KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kawasan yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M di pesisir Laut China Selatan tersebut telah berpindah tangan sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Senagnya cara Tun Abdullah Hj Ahmad badawi mentadbir negara.
2. Hanya kerana Brunei menuntut Limbang , Pak dengan senag hati menyerahkan blok pengeluaran minyak negara di sempadan tuntutan bertindih negara di amtara Limbang dengan Brunei kepada kerajaan Brunei. Senang nya cara Pak Lah berunding dan menjual negara Malaysia kepada negara asing.
3. Mengapa pernya Pak Lah melayan tuntutan Brunei terhadap Limbang? Isu ini bukan baru dan tidak menjadi kudis pun kepada negara. Apa perlunya kita serahkan Blok L dan M tersebut. Hanya bagi Brunei menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang? Peduli apa kita dengan tuntutan Brunei ke atas Limbang? Apa Brunei boleh buat.
4. Kalau ikut sifir Pak Lah maka habis negara kita akan dijual. Filifina juga menuntut Sabah sebagai wilayahnya. Maka patutkah kerajaan kita memberikan Pulau Terumbu Lyanag-Layang ( kaya juga dengan minyak ) kepada Filipina? ( Filipina juga menuntut Layang-Layang). Vietnam juga menuntut Terumbu Layang-Layang sebagai hak mereka. Maka patut ke kita memberikan sebahagian Layang-Layang kepada Vietnam?
5. Thailand juga menuntut Layang-Layang, maka patut ke kita serahkan medan minyak kita di Teluk Siam kepada Thailand sebagai ganti tuntutan Thailand tersebut?
6. Indonesia juga menuntut Ligitan dan Ambalat. Patut ke kita menyerahkan sebahagian pengeluaran minyak kita kepada negara ini?
7. Singapura juga menuntut Pedra Branca sebagai wilayah mereka. Adakah wajar dan patut kita serahkan air kepada Singapura. Tak ada dalam dunia perjanjian dibuat oleh negara luar selain dari Malaysia di bawah kepimpinan Pak Lah. Senang-senang sahaja digadaikan negara kita kepada Brunei.
8. Negara lain sanggup berperang dan mempertaruhkan nyawa mempertahankan hak dan tanah air serta harta serta warisan negara. Lihat aje bagaimana Vietnam mempertahankan kedudukan sebuah kuil di sempadannya dengan Thailand. Sehingga kini masih tegang.
9. Inilah cara Pak Lah mentadbir. Sebahagian negara begitu mudah digadai. Kalau kita tak beri dan layan tuntutan Brunei ke atas Limbang pun, apa yang Brunei boleh lakukan? Nak serang Malaysia? Apa ruginya Malaysia jika kita tidak melayan tuntutan ini.
10. Pak Lah melayan tuntutan Brunei inji hanya atas dasar serumpun. Ada maruah ke atau apa pentingnya serumpun berbanding dengan sebuah negara?
11. Itulah Pak Lah. Mungkin di tertidor semasa perundingan dibuat dan masa perjanjian tersebut ditandatangani. Mungkin juga Wisma Putra pun tiada telur dalam perundingan atau dah dapat makan lebih kot seperti kes penjualan air ke Singapura dari mula lagi. Termasuk penjualan pasir / silika.
12. Kepada DS Najib: Jagalah negara ini baik-baik. Jangan gadai maruah negara atas dasar apapun.
13. Kepada Tun Mahathir, tahniah atas pendedahan ini. Kita rakyat Malaysia wajib mengetahui perkara ini kerana ia melibatkan maruah dan masa depan negara. Pak Lah ingat ini negara ini harta kepunyaannya ke?
14. Kirim salam kami kepada Wisma Putra. Kelulusan Tinggi mereka yang duduk di Wisma Putra ni. Tetapi kurang akal untuk berfikir dalam skop dan ruang lingkup yang luas. Negara lain sanggup hilang naywa dalam mempertahankan hak dan negara. Kita senang-senang aje beri free kepada Brunei.
15. Murahnya hati Pak Lah! Kedaulatan negara pun begitu senang tergadai.!! Pak Lah, Pak Lah. patutlah pemerintahan anda disingkatkan. Jika tidak.........................entahlah apa nak jadi dengan Malaysia.
Nota : KLIK bagi mendengar penjelasan Pak Lah mengenai gadaian maruah negara ini.
Cambodia tuan, bukan Vietnam
ReplyDeleteSalam, semua sdra2 Muslim,
ReplyDelete1 Walhal dia mengkhusus pendidikan lslam.
2 KALAU BENARlah telah terjadi perilaku yg sedemikian keji & khianat kdp umat & amanah, akan melaknatinyalah setiap apa yg dia pelajari & lakukan utk sepanjang hidupnya di dunia, apatah lagi nanti di akhirat.
