri tidak dapat diklasifikasikan sebagai rasuah atas fakta-fakta berikut:

• Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri dibuat atas kapasitinya sebagai Ketua Negara dan Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan negara;
• Majlis tersebut tidak hanya mengumpulkan pengundi Hulu Selangor atau Sibu semata-mata, sebaliknya dihadiri ribuan penyokong termasuk penduduk tempatan, orang luar dan rakyat dari daerah- daerah yang lain;
• Perdana Menteri bukan juga merupakan calon yang bertanding;
• Kepentingan peruntukan yang diberikan adalah untuk rakyat keseluruhannya dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu terutamanya pengundi;
• Tiada unsur paksaan dalam menentukan proses pengundian.
• Peruntukan yang dijanjikan bukan wang peribadinya tetapi adalah peruntukan Kerajaan Pusat.

Peguam Rakyat
Kuala Lumpur

Penghuni Gua : Khas untuk Zaid Ibrahim. tindakan Zaid membawa kes PRK Hulu Selangor ke mahkamah kononnya berlaku rasuah piliharaya oleh pemimpin kerajaan adalah satu tindakan lucu. Lucu kerana sebagai peguam, beliau masih belum mengetahui sudah banyak kes sebegini ke mahkamah dan keputusannya adalah serupa. PG sudah beberapa kali memaparkan isu ini.

2. Biarlah si Zaid nak buat apa pun. Biarlah...............................Negara ini pun negara bebas, bebas seperti kehendaknya juga!!!!

19 comments:

  1. kah kah kah!
    ngantuk! sedut! segar!
    rasuah! rasuah! rasuah!
    kalau ada bandingan,
    seperti, contoh, perumpamaan,
    ibarat, misalan, kiasan,
    bagaikan kuku dgn kulit,
    umpama tahi dgn ketuk,
    misal tali dgn beruk,
    ibarat budu dgn ulat,
    seperti cacing dgn perut,
    UMNO rasuah, rasuah UMNO,
    jagn dinafi,
    jgn dikatakan fitnah,
    semua dah tahu,
    tanya siapa yg gila yg bisu,
    semua anggok tanda setuju,

    Kah kah kah !
    AG, SPRM tambah pula SPR,
    apa itu rasuah?,
    perkerja kelas bawahan,
    polis, jpj dan posmen,
    pihak pembangkang,
    sehingga bayaran tunai umrah,
    bukan rasuah?,
    pegawai atasan dan usahawan,
    ahli politik pihak kerajaan,
    apa dikata orang jgn hairan.

    Kah kah kah!
    indek rasuah sentiasa naik,
    SPRM ada hujah,
    mainan jahat para pembangkang,
    penggendali iri hati,
    rakyat tak faham,
    tunjuk bukti jika kebenaran,

    kah kah kah!
    sungguh indah tersenyum hati,
    tiada kami orang rasuah,
    suci murni berseh bercahaya,
    cerita berita dakwaan,
    fitnah sangka buruk busuk hati,
    kalau tak percaya tanya menteri,
    tanya daim zainuddin berseh kami,
    tanya rafidah aziz murni kami,
    tanya najib razak suci kami,
    tanya noh omar bercahjayanya kami,
    jgn ditanya khir toyo,
    jgn ditanya Tg. adnan,
    jgn ditanya Anuar musa,
    jagn ditanya khairi jamaludin,

    kaha kah kah!
    tipu melayu matlamat kami,

    SESIAPA YAKIN MENTERI umno, KETUA BAHAGIAN umno, AJK umno, SUCI RASUAH, TOLONG KOMEN DI BLOG INI.

    ReplyDelete
  2. TANYA JUGA NIK AZIZ YANG BERI BIASISWA KEPADA PELAJAR CENERLANG DI PRK MANEK URAI. KAH, KAH KAHKAH KAH KAH
    SUDAHLAH

    ReplyDelete
  3. Soalnya mengapa peruntukan, tawaran, janji, sogokan, imbuhan, bayaran, ugutan, pembangunan, projek setempat dan etc..dibuat ketika tempat itu nak pilihanraya...bukankah itu satu RASUAH. kenapa tempat itu menunggu nak adakan pilihanraya barulah nak buat semua itu? kalau tiada PRK maka apa yg menjadi mslh dan pembangunan di tempat itu tiada lah...bukankah umpanan itu dikatakan rasuah..spt yg najib kata "you give me, I give you"..bukankah itu RASUAH!!

