FOLLOWERS

Wednesday, 5 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERTIKAIAN UBAH SUAI RUMAH !



[1996] 5 MLJ 293
K Mahunaran v Osmond Chiang Siang Kuan
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUANTAN) — CIVIL SUIT NO 22–29 OF 1992

Judges ARIFIN ZAKARIA J

Date 3 MAY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 293


Catchwords:

Tort — Trespass to land — Alteration to party wall — Rights of adjoining house owners over common party wall — Remedies available

Civil Procedure — Injunction — Mandatory injunction — Principles applicable in granting injunction

Words and Phrases — ‘Party wall’ — Uniform Building By-laws 1984 by-law 2

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif dan defendan adalah pemilik premis-premis No 13 dan 11 Lorong Alor Akar 20, Taman Sg Karas, Kuantan, masing-masing. Kedua-dua premis berkenaan terdiri daripada rumah teres dua tingkat yang dipisahkan oleh sebuah tembok dua pihak bersama. Di antara bulan Januari dan Jun 1989, defendan telah mengkonkritkan tembok dua pihak bersama tersebut di bahagian hadapan premis-premis tersebut tanpa persetujuan plaintif (‘pengubahsuaian pertama’). Pada 28 dan 29 Januari 1992, defendan telah mendirikan satu strukrtur konkrit ke atas tembok dua pihak bersama tersebut (‘pengubahsuaian kedua’).

Pengubahsuaian kedua tersebut melibatkan pengkonkritan sebahagian tembok dua pihak bersama di bawah anjung kereta rumah defendan sehingga ianya sampai ke silingnya. Pengubahsuaian kedua tersebut telah dibuat tanpa persetujuan plaintiff ataupun kebenaran pihak berkuasa tempatan. Plaintif telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (‘pihak berkuasa tempatan’) terhadap pengubahsuaian kedua tersebut dan pada 30 Januari 1992 peguamcara beliau telah menulis kepada defendan menyatakan butir-butir aduan tersebut.

Pada 1 Februari 1992, defendan, mungkin setelah menerima surat tersebut, telah menelefon plaintif dan meminta maaf dan bersetuju untuk merobohkan tembok tersebut selepas Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, mereka telah tidak bersetuju mengenai tarikh yang tepat untuk merobohkan tembok tersebut. Oleh kerana tidak tidak ada perseujutuan, maka defendan telah mengambil khidmat seorang ada persetujuan, maka defendan telah mengambil khidmat seorang peguamcara dan memohon kepada pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan pembinaan tersebut.

Pada 30 Januari 1994 defendan telah memperolehi kebenaran pihak berkuasa tempatan tertakluk kepada syarat bahawa blok-blok berongga dimasukkan dalam sebahagian tembok tersebut, seperti yang ditunjukkan dalan pelan tempat yang diluluskan. Defendan kemudiannya telah mematuhi syarat itu. Plaintif telah memohon untuk satu perintah agar defend an meroboh dan memindahkan tembok konkrit tersebut ke tempat asalnya ataupun hampir dengannya. Plaintif juga telah mendakwa bahawa pembinaan tersebut telah menghalang dan menjejaskan cahaya, pengalihan udara dan pemandangannya.

Diputuskan:
Diputuskan, meluluskan permohonan plaintif:

(1) Defendan telah melakukan satu pencerobohan dengan merobohkan tembok dua pihak yang asal dan membina satu tembok dua pihak yang baru sehingga ke siling anjung kereta (lihat ms 298F).

(2) Tembok dua pihak bersama membentuk sebahagian daripada tanah yang mana ia terletak. Tembok dua pihak itu telah dibina di atas sempadan bersama yang mana hakmiliknya dibahagikan di antara plaintif dan defendan, dengan setiap seorang memiliki bahagian tembok tersebut yang terletak pada belah tanahnya. Perbuatan defendan, tanpa kebenaran plaintif, adalah satu pencerobohan (lihat ms 298D–E).

(3) Kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan tidak dapat menyokong satu pencerobohan. Ia tidak boleh digunakan sebagai satu perisai oleh pihak yang bersalah terhadap sebarang tuntutan yang mungkin dibuat oleh pihak yang terkilan (lihat ms 298G–H).

(4) Mengikut fakta kes ini, nampaknya defendan melalui kelakuannya telah menegaskan bahawa adalah menjadi haknya untuk membina tembok itu dan selepas terlebih awal bersetuju mengembalikan tembok itu kepada keadaan asalnya, telah memohon kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk pembinaan itu. Ini jelasnya adalah satu percubaan oleh defendan untuk menutup kelakuan salahnya dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Pembinaan tembok itu, selain daripada menjadi pencerabohan ke atas hartanah plaintif, juga merupakan satu punca kacau-ganggu kepada plaintif. Satu injunksi mandatori patut dikeluarkan terhadap defendan untuk mengalihkan tembok itu dan mengembalikannya kepada keadaan asalnya atau sehampir yang mungkin. Ganti rugi nominal sebanyak RM500 juga patut diawardkan kepada plaintif (lihat ms 300C–E).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. Juga sebagai orang islam, hormati jiran dan hak jiran anda. Jangan jadi macam seorang menteri wanita dulu ( beragama lagi ) , tetapi bergaduh dengan jiran bertahun-tahun hingga ke mahkamah hanya kerana masalah pengubahsuaian rumah dan rumput.

2. Jiran itu adalah sahabat dan rakan kita.

1 comment:

PETA PELAYAR