3 Semoga Allah mengampuni dosanya, kalau saja sebelumnya dia terlebih dulu mengakui kesalahan besarnya pada darjah paling tinggi itu, lalu meminta maaf kepada umat & rakyat yg dipimpinnya dulu.
4 Teringat jihad fi sabilillah Saidina Umar ra & Salahuddin rha mengepalai para syuhada' merenjisi setiap biji pasir Palestin dengan darah mereka demi membebas & mengekalkan bumi Palestin di dalam naungan Daulah Khilafah.
5 Dan alangkah mulianya jawapan Khalifah [Sultan] Abdul Hamid kpd Theodore Herzl, pelopor Zionos itu, dengan kalimahnya yg sangat masyhur, "Yahudi boleh simpan emas & wangnya. Tidak sekali-kali beta akan menjual walau sebiji pasir Palestin. Palestin bukan kepunyaan beta. Palestin hak seluruh umat beta, umat lslam, kecuali mereka melepaskan kekuatannya [lslamnya]".
Siapa yg empunya Blok L & Blok M, pasir, & segala hutan balak itu, PG?
3 Sesiapa saja yg berkonspirasi dgn cara apa sekalipun di dalam melakukan & menutupi kemaksiatan, sama juga hinanya - di sisi manusia, & apatah lagi sisi Allah, bahkan di sisi Allah telah menanti bakaran api neraka.
Wallahu a'lam.
Kesilapan besar negara Malaysia ialah membiarkan Abdullah Badawi memerintah Malaysia. Biar seminit pun Malaysia di bawah Abdullah, Malaysia terancam..
ReplyDeleteSaya percaya kalau dia perintah Malaysia, mungkin dia akan serahkan Sabah atau sebahagiannya kepada Filipina, Limbang kepada Brunei dan entah2 air akan dibekalkan kpd Singapura pd harga murah selagi ada bulan dan bintang..
Nampaknya kelemahan undang2 Malaysia ialah seorang malaun bergelar Perdana Menteri mempunyai kuasa sepenuhnya utk meyerahkan kedaulatan wilayah Malaysia kpd negara asing dng seluruh sistem2 lain yg ada tak berupaya berbuat apa2. Sistem2 seperti Tentera, Polis, Parlimen, kerajaan2 negeri dan rakyat jelata tidak mempunyai sebutir hak utk menyekat seorang Perdana Menteri dari menyerah, katakan PERLIS, kepada Thailand atau SABAH kpd Filipina atau JOHOR kepada Singapura atau Indonesia.
Bahkan, kalau ada seorang Perdana Menteri mau keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia sekali pun, seluruh sistem2 lain hanya akan lihat dan angguk saja. Masih ingat bagaimana Singapura dikeluarkan dari Malaysia? Cukup mudah! Seorang PM tak mau Singapura ada dalam Malaysia, Singapura pun di suruh keluar! Negara Malaysia diurus seperti sebuah Persatuan Bolasepak: keahlian Singapura dalam persatuan ini tidak diingini,lalu disuruh keluar! Lihat bagaimana Indonesia bertumaph darah tak mau lepaskan Aceh, Timor Timur dan Papua. Tetapi alasan bodoh yg selalu diberikan oleh org2 Melayu termasuk PM dongok bhw buat apa kita susah2 perang, kita bangsa aman, kalau mana2 wilayah mau keluar biarkan saja
Sudah samapai masanya Perlembagaan Malaysia dipinda memberi kuasa hanya kepada rakyat utk menetukan samada sebuah wilayah berhak utk berpisah atau dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. REFERENDUM perlu diadakan utk menentukan walau setitik air laut atau sebutir pasir Malaysia diserahkan kedaulatanya pd negara lain. Seorang PM dongok dan bengap seperti Abdullah Badawi tidak diperlukan..
Di negara lain, Perdana Menetri sedemikian akan digulingkan serta merta sebaik saja dia menyerahkan kedaulatan wilayah negaranya kepada orang lain. Tapi tidak di Malaysia.
Abdullah Badawi mempunyai rekod sebagaimana seorang PM Malaysia yg banyak melakukan benda2 PERTAMA:
ReplyDelete(i) Abdullah Badawi PM pertama serahkan wilayah laut Malaysia ke negara asing tanpa timbal balik yg setimpal utk Malaysia. Sepatutnya, jika Malaysia dah serah kedaulatan wilayah laut ke Brunei, Brunei patut serahkan sebahagian wilayahnya di Tutong kepada Malaysia
(ii) Abdullah Badawi PM pertama yg lonjakkan anak menantunya tanpa memperduli apa pun kos politik pd kerajaan dan UNNO
(iii) Abdullah Badawi PM pertama menyebabkan BN kalah 5 negeri dan hilang 2/3 suara di Parlimen
(iv) Abdullah Badawi merupaqkan PM pertama yg langsung tak meninggal bekas dalam sejarah negara. Tunku Abdul Rahman bekasnya dlm sejarah sebagai BAPA KEMERDEKAAN,Tun Razak sebagai BAPA PEMBANGUNAN, Hussein Onn sebagai BAPA PERPADUAN dan Dr Mahathir sebagaiBAPA PERMODENAN MALAYSIA. Abdullah Badawi Bapa apa? Sekadar BAP MENTUA KHAIRY...
(v) Abdullah Badawi PM pertama yg suka TIDUR di sidang Parlimen
1 Orang Malaysia yg dapat diperbodoh saja percaya dgn propaganda konon negara ini diurus dgn cekap & terkedepan berbanding negara-negara membangun lain. Pembohongan seperti ini bolehlah diangguk oleh orang-orang yang tertutup drp maklumat global, tatapi bukan oleh anak-anak muda yg pernah keluar negara sama ada belajar atau bekerja di sana. Di luar sana, mereka melihat & mendengar orang-orang sedang menilai Malsyaia sebagai negara lslam paling terkedepan meniru & merangkul nilai-nilai beradaban Barat, sebagai negara lslam yg tanpa sedikit malu & segan-silu utk membuang nilai-nilai kelslamannya demi merangkul pengikarafan AS & Eropah. Dulu, di dunia lslam, Malaysia didakwa negara lslam contoh. Sekarang yg memuji & menyanjung Malaysia hanya negara-negara dan para pemimpin negara-negara kafir. Anda fikirlah sendiri kenapa. Di akhir hari, sejarah yg jujur akan mencatat Najib sebagai tokoh pemimpin M'sia terunggul membawa Malaysia ke arah itu; tak menghairankan kalau menjadi Turki kedua.
ReplyDelete2 Abdullah telah mentadbir negara dan rakyat negara ini yg 'lunak' seenaknya bagaikan melayan mimpi tidurnya. Najib pula sedang memerintah dengan mengikut gerak hatinya yg terpisah jauh dari sentuhan kelslaman. Malahan, di kalangan umat Melayu-lslam sendiri sudah merasa sedang berlaku 'anak di pangkuan diletakkan; kera di hutan disusui'.
3 Sudah lebih drp lima puluh tahun kita merdeka, [kononnya], tetapi kita masih tetap di bawah kepimpinan yang bukan sahaja amateurish, tetapi semakin korap dan tidak berpandangan jauh ke depan.
lniah wajah 1Malaysia in the making !!!
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM,
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA KELUARGA MASYARAKAT DPERSEKUTUAN MALAYSIA,
YANG BERNAUNG DAN BERLINDUNG DIBAWAH KEDUALATAN TUANKU DAN RAJA RAJA MELAYU TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.
KAMI AMAT TERKEJUT DAN MACAM TAK PERCAYA BLOK L DAN M YANG KAYA DENGAN MINYAKNYA DIPERAIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DISERAH KEPADA BERUNNEI SEPERTIMANA TELAH DIBONGKARKAN OLEH YANG AMAT BERBAHAGIA MATAN PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMMAD YANG AMAT KAMI KASIHI SELAKU SEORANG NEGARAWAN YANG AMAT PERIHATIN BERJASA KEPADA NASIB MASAYARAKAT DAN KEPENTINGAN NEGARA YANG BERANI MENIMBULKAN SATU ISU BESAR IAITU KOMPLEK PENYELESAIAN ANTARA BERUNEI DAN MALAYSIA BERHUBUNG ISU LIMBANG.
Ini bukan isu main-main kerana kawasan wilayah Tuanku-Tuanku Raja Raja Melayu dalam Persekutuan Malaysia yang sebahagiannya ialah Wilayah Limbang yang membabitkan fakta sejarah dan perjanjian asal, Limbang merujuk kepada perjanjian asal sebelum dan selepas Kemerdekaan seperti termaktub dalam Artikal 169 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Semua perkara yang melibatkan kedualatatan, martabat dan maruah wilayah -wilayah dalam negara bernaung dibawah Tuanku Agong dan raja Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seharusnya pihak-pihak yang dilantik menjadi pentadbir samada dari Parti Politik yang memerintah SEHARUSNYALAH mendapat perkenan terlebih dahulu DARIPADA Tuanku. Dan setelah merujuk semua perkara tersebut, adalah dipastikan bahawa suatu pengkajian yang amat teliti dari segi fakta sejarah, perundangan termasuk dalam dan luar negara yang bersesuian dan bertepatan dengan perjanjian asal sepertimana berlindung dibawah Artikal 169 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kami berasa Amat terkejut, bahawa Blok L and M dalam kawasan Persekutaun Malaysia termasuk Limbang telah ditimbulkan baru baru ini. Bagaimana pula Blok L dan M diserahkan kepada Berunei? yang mempunyai potensi minyak untuk kepentingan Wilayah Wilayah Persekutuan Malaysia.