    BN LAH YG PALING KUAT MENGAMALKAN RASUAH, DUIT DICURAH BERJUTA2..KADANG2 NILAI CURAHAN WANG RINGGIT LBH BANYAK DARIPADA PEMBANGUNAN SEBENAR TEMPAT ITU...KENAPA RAKYAT MASIH BUTA?

    ReplyDelete
  4. Dari sejak 1955 hingga sekarang,semua parti yg nertanding dalam pilihanraya manabur janji. Budaya berpolitik. Najib datang dan berucap selaku Pengerusi BN dan menjanjikan bantuan. Selepas menang/kalah dia tunaikan janjinya selaku PM. Kalau nampak orang Umno kaya dan ada syak kekayaannya hasil rasuah mengapa tak buat laporan. Kalau kerajaan BN tolong orang Umno dgn projek kira rasuah ke?

    Berapa banyak rakyat yg kaya hasil dari kemajuan negara itu rasuah jugak ke? Dalam parti pembangkang pun ramai yg kaya kerana ekonomi negara baik. Itu juga bukti BN tidak menindas mereka. Kenapa yg mcm itu tak kata rasuah.

    PENYAMUN PASIR SELANGOR.

    ReplyDelete
  5. Anon 18:59

    Ko ni nampak penyamun pasir kat selangor yang jumlahnya ciput jer, berbanding orang2 besar malaya songlap duit Sime Darby hampir RM 2 Billion!!! tu ko buta ke?...pasir yg halus ko terbeliak pulak biji mata, sedang jerung2 besar dah songlap duit rakyat dlm Sime Darby RM 2 bilion tu, ko membutakan mata...itulah hipokritnya umno/bn...memang hipokrit!

    amat2 heran...duoble standard umno/bn...

    ReplyDelete
  6. hello anon "21:53"

    kau ni bodoh x dek otak ke??sewel? sebelum ni sime darby gilang gemilang kerja sapa? juburi ko ke yg bg sumbangan? haha..x pon tok guru ko tu yg suka ranapkan balak kat kelantan..oo..kalid gagap yg pandai berazam bawak hasil berbilion?tetiba pencapain jauh dr sasaran..ha..ke azizan razak peranap ekonomi?..tau nye nak jual balak je sbb x dek duit..ye..diorg sgt bijak bistari kan??

    baru pegang selangor dah mcm2 hal..klau pegang sime darby komfem terus gulung tikar..baru dapat kuasa sikit dah mula tunjuk belang.sapa yg hippkrit?

    ReplyDelete
  7. Apakah itu rasuah berbanding mungkir janji?

    Rasuah pula mempunyai takrifan yang amat luas. Namun dalam konteks perbincangan ini, ia boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan menjanjikan, menawarkan atau memberi suapan rasuah (berbentuk kewangan, perkhidmatan dan sebagainya) dengan niat jahat kepada seseorang individu atau ejen sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

    Takrifan diatas tidak tepat asasnya. bagi sesuatu perbuatan ditakrifkan rasuah,hendaklah yang menerima itu berbentuk apa-apa suapan kepaada PENJAWAT AWAM. Maka apa-apa pemebrian diantara dua individu berpenjawat swasta, itu namanya tolong kawan bukan rasuah.

    Contoh pemberian antara dua orang persendirian
    - A lelaki bagi duit kepada B seorang perempuan bagi khidmat tunjukkan jalan - itu upah.
    - A menyuruh teksi itu bawa laju dan bayar lebih - itu bukan rasuah.

    Pemberian kepada Penjawat Awam
    - sebelum A berkerja sebagai Penjawat Awam, satu habukpun dia tidak dapat apa-apa pemberian. Bila menjadi Penjawat Awam, dia menerima macam-macam habuan - andaian undang0-undang ialah itu suapan/rasuah.
    A Penjawat Awam, ekoran suapan, memberikan kontrak kerajaan kepada B - itu rasuah. kalau kontrak dia sendir, dia bagi neneknya buat - itu bukan rasuah. itu mengenang budi neneknya.

