FOLLOWERS

Thursday, 6 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MELIBATKAN RUMAH SETINGGAN !


[1995] 1 MLJ 390
Immetec Sdn Bhd v Yong Tai Hoong & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO S2–22–252–94

Judges LOW HOP BING JC

Date 6 SEPTEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 390


Catchwords:

Civil Procedure — Injunction — Interlocutory injunction to restrain former licensee from trespassing — Claim for vacant possesion of land — Balance of convenience — Whether application must be made under O 89 — Rules of the High Court 1980 O 89

Land Law — Licence — Gratuitous licence — Squatters on land — Whether licence terminated by notice to quit

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif ialah pemunya berdaftar sebidang tanah (‘tanah itu’) di atas mana beliau sedang membina satu blok rumah pangsa (‘projek itu’). Defendan merupakan setinggan yang mendiami sebuah rumah kayu (‘rumah itu’) yang terletak di atas sebahagian daripada tanah plaintif. Pada 9 Jun 1991, plaintif telah mengikat suatu perjanjian dengan defendan pertama di mana defendan pertama diperuntukkan satu unit rumah pangsa itu pada harga RM25,000 (‘perjanjian peruntukan itu’) dan telah dipersetujui, antara lain, bahawa defendan akan meninggalkan rumah itu apabila diberi notis keluar oleh plaintif.

Dalam bulan Mac 1994, defendan telah bermula menyimpan barangan dan perkakas di sekitar rumah itu tanpa persetujuan plaintif. Kawasan itu sepatutnya digunakan untuk membina loji pemprosesan pembetungan bagi kegunaan rumah pangsa itu (‘loji itu’). Plaintif telah menyampaikan notis keluar ke atas defendan tetapi mereka enggan memberikan milikan kosong tanah itu. Engganan mereka untuk berbuat demikian dan untuk memindahkan barangan dan perkakas yang disimpan di situ telah mengakibatkan ketidakbolehan plaintif untuk membina loji itu dan menyiapkan projek itu secara keseluruhan. Plaintif telah memohon untuk, antara lain, suatu perintah bahawa defendan dan keluarga mereka mengosongkan rumah dan tanah itu dengan segera dan untuk suatu injunksi untuk menyekat mereka daripada mencerobohi tanah itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:

(1) Plaintif telah membuktikan hak ketuanpunyaannya terhadap tanah itu sebagai pemunya berdaftar manakala defendan tidak menunjukkan sebarang hak di sisi undang-undang mahupun ekuiti untuk terus menduduki tanah itu kecuali sebagai setinggan atau penceroboh semata-mata. Lebih-lebih lagi, hak mereka untuk tinggal di atas tanah itu sebagai pemegang lesen percuma telah tamat apabila mereka menerima notis keluar itu kerana sesuatu lesen percuma itu boleh dibatalkan mengikut kehendak pemberi lesen itu. Oleh yang demikian, plaintif berhak mendapatkan injunksi itu secara ex debito justitiae.

(2) Imbangan kemudahan memihak kepada plaintif kerana kemudaratan dan kerugian kepada plaintif jika defendan tidak mengosongkan rumah itu adalah sangat besar, dan defendan boleh dipampasi dengan ganti rugi.

(3) Plaintif tidak perlu membuat permohonannya di bawah A 81 ataupun A 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 kerana peruntukan tersebut tidak mandatori.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a comment

PETA PELAYAR