Dan selama ini yang kita tahu isu LImbang adalah isu berbeza mengikut fakta sejarah?
Kami memohon pihak berkuasa Wisam Putra seharusnya mendedahkan semua isi kandung perjanjian antara Limbang dan Berunei yang disign oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi ketika itu?
kami amat mengambil berat terhadap perkara yang berlaku kerana ianya adalah perkara pokok yang membabit hasil mashsul dan nasab keturunan generasi setiap suku kaum yang membabitkan adetresam (akidah) serta anutan kepercayaan dalam Masyarakat sejagat Persekutuan Malaysia dan Negara Berunei Darul Salam.
Kami mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Bin Mohammmad Mantan Perdana Menteri Malaysia yang tetap dikenang jasanya oleh seluruh Masyarakat Negara ini yang sentiasa membela kepentingan masyarakat dan Negara.
Kami mendoakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir dan Sekeluarga sentiasa dalam Perlindungan Allah Subhana Wata Allah dan Para MalaikatNya. Amin. Ya Rabbul Alamien.
Salam,
ReplyDeleteApakan daya rakyat Malaysia (baca: Melayu) yang sangat cinta akan tanah air yang dipusakakan oleh raja-raja mereka terdahulu, sekarang telah kehilangan keberanian mereka setelah sekian lama disuap dengan berbaga-bagai subsidi dan gula-gula; dan diasuh siang dan malam supaya hidup bergantung nyawa kepada kerajaan yg memerintah melalui berbagai-bagai intimidasi [contohnya spt: kalau tidak pilih calon parti pemerintah, tidak akan diperuntukkan pembangunan], dan berbagai-bagai suapan lainnya utk mendapatkan kerusi.
Akibat daripada itu, apa sahaja yang dibuat oleh pemerintah, terutamanya oleh pemimpin tertinggi, telah diterima sebagai betul semuanya, diterima tanpa soal jawab, tanpa ada rasa curiga walau sedikit pun. Kita telah terlalu lalai; yg yang lalai memang menjadi mangsa bodoh kepada si pintar [baca: penipu].
Kalau orang-orang di KDN, termasuk KPN, mempunyai hati dan darah Melayu yg setia kepada warisan, kemuliaan, kedaulatan, peradaban dan jiwa generasi Melayu yang terdahulu, dan mahu meninggalkan teladan sejati kpd generasi akan datang bagaimana sikap mengasihi dan mempertahankan kedaulatan tanah air, tidak pula mengikatkan diri kepada kehendak kelompok elit yang memegang kekuasaan di atas sana, tentu saja dizinkan rakyat menyatakan rasa tidak senang hati dan ralat mereka seperti di Thailand, atau di lndonesia - iaitu menyatakan perasaan prihatin dan kecintaah yg tidak ada silingnya terhadap tanah air, sehingga sesiapa sahaja yg melakukan pengkhianatan diberi balasan yang setimpal.
Untuk menyiasat kes terpencil polis menembak remaja 15 tahun ditubuhkan panel khas. Apakah kes pelanggaran tanggungjawab yang sangat besar seperti ini disenyapkan & dihlangkan begitu sahaja dgn disusupkannya ke bawah tikar.
Jahatlah juga mereka turut berkonspirasi.
Malangnya, di tempat kita, hal yg sangat mengguris hati bangsa [baca: Melayu], menjual kedaulatan bangsa dan tanah air sepert ini, pasti akan hilang, dan hilang, dan menghilang, lalu senyap.
Begitulah wajah sejarah Malaysia di bawah naungan lslam Hadhari. Dan sekarang wajah-wajah kelslaman yg tinggal setipis kuku hitam itu pula sedang dalam proses dikiis habis dek keghairahan & histeria 1Malaysia in the making.
pak lah tu orang kuat umno . tk kan kerajaan nk ambil tindakkan .
ReplyDeleteSepatutnya rakyat Malaysia bersyukur sebab Pak Lah jadi PM Malaysia dalam masa singkat aja. Dan lebih bersyukur dari mendapat PM PELIWAT. Sekarang ni lagi bersyukur sebab 1Malaysia.
ReplyDeleteRindukan pemerintahan Mantan PM Tun Dr. M
Penghuni Gua ni sembang bolehlah. Habuk pun tak ada!!!
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletetau xpa!
sembang mcm anjing menyalak!
tapi habuk pun tarak!
nak lakukan blog jer
cari publisiti murahan!
kalau x nanti hilang plak punca pendapatan
dah xde kerja lain..tulis blog fitnah org,laga2kan,condemn saudara sesama Islam asal masyukkkkkkk!