    ReplyDelete
  8. Apa itu mungkir janji

    Cakap tidak serupa bikin - mungkir janji dan rasuah tidak sama. Kata bila menang nak laksanakan hukum Islam, tapi masih diberikan lesen judi - itu mungkir janji. lain kali pangkah elok-elok.
    Kedua,mana-mana wakil rakyat yang lompat parti atau keluar partu - itu muingkir janji - lain kali pangkah elok=-elok. Dalam hal ini, apa relevannya minta Sultan bubar DUN? Salah pangkah undi itukan kebodohan sendiri!

    ReplyDelete
  9. Presiden Obama janji tarik balik askar Amerika dari Iraq dan Afghanistan tapi bila menang,dia tak buat - itu mungkir janji bukannya rasuah?

    Kata Obama lagi nak tutup kem tahanan Guantanamo , tak buat juga, itu mungkir janji - lain kali pangkah elok-elok.

    ReplyDelete
  10. Bikin tak serupa cakap atau cakap tak serupa bikin?

    masih lagi ada tempat judi, tempat minum arak dan dangdut(pub, disco dsbagainya). Pada saya, bikin tak serupa cakap.

    ReplyDelete
  11. BN menabur janji semasa pilihanraya dikatakan rasuah kira ok..lah aku setuju pendapat tu tapi nak tanya sikit. Bila janji tu ditunaikan seperti pembangunan, jalanraya, sekolah dan sebagainya, apakah orang yang menuduh BN rasuah tidak menikmati sedikit sebanyak pembangunan yang disediakan?
    Apakah anda tidak rasa sedikit pun berdosa kerana bersubahat dengan perasuah?
    Apakah anda tidak rasa haram menerima pembangunan dari unsur rasuah?
    Aku rasa makhluk-makhluk yang cepat menuduh rasuah kepada orang lain mendapat pendidikan awal dan akhir di bangunan sekolah yang disediakan oleh kerajaan yang dianggap rasuah. Anak cucu mereka pun mendapat pendidikan dari kerajaan rasuah. So apa hukumnya hasil dari sumber rasuah?
    Perkara-perkara yang halal kita anggap rasuah dan haram, secara tidak langsung hukumnya haram.
    Jadi fikir-fikirkan.... Jika perlu bertaubat, bertaubatlah kerana turun temurun anda membesar dan hidup dengan hasil yang haram (Hukum yang anda sendiri buat).

    ReplyDelete
  12. Penghuni Gua tu naik kuda kerajaan tu.....

    ReplyDelete
  13. Zaid Ibrahim masih rasa pening-pening dik sisa-sisa teguk kencing syaitan tu. Sebab tindakan dia nak tuntutan keadilan di mahkamah. Biarkan..lah dia, sebab itu hak dia sebagai Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Ada sekolah kerajaan yang free dan ada juga sekolah yang disubsidikan kerajaan. Dimana rasuahnya? Sama juga kalau naik kuda kerajaan, taman awam,tandas awam, yang kerajaan sediakan free - tak guna apahalnya? Kerajaan juga ada menyediakan tempat penginapan percutian pada kadar subsidi - henjut ajelah - itu insentif kepada kakitangan kerajaan. Tiada beza dengan naik kuda kerajaan.

    jangan pula tak faham apa mungkir janji dengan rasuah.

    ReplyDelete
  15. kalau tak mampu tunai janji, janganlah tabur janji - apapun, itu bukan rasuah, taktik kot? Baik Pakatan Rakyat dan BN - 2 x 5. Rakyat takde pilihan nampaknya,mana-manapun pilih masuk angin keluar asap.

    ReplyDelete
  16. Betul Anon 28 May 2010 14:17. Aku pun tak minat nak pangkah mana-mana BN atau PR. Biar rugi sebagai Rakyat Malaysia daripada beri kuasa kepada mereka-mereka yang jahanam dan akhirnya jahanam juga.

    ReplyDelete
  17. Zaman sekarang mana ada free Bro! Tandas Awam pun masuk nak kencing 50 sen. Sekolah Kerajaan mana ada Free Bro! Yuran kena bayar. Anak OKU yuran pun kena bayar tak ada pengecualian. Jadi semua kena bayar. Benda-benda yang free ni hanya untuk mereka-mereka yang salahguna kuasa aja!!

    ReplyDelete
  18. cukai jalan free untuk motosikal bawah 150 cc. Lesen TV dah free kan? Tak kena cukai bagi pendapatan bawah RM 1,000. Memang yang free terlalu sedikit, trend sekarang lebih bentuk subsidi. naik kuda ni mungkin ada subsidi kot.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR